Pages


Wednesday, March 26, 2008

Wanita sebagai ISTERI

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Lama betul tak mendengar lagu ini. Dulu masa kami tinggal di Miri, selalu juga karaoke. Lagu ini mesti menjadi pilihan suamiku. Bila dia mula je nyanyi lagu ni dengan penuh perasaan terasa sangat syahdu pula di sanubariku. Terasa betapa diri dihargai sebagai seorang isteri yang dia selalu ingin aku ada di sisi... dan seringkali juga mengingatkan aku untuk tidak alpa tanggungjawab sebagai isteri sementelah anak dah ada tiga.

Dalam duduk2 masa senggang, selalu aku mengingatkan diri yang suami adalah "my first baby", no matter what. jadi kesibukan sebagai mama mengurus anak2 dan hal ehwal rumahtangga, janganlah aku sampai terleka untuk menjadi seorang isteri... Seringkali kita dengar permasalahan rumahtangga terjadi bila isteri mengabaikan suami sejak mempunyai anak... Doa aku, janganlah aku seperti itu..

Setiap malam, dari dulu anak2 mesti secara paksa rela akan tidur paling lewat jam 9 malam untuk anak2 yang toddler. bagi baby pula seawal jam 8 malam. Jadi apabila anak2 sudah berehat di kamar masing2, masa inilah ku peruntukkan buat suami tersayang. Qualiti time amat penting bagi isteri yang duduk di rumah sepanjang masa seperti aku. Taulah kalau dah jadi surirumah sepenuh masa, dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis, pastinya mengundang keletihan yang amat sangat.

Selalunya, masa inilah kami akan berbual, menonton TV bersama sambil berbaring di hadapan TV atau di atas sofa. Kalau tidak buat begitu, kadang2 kami tiada masa berbual selain waktu makan.

satu lagi perkara yang aku amalkan ialah mesti makan bersama suami. kadang2 berlaku konflik ( mana ada rumahtangga bahagia sentiasa kan.. sesekali mesti terjadinya konflik...), tapi aku tetap akan duduk makan bersamanya di meja makan walaupun kami masing2 membisu. Tiada gunanya tunjuk perasaan atau merajuk kelak kita isteri juga menjeruk rasa. dan yang pasti nanti kita juga yang lapar... huhu... Aku tak pasti ini satu tips atau sebaliknya. Tapi percayalah, jika isteri mengamalkannya, pasti konflik itu tak berpanjangan. Bila berlaku sengketa, jangan kita menjauhi suami... nanti lama2 timbul bosan dan suami mula menjauh.

sekian buat kali ini... topik isteri ini akan bersambung dari masa ke semasa...



4 comments:

Nad said...

Aduhh gue pun layan gak lagu nih wehhh

... said...

leh lentuk jiwang tau....

eyzlyn said...

baguslah anak-anak ko, si shukri ni nak gak tido dgn abah dia. no wonderlah kitaorg asyik tido lewat jer setiap hari.. huhuhuhuhuhu

... said...

tu paksa rela lyn oii.. kalau tak semua nak menempak atas katil..

ko leh lah cuba ajar dia tidur asing.. nak tak dia? Ain dulu aku wat camni... dia tidur lain katil kat sama room ngan aku lah.. lama2 ok jer dia.. then dia pun ku pindahkan ke bilik lain sama ngan amsyar bila amsyar besar sikit.. skrg ni dia tidur bilik sendiri.. bdk2 ni siap ada girl's room, boy's room bagai... haha

Related Posts with Thumbnails