Pages

Monday, March 31, 2008

teman sejati

Kebelakangan ini, sejak aku berkelana di tempat orang, rasanya internet betul2 mewarnai hidupku. Melalui teknologi ini, aku dapat berhubung dengan kawan2 jauh dan dekat. kawan2 lama dulu zaman sekolah menengah mula ku jejaki sejak aku berada di US. Seronoknya dapat berhubung dengan kembalikan nostalgia lama. itupun masih ada yang betul2 ku rindui tapi tak tau bagaimana nak menghubungi mereka. Puas ku google nama mereka di internet tapi hampa.. pertanyaan dari mulut ke mulut memang dari dulu diamalkan, dan hasilnya tak mengecewakan.


Kalau bercakap pasal kawan, tentunya dalam ramai2 kawan kita tu ada yang boleh di buat sahabat karib dan teman sejati, ada yang biasa2 sahaja, ada yang suam2 kuku dan macam2 lagi. Bagiku, aku mempunyai ramai kawan. Buat masa ini kawan rapat atau best friend rasanya tak ramai. boleh di bilang dengan jari. Tapi tak semestinya kawan lain tak best. mungkin mereka belum menepati ciri2 best friend pada kehendak mata hatiku...

Dalam melayari dunia cyber, kawan2 cyber yang aku kenal di forum overseas sangat best bagiku. Kami tak pernah jumpa, tapi kawan2 tu mostly housewife macam aku. kami berkongsi apa sahaja tanpa ragu. Seronok juga. Realiti pulak, kalau tinggal di Malaysia pasti seronok dengan kawan2 ramai. Boleh jumpa selalu. Tapi di perantauan, kawan2 cyber memeriahkan hidupku. Tapi tak lupa jugak kawan2 lain.. kami saling berhubung email, sms, kadang2 YM.

Bagiku teman paling sejati yang ku ada adalah suamiku. Dia ku katakan teman sejati bukan kerana dia suamiku, tapi dia sahajalah sahabat yang sentiasa ada di masa suka duka.. Dulu zaman berkawan, ku akui, suami bukan dan tak pernah menjadi sahabatku. Tapi bila memasuki alam rumahtangga, dari rasa cinta, lama2 bertukar menjadi banyak peranan. Bukan sahaja suami, kekasih, seorang papa, malah menjadi sahabatku juga. Banyak yang kami kongsi bersama.

Kalau kawan2 pula, hanya dua tiga orang buat masa ini yang betul2 sahabat sejati yang sudi mendengar luahan hatiku. Dan kami berkongsi pelbagai cerita suka duka bersama. Nak senaraikan di sini alangkah tak manisnya utk bacaan teman2 takut meraka menganggap aku double standard pula. Bukan double standard, tapi sesiapa sahaja memang akan ada rasa yang sama seperti yang aku rasa. Kita mengkategorikan sahabat kita bermacam2. Walaupun semuanya kita treated nicely dan cuba berlaku adil, tapi jauh di sanubari pasti ada seseorang itu istimewa dan dia kita pilih jadi teman sejati.

Alangkah bosannya hidup tanpa seseorang yang bernama kawan, teman, sahabat, friend dan apa sahaja yang boleh kita kategorikannya seperti maksud di atas...

sekian

Saturday, March 29, 2008

hari2 yang sakit......

Semalam hari yang berlalu sangat memberi kesan dalam diriku... Tension, marah, geram segalanya berbaur dalam diri. Ni dah jadi diari perasaan lak... huhu...

ceritanya begini, bermulanya minggu ini, tak termasuk monday bacause that day is a public holiday here. On Tuesday, kami mendapat feed back dari Nigerian, yang kontena kami tak boleh release pada minggu ini. Alasan, pekerja bercuti lagi sempena easter dan hanya akan release by 4 april... aduhai... sabar2... dah lama dah... dari bulan 12, membawa ke bulan 2, ni janji hujung bulan 3, dah last ni kata april pulak... lepas ni apa lagi??? tahun depan??? sinis bunyinya, tapi itulah tak mustahil..

hari rabu aku keluar ke klinik bawak baby injection yellow fever. Balik ke rumah, terus anak2 menuju ke televisyen.
"mama, why the TV is not ok", jerit anakku Ain...

