Mendirikan rumah tangga hanyalah langkah pertama ke arah perkahwinan yang bahagia. Untuk memiliki sebuah perkahwinan yang bahagia, cinta bukanlah segala-galanya. Yang pentingnya kesepakatan kedua belah pihak untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang dibina. Ketahuilah bahawa perkara utama yang menjanjikan perkahwinan bahagia ialah kesediaan menerima pasangan seadanya dengan hati yang terbuka, mampu berkomunikasi secara terbuka dan pandai menjaga hati serta perasaan pasangan. Sangat penting bagi pasangan suami isteri untuk berkongsi perasaan, emosi, kerja, idea dan masalah yang dihadapi. Apabila kedua-duanya saling faham-memahami, barulah perkahwinan bertambah bahagia. Selain itu, kesanggupan untuk berkorban dengan suami ataupun isteri tercinta turut mengeratkan lagi sebuah ikatan perkahwinan. Akan tetapi, ikatan perkahwinan bukanlah bermakna anda perlu meninggalkan segala yang anda gemar lakukan terus. Sebaliknya, teruskan hobi itu dan lebih elok jika ajak si dia bersama-sama melakukan aktiviti yang anda gemari itu. Tentu lebih menyeronokkan. Bukan saja pasangan perlu cuba aktiviti yang anda suka tetapi anda pun kenalah belajar sukakan aktiviti kegemaran pasangan. Barulah lebih mesra. Tip buatkan pasangan terus gilakan anda. • Keluar dari kepompong Ada kalanya cinta boleh membuatkan anda lupakan segala yang berada di sekeliling. Dunia yang sepatutnya penuh dengan penghuni kini tinggal anda berdua. Jika terus-terusan seperti ini, tidak ada yang menariknya kisah cinta anda berdua. Sama saja setiap hari. Memang membosankan. Percayalah bahawa perkahwinan anda berdua akan jadi lebih menarik sekiranya anda berfikiran terbuka dan jadi seperti diri anda yang dahulu iaitu semasa belum bergelar kekasih. • Ikatan perkahwinan bukanlah segalanya Hidup anda akan jadi bosan jika hanya ada anda dan pasangan. Jadi, meriahkan hubungan tersebut dengan pelbagai cara. Selain berusaha untuk memiliki zuriat sendiri, sekali-sekala, bertandanglah ke rumah saudara mara atau rakan-rakan baik untuk saling bertukar cerita. • Hormati keluarga mertua Setelah berkahwin, keluarga si dia adalah juga keluarga anda. Oleh yang demikian, anda perlulah menghormati mereka seperti anda hormat pada keluarga sendiri. Dengan cara ini barulah pasangan selesa hidup bersama anda. • Jadi romantik Hubungan antara anda dan pasangan perlu sentiasa mesra dan romantik. Walaupun sudah berbelas tahun mendirikan rumah tangga, ini bukanlah bermaksud yang pasangan tidak perlukan belaian mesra anda. Sebaiknya, kekalkan keintiman itu seperti masa bercinta dan baru berkahwin dulu. |
Tuesday, March 25, 2008
Manisnya Alam Rumah Tangga
credit: majalah PA & MA terbitan Karangkraf...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment