Pages

Wednesday, July 16, 2008

Busy........................

tuan rumah dua tiga menjak ni busy betul. Alkisahnya bukannya busy apa pun. busy layan drama melayu kat you tube. pas satu satu drama tuan rumah tengok. bila part citer kelako, tuan rumah ketawa sampai mengalir air mata.. bila bab sedih, tuan rumah menangis sampai bengkak2 mata.

ni lah satu sebab cik abang selalu marah bila cik adik layan citer melayu. selalu terbawa2 dalam kehidupan seharian. Emosional sangat.. tapi apa nak buat. memang ku minat drama2 tuh. ada yang sebenarnya punya nilai moral yang bagus ebagai panduan dalam kehidupan seharian. kalau tak realiti berlaku dalam kehidupan seharian manusia, takkan wujud drama2 tuh..

tapi ramai juga orang melayu tak minat drama atau filem melayu. tak kisahlah. ikutlah selera memasing. yas pasti, di perantauan ni, tuan rumah memang selalu layan you tube untuk dgr lagu2 lama.. lagu rock zaman 80an-90an pun tuan rumah suka. ye lah.. tuan rumah membesar ngan lagu2 tu.. teringat lah kenangan manis, pahit, payau zaman sekolah dulu..

orang kata tak elok mengenang kenangan lama.. hidup biar realiti.. jangan duk berangan. tuan rumah bukan berangan.. tapi tak salah mengingati kenangan lama yang mewarnai hidupku ini...

tanpa kenangan.. alangkah pudarnya warna2 kehidupan....

No comments:

Related Posts with Thumbnails