Aku menuju ke tv.. aduh.. apa kes TV ni.. the sign showed..."E16 is currently scramble"... Aku pun mula lah switch of decoder dish tv, then on balik. masih tak ok... then cuba keluarkan smart card, masuk balik, then on balik, tak ok... last2 tak berjaya segala usaha, ku katakan pada anak2... just wait until papa balik to fix it.. so anak2 just main2 jer sendiri. kesian jugak mereka tu sebab tu jer lah entertainment yang mereka ada...

kwmudian balackout pulak... dari jam 1-4 petang... aduhai... apa pulak ni... panas betul. baby tak dapat tidur dan meragam sebab panas...

menjelang petang suamiku balik, ku khabarkan mengenai TV tak function itu. Suamiku juga gode2 tv macam aku buat sebelah pagi tadi... still not ok. then telefon the maintainent guy suh datang tengok.. orang itam tu datang... then kata, tak leh buat apa... tunggu jer... sabar je lah lagi... so sepanjang hari selasa berlalu tanpa TV... oklah, kita wat jer lah aktiviti lain yer anak2...

Khamis.... tv still not ok.. Puas telefon orang2 yang berkaitan dia orang janji akan datang dan fix it.. sampai sudah tak datang.... sakitnya hatiku... tension dan marah mula bersatu... anak2 jadi meroyan semacam sebab dah boring sangat2... aduhai, dugaan betul...

Dan sebelah petang dengan inisiatif sendiri dan setelah membuka website dish tv... dan menelefon orang berkaitan sendiri.. sudahnya suamiku yang betulkan... dan orang itam tu datang tengok tv dah ok, dia ketawa pulak. terasa nak luku2 kepala dia... dah la lembab datang buat kerja... geram tak boleh nak kata... dan sempat lagi kami khabarkan pada orang itam tu credit utk elektrik power tinggal sikit. So, kami request esok pagi utk tambah credit tu kalau tak power off, balckout lagi... dia kata dia promise menjelang kul 8 pagi dia datang untuk tambah credit... ( kami pakai sistem credit sini memandangkan ni rumah transit...)

hari ni juga, si labi buat hal.. dia tinggalkan kunci di rumah permenent kami di sebelah dalam. Dah lah lock tak boleh masuk rumah. last2 suamiku dengan maintainent guy Flat ni pergi pecahkan back door... bila katakan pada si labi yang kalau dia do mistake like that on more time, gajinya kena potong, dia gelak2 pulak... so dengan tegasnya kami kata this is serious thing.. dont take it as a funny thing like ur people.... please change ur mentality... dont do the stupid thing like the other nigerian always did. Terkedu si labi sambil minta maaf...

sebelah malam, tiba2 air paip pulak terputus. check punya check, rupanya depa itam ni baiki paip kat flat no 1.. ya Allah, kalau iye pun nak buat kerja, bagilah notis.. ni saat2 kritikal jam 7 mlm nak mandi, nak semayang air pulak tak de... what the hell today...

Jumaat bangun pagi dengan harapan hari ni ceria sikit hidup... Menjelang pukul 8 pagi, ku sms suami mengatakan bacaan meter elektrik power tinggal 5 sahaja... suamiku menghubungi orang yang bertanggungjawab menjaga al ehwal transit house ni. dia kata akan datang reload credit seawal jam 9 pagi. jadi utk blackout setengah jam tu bagi ku tak de masalah. tunggu sahaja mereka...

kejap2 suamiku telefon bertanyakan ada orang datang reload... rasanya berpuluh kali telefonku berbunyi.. aku pulak, tak jadi nak pergi mandi, tak jadi nak buat apa kerja menunggu mereka datang. takut nanti mereka datang ketuk pintu aku tak dengar jika aku di bilik.. aduhai, macam2 hal.. menjelang pukul 1 tengahri masih tak datang2 ... aku mula mendidih marah.. bukannya tak boleh sabar, tapi kesabaran itu ada hadnya. aku lantas ke dapur dan mula memasak apa yang ada.. tak jadi nak blender cili, sudahnya aku hanya goreng sayur dan ikan masin... tergendala semua kerja2 aku... geramnya...

pukul 2.15 muncul maintainent guy bersama dengan seorang perempuan pekerja shell yang juga menguruskan hal ehwal transit house...

"good afternoon madam... " katanya menyapa bila aku membuka pintu...

" is it no power here....", katanya bila melangkah masuk...

Aku pun apa lagi, bagai api disimbah minyak terus mengamuk sakan.. terlupa dah kaedah2 mengkontrol marah dalam previous posting aku di blog ni... geram sangat aku dengan soalan bodoh orang itam ni. terus ku basuh dia cukup2. betapa aku tunggu 6 jam baru nak datang.. sempat lagi ku siniskan dia...

"you said u will coming now... i dont believe your 'now' because it will be 1 hour, 6 hours like this or maybe 3 days"... mula2 dia senyum.. then aku kata this is not funny things.. bla bla bla...1/2 jam aku brainwash itam dua ekor tu... geram aku... marah sangat aku dengan apa yang terjadi. mula2 sabar dan kesabarana itu dah sampai hadnya. dalam minggu ni macam2 berturut2 kejadian tah apa2... padahal semunya bukannya susah sgt. yang aku marah tu mereka kata nak datang tapi tak kunjung tiba. masaku terbuang begitu shj. pantang aku orang buat kerja lembab dan cakap tak serupa bikin...

sudahnya aku marah itam tu sambil badanku menggigil... dan menjelang kul 3 ptg ada dah elektrik power rumah ni...

pada suami ku katakan ku dah tak tahan dah dengan kerenah orang itam ni... not because the power off, tapi kerana mentality mereka yang menganggap segalanya remeh... bagai pahat dengan penukul, sekali ketuk seklai jalan.. dan mereka segala benda mengharapkan kita bayar mereka dengan duit... tu kerja dia, dia dapat gaji, kenapa pulak aku kena bayar.. shit this people...


aduh... blog aku jadi tempat luah perasaan daaa...

nota: terima kasih nora aka min elskede menelefonku... hepi gue bangat... terus gue tak meroyan dah... TQ.. really apprieciate it...

Friday, March 28, 2008

Marah

Bermacam2 perasaan ada dalam diri kita sebagai manusia. Perasaan itu mungkin bersifat negatif tau sebaliknya. Apa yang ingin ku tulis adalah satu perasaan yang boleh mengundang berbagai perasaan lain... iaitu marah.

Pernahkan anda marah? Bagaimana anda menanganinya?

Marah adalah satu perasaan yang berpunca dari tindakbalas lain seperti rasa tidak puas hati, stress, kecewa dan sebagainya... Ianya adalah sesuatu yang normal dalam fitrah manusia. Mungkin tadi kita marah kerana kerenah manusia yang buat kerja lembab, marah kerana keadaan bersepah di rumah, marah kerana tidak dapat apa yang kita mahu...Namun marah dalam ertikata panas baran tak tentu pasal mungkin mendatangkan bahaya dalam diri kita ataupun kepada orang lain.

Bagi aku.. secara peribadi, marah yang keterlaluan rasanya tidak ada... membebel atau garang pada anak2 bagiku bukannya satu tindakan marah. itu mungkin bersifat tegas atau dalam ertikata lain cara mengajar anak. pernah sekali dulu semasa zaman study di Universiti, aku sebegitu marah pada rakan serumah. kemarahan itu berpunca dari perkara kecil dan tak semena2 meletup akibat ketidakpuasan hati yang telah tersimpan lama. Dan kelemahan aku adalah jika terlalu marah aku akan menggigil seluruh badan. Dan pernah juga terjadi akibat stress sehingga menyebabkan rasa marah yang amat sangat aku menggigil sehingga tidak boleh berdiri.

