Pages


Wednesday, July 30, 2008

seorang yang bernama 'abah'

Julai, bulan kehilangan agaknya. dua orang temanku kehilangan seorang yang bergelar abah. sorang tu bapa mertua, sorang lagi abah kandung sendiri. aku memang mudah mengalirkan air mata bilamana berbicara kisah seorang abah... takziah pada teman2ku yang kehilangan..

ni gambar abahku.

abahku berumur 56 tahun. mungkin kalau kerja gomen, baru nak pencen abah aku. Tapi abah aku tak kerja gomen. Abah aku peneroka Felda yang dah kerja petik buah kelapa sawit, angkat kelapa sawit dari muda dulu guna tulang empat kerat.

masa aku kecik dulu, zaman sekolah rendah, aku ngan along ikut abah g tolong kutip buah relai.. ( bijik2 sawit yang dah usai dari tandan kelapa sawit!).. riuh mulut aku ngan along mengira sapa dapat banyak bila kutip buah relai. tapi along aku suka no mengelat. dia nak kutip tempat2 yang kurang semak.. kalau sikit dia nak lah.. sbb dia ada ciri2 malas sikit.. ( huhu.. along aku sometimes baca blog ni... jgn marah eh! haha) pastu sometimes, bergaduh dalam ladang. Abah yang penat, terus memekik marahkan kita orang.

but now, bila dah tua ni.. ( aku tua ker.. sweet 18 lagi tau.. hahah perasan come lah tuh... uweeekkk!!!), terasa dulu2 tu g ikut abah g ladang satu kemanisan pengalaman. dari situ bila dh beranak pinak timbul keinsafan betapa teruknya abah aku kerja nak bagi makan anak isteri, nk sekolahkan anak2..

masa aku duk asrama dulu, pernah abah lambat kirim duit. dah pokai dah aku ni.. tulis surat kat kampung mintak duit. pastu tak lama pastu abah kirim duit. tak de money order atau wang pos punya. melekap 5 keping duit not merah rm10 dalam sampul surat. hepi aku masa tu dapat duit dari kampung. tapi aku tau, duit tu mesti abah dapat dari hasil pasang tajo kat sungai. jual ikan baung kut.. tak berenti abah aku kerja.. dari pagi ke ladang petik buah sawit, pastu petang kalau tak g petik sawit, g sungai pasang tajo ( jerat) baung.. dulu tanam pisang kat projek tepi sungai. pisang dah berbuah, g jual pisang setandan dua nak dapatkan rezeki...

abah aku jugak wat kerja sampingan pajak kebun getah cina nak menoreh pagi2 buta nak dapat duit lebih nak2 masa kelapa sawit tebang. masa nak tanam semula tulah nak guna banyak duit sebab masa tu aku abru nak amsuk universiti, adik2 tgh study, kedatanagn org baru dalam kuarga aku, adik aku yang bungsu baru lahir...

i cannot write here more because i seem to cry... really touching indeed.

tapi sekarang ada orang2 kat kampung tak senang ngan abah aku... kata abah aku dah senang... dah buat rumah batu, dah tak g ladang upah orang lagi... dah ada kereta.. ke hulu ke hilir ngan kete dia.. bagi aku salah ker abah aku nk hidup senang. senang cite, 'kami' nak hidup senang. takkan selamanya abah aku nak g potong kelapa sawit. dulu2 orang duk upah orang, abah aku petik sendiri. dulu2 orang tak tau kesusahan abah aku g duk tepi sungai menunggu jerat dia kena ikan.. dapat beso ikan, harus rezeki lebih sikit. terbongkok2 menyembah pokok getah.. orang tak tau tu... penah badan cedera kena sabit, nak kena hempap tandan kelapa sawit, pelepah sawit nk jatuh timpa badan, tak semua orang tau...

bila dah senang sikit nak dengki, apa kejadahnya... geram lak aku nih...

entry kali ni citer hal abah aku. jarang kita nak cerita hal seorang yang bernama abah.. mak kita selkalu dapat tempat dalam hati kita. begitu juga abah.. tanpa mereka, tiadalah kita.

untuk abah.. "akak sayang abah..." i seldom express thru words, but i hope u know., deep inside my heart, we, anak2... love u so much..

sayangi abah anada sementara masih ada. bila tiada, sedekah al fatihah dan doa untuknya..

P/S: to few teman yang baca blog ni, ni luahan hatiku. bukannya nak menguris hati u all yang kehilangan orang tersayang.. jangan ambil hati yer. peace..



2 comments:

Gille said...

Manusia, salah satu sifat yg selalu ada, dengki. Ada yg terkawal dan ada yg tak terkawal kedengkiannya. Manusia oh Manusia.

Reading yours, I start to have flash backs of my days when there were alive.

... said...

gille..

begitulah adat dunia ni..

suka melihat kepayahan orang lain. tak ramai yang suka tengok orang hidup senang..

Related Posts with Thumbnails