Pages

Friday, March 28, 2008

Cream Puff



Cream Puff

Bahan-Bahan

100ml air


45g butter-suhu bilik, potong 1cm


60g tepung gandum- diayak


2 biji telur

cara2 membuatnya..


1) Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur

2) Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat

4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5) Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6)Bila agak suam2 Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang

7) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Cool Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bahan-Bahan kastard krim

lebih kurang 2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
gula dan garam secukupnya..

Cara2nya..

masukkan seme bahan2 dlm periuk dan panaskan atas api sederhana.. bila dah nampak kuah mulai likat cepat2 tutup api dan bolehlaa dimasukkan dlm puff


atas permintaan eyzlyn, ku cilok resepi cream puff sekali ngan gambarnya dari forum overseas....

Credit: meowlin aka comelmoew.. tq.

No comments:

Related Posts with Thumbnails