Dulu jika aku marah, aku lebih suka end up dengan menangis sepuas hati, sometimes melemparkan apa yang ada di hadapanku, sometimes duduk kat shower berjam2 sambil menangis... tu semua cara aku nak lepaskan perasaan marah sekali gus nak kontrol marah. Tapi sejak berkeluarga, rasanya perasaan marah itu sudah dapat di kawal walaupun tak sepenuhnya.
Apa yang aku selalu buat, jika marah, aku akan tarik nafas sedalamnya sambil beristifar. walaupun masa itu kadang2 sambil menangis aku akan beristifar dan pastinya satu kelegaan akan muncul. Dan tiada lagi membaling segala barang2 yang ada... tapi tabiat menghempas atau buat kerja dengan kasar kadang2 ada.. seringkali suami menegur tabiat burukku itu...

di blog ni, ku titipkan bagaimana kontrol marah... utk info pembaca dan juga untuk diriku yang serba kekurangan ini...
  1. Kenalpasti punca kemarahan tersebut. Kenapa anda berasa marah? Adakah kemarahan itu perlu?
  2. Tumpukan perhatian anda pada punca yang menyebabkan kemarahan itu. Daripada anda meluahkan perasaan marah tersebut adalah lebih baik anda menyelesaikan puncanya.
  3. Tarik nafas yang dalam dan hembus perlahan. Tutup mata dan dongakkan kepala ke atas sambil bernafas perlahan-lahan. Cuba tenangkan fikiran dengan memikirkan perkara yang digemari.
  4. Bertindaklah mengikut pemikiran, dan bukan mengikut emosi. Ini kerana tindakan melalui emosi lebih banyak mendatangkan kesan buruk, dan boleh membawa kemarahan.
  5. Apabila anda sedang marah, sekiranya anda berdiri, teruslah duduk.
  6. Basuh muka anda beberapa kali ketika sedang marah.

credit: The Mind is watching blog.

ok geng, hari ni ada marah tak?... wa belum ada nak marah lagi. tapi smlm wa marah kat driver wa lah.. ada ker dia tertinggal kunci dalam rumah then terus lock tak leh masuk.. then end up wa terpaksa pecah pintu belakang... geram tul... (geram tu a part of marah kan...).. then yang nak tambah marah tu, ada ker laling wa remind si 'labi' tu kalau buat lagi potong gaji, dia ketawa lak... then terus lah kata serious marah ni... bukan main2...

sib baik 'labi' tu tak reti cerita P ramlee.... Tiga Abdul.. kalau dia tau dh lama dia kata..."jgn marah boss, nanti kena jual" kui kui kui

Cream Puff



Cream Puff

Bahan-Bahan

100ml air


45g butter-suhu bilik, potong 1cm


60g tepung gandum- diayak


2 biji telur

cara2 membuatnya..


1) Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur

2) Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat

4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5) Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6)Bila agak suam2 Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang

7) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Cool Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bahan-Bahan kastard krim

lebih kurang 2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
gula dan garam secukupnya..

Cara2nya..

masukkan seme bahan2 dlm periuk dan panaskan atas api sederhana.. bila dah nampak kuah mulai likat cepat2 tutup api dan bolehlaa dimasukkan dlm puff


atas permintaan eyzlyn, ku cilok resepi cream puff sekali ngan gambarnya dari forum overseas....

Credit: meowlin aka comelmoew.. tq.

Thursday, March 27, 2008

Air Tangan seorang wanita

"mama, what do you cook today", asked my daughter, Ain.

"I'm trying to make cream puff" replied me.

"wow... i love cream puff... like we always ate in Houston before", said Ain.


Itu antara perbualan aku dan Ain, anak sulungku semalam. Dia memang akan menyibuk di dapur bila aku mula memasak. Nak-nak kalau aku mula baking sesuatu, mesti dia rasa nak take part sama. Ya, aku pun tak kisah. Maybe itu satu cara spend time dengan anak2. Amsyar juga biasa pasti akan menyibuk juga. Selalunya mereka akan membawa kerusi kecil dan berdiri di tepi kuanter top dapur.

