Pernahkan anda marah? Bagaimana anda menanganinya?
Marah adalah satu perasaan yang berpunca dari tindakbalas lain seperti rasa tidak puas hati, stress, kecewa dan sebagainya... Ianya adalah sesuatu yang normal dalam fitrah manusia. Mungkin tadi kita marah kerana kerenah manusia yang buat kerja lembab, marah kerana keadaan bersepah di rumah, marah kerana tidak dapat apa yang kita mahu...Namun marah dalam ertikata panas baran tak tentu pasal mungkin mendatangkan bahaya dalam diri kita ataupun kepada orang lain.
Bagi aku.. secara peribadi, marah yang keterlaluan rasanya tidak ada... membebel atau garang pada anak2 bagiku bukannya satu tindakan marah. itu mungkin bersifat tegas atau dalam ertikata lain cara mengajar anak. pernah sekali dulu semasa zaman study di Universiti, aku sebegitu marah pada rakan serumah. kemarahan itu berpunca dari perkara kecil dan tak semena2 meletup akibat ketidakpuasan hati yang telah tersimpan lama. Dan kelemahan aku adalah jika terlalu marah aku akan menggigil seluruh badan. Dan pernah juga terjadi akibat stress sehingga menyebabkan rasa marah yang amat sangat aku menggigil sehingga tidak boleh berdiri.
Dulu jika aku marah, aku lebih suka end up dengan menangis sepuas hati, sometimes melemparkan apa yang ada di hadapanku, sometimes duduk kat shower berjam2 sambil menangis... tu semua cara aku nak lepaskan perasaan marah sekali gus nak kontrol marah. Tapi sejak berkeluarga, rasanya perasaan marah itu sudah dapat di kawal walaupun tak sepenuhnya.
Apa yang aku selalu buat, jika marah, aku akan tarik nafas sedalamnya sambil beristifar. walaupun masa itu kadang2 sambil menangis aku akan beristifar dan pastinya satu kelegaan akan muncul. Dan tiada lagi membaling segala barang2 yang ada... tapi tabiat menghempas atau buat kerja dengan kasar kadang2 ada.. seringkali suami menegur tabiat burukku itu...
di blog ni, ku titipkan bagaimana kontrol marah... utk info pembaca dan juga untuk diriku yang serba kekurangan ini...
- Kenalpasti punca kemarahan tersebut. Kenapa anda berasa marah? Adakah kemarahan itu perlu?
- Tumpukan perhatian anda pada punca yang menyebabkan kemarahan itu. Daripada anda meluahkan perasaan marah tersebut adalah lebih baik anda menyelesaikan puncanya.
- Tarik nafas yang dalam dan hembus perlahan. Tutup mata dan dongakkan kepala ke atas sambil bernafas perlahan-lahan. Cuba tenangkan fikiran dengan memikirkan perkara yang digemari.
- Bertindaklah mengikut pemikiran, dan bukan mengikut emosi. Ini kerana tindakan melalui emosi lebih banyak mendatangkan kesan buruk, dan boleh membawa kemarahan.
- Apabila anda sedang marah, sekiranya anda berdiri, teruslah duduk.
- Basuh muka anda beberapa kali ketika sedang marah.
credit: The Mind is watching blog.
ok geng, hari ni ada marah tak?... wa belum ada nak marah lagi. tapi smlm wa marah kat driver wa lah.. ada ker dia tertinggal kunci dalam rumah then terus lock tak leh masuk.. then end up wa terpaksa pecah pintu belakang... geram tul... (geram tu a part of marah kan...).. then yang nak tambah marah tu, ada ker laling wa remind si 'labi' tu kalau buat lagi potong gaji, dia ketawa lak... then terus lah kata serious marah ni... bukan main2...
sib baik 'labi' tu tak reti cerita P ramlee.... Tiga Abdul.. kalau dia tau dh lama dia kata..."jgn marah boss, nanti kena jual" kui kui kui
No comments:
Post a Comment