Pages

Wednesday, December 15, 2010

Unbaked Cheesecake






ni lah rupa cheesecakenya... :)

Bahan2


untuk base :


2-3 paket kecil biskut oreo . remove creamnya dan hancurkan. Aku hancurkan pakai blende kering jer.. ( biskut lain boleh jugak... :P)
2 tbsp gula halus
3 tbsp butter (melted)


untuk filling:


2 buku cream cheese. ( bagi dia suhu bilik dulu )
1/2 cwn gula halus
sedikit perahan lemon
1 tsp esen vanilla
2 tsp geletin
3 tbsp air suam
1 cup heavy cream


untuk topping:


1/2 cup heavy cream 
2 tbsp gula icing
sedikit coklat ( melted)


cara:


untuk base:


1. biskut oreo dihancurkan. pastu campur gula dan butter yang dh dicairkan. biar sebati. kemudian tekankan dalam acuan pie, atau any baking try. springfoam atau yang cake tin biasa pun boleh.
2. dah siap, sejukkan dalam fridge sementara nak buat filling.


untuk filling


1. pukul cream cheese sampai cheese tu jadik lembut... Pukul sampai cheese tak berketul2.. 
2. Masukkan gula. pukul lagi. then esen vanilla dan sedikit perahan lemon.
3. sementara tu, larutkan geletin dgn air suam. bila dh larut, masukkan dalam adunan cheese. 
4. Dalam bekas yang lain, pukul heavy cream sampai kental.
5. masukkan cream dalam adunan cheese, dan pukul bagi sebati.
6. pastu tuang filling ni dalam acuan base. masukkan dalam fridge. 


untuk topping. 


1. pukul cream dengan gula sampai kental
2. paipkan ikut suka atas cheesecake..
3. hias ngan coklat cair. ( ni ikut sukalah.. sbb saya pun lum pas bab2 topping ni,... :D)


Sekian resepi cheesecake... Ni anak dara rumah ni request dah lama.. baru ni nak buatkan.. Alhamdulillah, bdk2 ni suka sangat... :). Unbaked cheesecake ni lagi semalaman chill dalam fridge lagi bagus.. baru senang potong, dan makin sedap lagi lama.. heheh.. Tapi kdg2 tak berapa nak sabar tunggu, masukkan dalam freezer kejap... hehehehe...

btw, selamat mencuba yer..

Related Posts with Thumbnails