Alkisahnya cream puff pun tak ok sangat. rasa memang ada, tapi tang buntut dia tu,,, aduhai hitam la pulak. Maybe aku tak reti sangat gunakan oven gas ni... first time guna oven gas. kalau eletrik oven oklah. Maybe nak demand elektrik oven la kat lalingku... hahaha... so sudahnya cream puff tu hanya aku dan anak2 sahaja yang makan. Tak jadi nak buat hidangan minum petang untuk lalingku.

bercerita tentang hidangan minum petang, sudah menjadi kelaziman sejak mendirikan rumahtangga 8 tahun lalu, mesti akan ada sedikit juadah untuk suamiku. Ye lah, penat bekerja bila balik, dapat minum tea and light snack, sekurang2nya dapat hilangkan lelah sebelum makan malam. Masa inilah aku dan suami akan ambil masa berbual. selalunya suami akan bercerita tentang apa berlaku di tempat kerjanya pada hari ini. Dan kadang2 bertanya apa berlaku di rumah semasa dia bekerja. itu salah satu quality time yang aku dan suami amalkan sejak bertahun dulu.

Mungkin bagi wanita bekerjaya merasakan apa yang aku buat tidak realistik pada mereka. Jadi, apa salahnya cuba pada hari2 cuti seperti hujung minggu. Mungkin boleh memasak untuk suami dan anak2. kalau selama ini di hari2 bekerja mereka tidak dapat memasak.. atau lebih tepat lagi selalu "tapau" ... jadi di hari2 cuti, selain keluar berjalan seisi keluarga, gunakan aktiviti itu untuk memasak. Kata orang, nak mengikat suami melalui seleranya... Ya, ungkapan itu ada benarnya... Walau mana suami pergi, pasti akan teringat2 masakan isteri. Kadang2 masakan itu bukanlah sangat sedap, tetapi air tangan isteri sudah sebati lama dulu, menjadikan apa sahaja di makan pasti menambat hati.

Begitu juga anak2. Mereka sejak kecil sudah makan apa yang kita masak. Jadi apabila mereka besar, makanlah di mana pun, mereka akan rasa yang masakan ibu itu tiada tandingannya. Walaupun mama ain ni masak selalu tak menjadi. kadang2 aku masak rasa tah apa, tapi anak2 selalu suka aku masak... ahhahaha

so, today menu... apa yer... ni yang kadang2 stress jugak duduk rumah jadi fulltime HW ni.. menu pun dah kehabisan.. tak tau nak masak apa.. takkan nak masak benda yang sama sahaja...

sekian.....

Wednesday, March 26, 2008

Wanita sebagai ISTERI

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Lama betul tak mendengar lagu ini. Dulu masa kami tinggal di Miri, selalu juga karaoke. Lagu ini mesti menjadi pilihan suamiku. Bila dia mula je nyanyi lagu ni dengan penuh perasaan terasa sangat syahdu pula di sanubariku. Terasa betapa diri dihargai sebagai seorang isteri yang dia selalu ingin aku ada di sisi... dan seringkali juga mengingatkan aku untuk tidak alpa tanggungjawab sebagai isteri sementelah anak dah ada tiga.

Dalam duduk2 masa senggang, selalu aku mengingatkan diri yang suami adalah "my first baby", no matter what. jadi kesibukan sebagai mama mengurus anak2 dan hal ehwal rumahtangga, janganlah aku sampai terleka untuk menjadi seorang isteri... Seringkali kita dengar permasalahan rumahtangga terjadi bila isteri mengabaikan suami sejak mempunyai anak... Doa aku, janganlah aku seperti itu..

Setiap malam, dari dulu anak2 mesti secara paksa rela akan tidur paling lewat jam 9 malam untuk anak2 yang toddler. bagi baby pula seawal jam 8 malam. Jadi apabila anak2 sudah berehat di kamar masing2, masa inilah ku peruntukkan buat suami tersayang. Qualiti time amat penting bagi isteri yang duduk di rumah sepanjang masa seperti aku. Taulah kalau dah jadi surirumah sepenuh masa, dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis, pastinya mengundang keletihan yang amat sangat.

Selalunya, masa inilah kami akan berbual, menonton TV bersama sambil berbaring di hadapan TV atau di atas sofa. Kalau tidak buat begitu, kadang2 kami tiada masa berbual selain waktu makan.

satu lagi perkara yang aku amalkan ialah mesti makan bersama suami. kadang2 berlaku konflik ( mana ada rumahtangga bahagia sentiasa kan.. sesekali mesti terjadinya konflik...), tapi aku tetap akan duduk makan bersamanya di meja makan walaupun kami masing2 membisu. Tiada gunanya tunjuk perasaan atau merajuk kelak kita isteri juga menjeruk rasa. dan yang pasti nanti kita juga yang lapar... huhu... Aku tak pasti ini satu tips atau sebaliknya. Tapi percayalah, jika isteri mengamalkannya, pasti konflik itu tak berpanjangan. Bila berlaku sengketa, jangan kita menjauhi suami... nanti lama2 timbul bosan dan suami mula menjauh.

sekian buat kali ini... topik isteri ini akan bersambung dari masa ke semasa...



Tuesday, March 25, 2008

kerabu mangga

gambar bkn gambar aku.. cilok dr photobucket... wakakaka


semalam, sahabat aku Juliah di Doha bertanyakan tentang resepi kerabu mangga... tiba2 terasa teringin pulak nak buat kerabu mangga... mangga muda ada tu dalam fridge... senang sahaja nak buatnya...

meh nak tepek resepi kerabu mangga

mangga dihiris
bawang merah dihiris
kacang tumbuk
gula
cili dan belacan... ( dibuat sambal belacan)

cara: campurkan semua bahan hiris. then mix up together. pastu mix lagi ngan sambal belacan. rasakan gula. last sekali gaul lak kacang tumbuk... tadaaaa... ready to eat...

hari ni makan lauk semalam .... tomyam ayam, sambal udang... tambahan kerabu mangga, ulam petai, ikan masin n bendi goreng berlada... untuk anak2.. sup sayur sahaja...

sekian....

Manisnya Alam Rumah Tangga

credit: majalah PA & MA terbitan Karangkraf...

Tiada yang mustahil untuk percintaan anda terus menggebu-gebu meskipun anak sudah bersusun paku. Akan tetapi, tanpa usaha impian tidak akan tercapai.

Mendirikan rumah tangga hanyalah langkah pertama ke arah perkahwinan yang bahagia. Untuk memiliki sebuah perkahwinan yang bahagia, cinta bukanlah segala-galanya. Yang pentingnya kesepakatan kedua belah pihak untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang dibina.

Ketahuilah bahawa perkara utama yang menjanjikan perkahwinan bahagia ialah kesediaan menerima pasangan seadanya dengan hati yang terbuka, mampu berkomunikasi secara terbuka dan pandai menjaga hati serta perasaan pasangan.

Sangat penting bagi pasangan suami isteri untuk berkongsi perasaan, emosi, kerja, idea dan masalah yang dihadapi. Apabila kedua-duanya saling faham-memahami, barulah perkahwinan bertambah bahagia. Selain itu, kesanggupan untuk berkorban dengan suami ataupun isteri tercinta turut mengeratkan lagi sebuah ikatan perkahwinan.

Akan tetapi, ikatan perkahwinan bukanlah bermakna anda perlu meninggalkan segala yang anda gemar lakukan terus. Sebaliknya, teruskan hobi itu dan lebih elok jika ajak si dia bersama-sama melakukan aktiviti yang anda gemari itu. Tentu
lebih menyeronokkan.

Bukan saja pasangan perlu cuba aktiviti yang anda suka tetapi anda pun kenalah belajar sukakan aktiviti kegemaran pasangan. Barulah lebih mesra.

Tip buatkan pasangan terus gilakan anda.

• Keluar dari kepompong
Ada kalanya cinta boleh membuatkan anda lupakan segala yang berada di sekeliling. Dunia yang sepatutnya penuh dengan penghuni kini tinggal anda berdua. Jika terus-terusan seperti ini, tidak ada yang menariknya kisah cinta anda berdua. Sama saja setiap hari. Memang membosankan. Percayalah bahawa perkahwinan anda berdua akan jadi lebih menarik sekiranya anda berfikiran terbuka dan jadi seperti diri anda yang dahulu iaitu semasa belum bergelar kekasih.

• Ikatan perkahwinan bukanlah segalanya
Hidup anda akan jadi bosan jika hanya ada anda dan pasangan. Jadi, meriahkan hubungan tersebut dengan pelbagai cara.
Selain berusaha untuk memiliki zuriat sendiri, sekali-sekala, bertandanglah ke rumah saudara mara atau rakan-rakan baik
untuk saling bertukar cerita.

• Hormati keluarga mertua
Setelah berkahwin, keluarga si dia adalah juga keluarga anda. Oleh yang demikian, anda perlulah menghormati mereka
seperti anda hormat pada keluarga sendiri. Dengan cara ini barulah pasangan selesa hidup bersama anda.

• Jadi romantik
Hubungan antara anda dan pasangan perlu sentiasa mesra dan romantik. Walaupun sudah berbelas tahun mendirikan
rumah tangga, ini bukanlah bermaksud yang pasangan tidak perlukan belaian mesra anda. Sebaiknya, kekalkan keintiman itu
seperti masa bercinta dan baru berkahwin dulu.

FAQ- soalan yang sering diajukan....

credit: eyzlyn... http://fashionablesahw.blogspot.com/2008/03/faq-soalan-yang-sering-diajukan.html

aku tiru bulat2 lyn oii... sama tajuk posting.. wakakaka


nak menjawab soklan... ekeke...

1.Kenapa duduk di rumah?

nak jadik isteri mithali.. ahaks...


2.Kenapa tak sambung master?

tak kuasa.. otak dah tepu...

3.Kenapa tak kerja?

puas dah mintak kerja merata, tapi tak dapat2.. so dah ada yang sponsor lepak jer lah kat rumah... dulu la.. kt malaysia jawapannya sekian...

ni dah merantau kat obersi, jawapan standard.. saya kerja rumah jer... jadi full time HW...

4. Lepas tu, duduk saja-saja la kat rumah?

Korang ingat duduk kat rumah ni goyang kaki, mengangkang depan PC saja ker? Kerja kat rumah ni tak pernah habis tau. (wakaka.. wa tiru sebijik jawapan eyzlyn...)

5. Lepas tu, duduk kat rumah jer hari-hari? Tak boring ker?

janji kat rumah ada TV, ada Phone, ada internet... hidup nyawa wa... kat lagos ni sesekali wa kuar gak... g shopping groceries, atau g rumah kawan, atau g spital bwk anak inject... lain2 wa malas nak kuar... sesak nafas wa ngan traffic... pendek kata, wa suka duk rumah... ni dh 5 hari tak pijak tanah...

6. Kalau dah asyik keluar tu, bila masa buat kerja rumah?

soklan ni tak releven nak jawab.. sbb wa mmg duk rumah 24 jam.. ekeke

7. Kenapa sibuk-sibuk melawa kat rumah? Bukan ada orang nak tengok.

wa suka bergaya n nak laki wa selalu tengok wa bergaya.... tu pasal wa selalu dapat "hadiah".. wakakaka

8. Alah, kalau bergaya macam manapun, suami tetap cari lain jugak. Buang masa jer berhias untuk suami, kat luar dia pandang orang lain, kan?

yer ker??? laki ko kut buat gitu.. baik jaga2.... hias diri tu... jgn nnt kata aku tak bagi nasihat... ekekeke

9. Kalau cantik jer kat luar, kat dalam tak jaga, tak guna jugak, kan?

yer ker??? mana kau tau... tanya laki aku la aku cantik luar dalam ker tidak... muahahaha

10. Alah, suami saya tak kisah pun saya nak pakai kain batik kat rumah. Tak payah nak berhias bagai nak rak macam awak.

pedulik apa aku laki kau tak kisah... yang aku tau, aku hepi... malam jumaat dapat hadiah... pagi tadi pun sblm g kerja dpt hadiah...


aku saja2 jer nak menjawab soklan2 yang ada kat blog eyzlyn tu... ekeke... tak de kerja duk copy paste.. muahaha....

till here.. bye salam...





wanita sebagai ibu

Kita menggelar insan yang melahirkan itu macam2... ada yang pangil ibu, emak, ummi, mama, mummy, mom... dan macam2 lagi...

Aku pulak, anak2 panggil mama... Saat pertama mendengar anak memanggil mama, masa tu terasa syahdu menitis air mataku... Tak sangka, panggilan itu kedengaran jugak di cuping telinga setelah hampir 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Tempoh sembilan bulan pregnant tu, terasa terngiang2 ada yang memanggil mama... Tapi tak syoklah kalau suami panggil mama... tak leh terimalah aku punya telinga ni... tak tau kenapa... rasa tak special jer suami kita panggil kita mama...

Untuk insan yang melahirkan aku, aku panggil Emak... aduhai, di saat ini aku rindukan emak aku.. apalah Emak aku buat yer? Dah makan ker dia... teringat dulu, setiap kali aku balik bercuti dari asrama, mak mesti masak sedap2.. nak balik asrama, penuh beg mak bekalkan dengan rendang bagai... sedapnyalah... makanlah mana2 rendang tempat lain yang terkenal sedapnya hatta chef Wan masak sekalipun, mesti aku kata mak aku buat lagi sedap. Yelah, kita dah membesar dengan air tangan dia dari sebesar dua jari tapak kaki sampai besar panjang dah lebih suku abad dah.. tentunya dah sebati dalam diri kita.

tu belum masuk episod mak aku jeling2 bila g jalan rumah orang. janganlah buat hal rumah orang macam tumpahkan air ker, bising ker, usik2 barang orang ker, mak aku siap bagi jelingan. Siaplah nanti.. belum sampai rumah dah kena cubit. tapi cubitan mak jarang berbekas. kalau berbekas pun, mak akan cepat2 sapukan minyak angin... aduhai syahdunya...

sebagai ibu, last 3 days, aku mencubit Ain... geramnya aku dengan kerenah dia tak nak tidur siang, refuse to eat, main air di bathroom sampai basah floor... sudahnya dia ku hadiahkan satu cubitan... menangis dia beria taanpa suara... anak daraku itu kalau menangis memang tak pernah terpekik terlolong...

Dan kesudahannya aku menyesal tak sudah... petang hendak mandi, ku lihat berbekas cubitanku di pehanya... merah yang pastinya menjelang ahri ini makin membiru... ku ambik vick, ku sapu di pehanya. padanya ku katakan sorry because i hurt her so much... dia tak semena2 menangis... sedihnya hatiku...

itulah dia aku sebagai ibu... aku akui, aku garang, tegas dengan anak2... tapi aku selalu memberikan mereka reward jika mereka buat perkara yang baik... Ibu mana yang tak sayang pada anak2... Aku amat sayang pada anak2ku... Ain zuhayra, faris Amsyar dan fadhlin Afzal... permata hati mama.................

Intro....

Haruskah ada intro sesuatu blog... Kalau bukak jer mana2 blog, entry pertama selalu intro. Bukan kerana nak meniru atau apa, tapi itulah dia.. kenyataan... membuat sesuatu mesti ada permulaannya...

Jadi alangkah baiknya kalau mulai hari ini, jika kita selalu memulakan sesuatu tanpa apa2 bacaan, marilah kita sama2 mambaca "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM".... Aku mengingatkan diri sendiri jugak.. Selalunya nak makan, nak tidur, naik kenderaan sering tak lupa baca Bismillah.. tapi buat2 kerja lain selalu lupa.. selain solat yer... itu pastilah baca. mana leh lupa...

contohnya, nak mengadap komputer, jarang sekali kita mulakan dengan bismillah... ni bukanlah aku nak kata orang, diri sendiri jugak macam tu.. kita manusia sentiasa lupa...

Ok, back to blog... blog ini di create untuk kawan2 aku membaca tulisan aku. Aku suka menulis, membebel suka jugak.. ahaks... mula suka2, tapi akhirnya terfikir jugak nak mengadaptasi apa yang aku tau selain berkongsi dengan kawan2 segala apa yang mereka tau. harap2 projek log aku ni menjadi lah.. hahaha... ni blog ketiga aku create. Blog pertama lebih kepada personal life aku anak beranak... blog kedua, kisah aku dan dia.. hahaha... ( ada jiwang daaaa)... then blog ketiga ni ala2 editor majalah wanita la pulak... kah kah...

ok.. till here.. enjoy reading.... bye...

salam...
Related Posts with Thumbnails