Pages

Monday, May 26, 2008

BEDTIME STORY

Bedtime stories sememangnya menjadi amalanku. Namun adakalanya kesibukan atau waktu2 yang terbatas tatkala anak masuk tidur jam 9 malam, membuatkan aku seperti terlupa seketika aktiviti sebelum tidur bersama anak2.

Semalam, sewaktu menghantar anak2 masuk tidur, Ain asked for bedtime story. So, Ain n Amsyar ku suruh ke bathroom terlebih dahulu. kemudian mereka datang berbaring bersama2ku di katil.

Hmmm... malam ni nak story apa yer. Rasanya buku2 yang ada sudah abis kubacakan. Since Ain dah pandai baca, jadi dia tidak mahu lagi ku bacakan buku2 cerita itu. Akhirnya aku memilih menceritakan kisah semasa aku zaman budak2.

Kisahnya berkisarkan first time aku belajar menunggang basikal semasa berumur 5 tahun. Anak2 sibuk bertanya apa color basikal ku, besar atau kecil. Pada mereka ku katakan basikal itu bukan milikku. Basikal itu milik kawanku. Ku katakan atuk dan Wan tak de duit nak belikan aku sebuah basikal. Tapi keinginan untuk memiliki basikal memang ada.

First time aku menunggang basikal, aku jatuh dengan lutut dan siku berdarah. Baju yang kotor. Mak marah, tapi bila aku kata jatuh basikal sebab belajar naik basikal , Mak tak jadi marah.

Lama2 sebab mak tengok aku selalu naik basikal kawan tu, jadi mak bagitau Abah. Bagi Abah membeli sebuah basikal pada waktu itu bukan satu keutamaan. Jadi Abah buat janji. Kalau aku dapat no 1 semasa darjah 1, abah akan hadiahkan aku basikal. Dan dipendekkan cerita, aku hanya dapat no 2 sahaja. hancurlah harapan nak memiliki sebuah basikal. Tapi hati seorang ibu dan bapa, tak tergamak agaknya melihat aku berjalan kaki ke sekolah dengan jalan tanah merah, jadi Abah hadiahkan aku juga sebuah basikal .. basikalku bewarna biru...


Alangkah beruntung2nya anak2 zaman kini. Semuanya telah ada tersedia depan mata. Ku berdoa semoga anak2ku menjadi anak yang soleh dan solehah... mendengar kata, cerdik dan rajin.. amin...

Wednesday, May 21, 2008

Congkak

My new game... congkak... baru sampai from Malaysia. So baru jap tadi test power.. Alhamdulillah masih ingat lagi step2 main congkak.. so pasnih leh berentap ngan Cik Abang....


Mesti ramai yang juih bibir kat aku. kut congkak pun nak heboh. Tapi kan, bila dah duk kat overseas, pasti merindui kampung halaman. congkak ni mmg dulu zaman aku budak2 selalu main kat rumah. Siap gaduh2 lagi ngan kakak aku. dia suka main ngelat tau. Pastu kadang2 main ngan mak. Mak akulah yang ajar step2 main congkak nih. Then bila dah terror sikit, siap leh kalahkan mak lagi.. hehe
Skrg, tiba giliran aku jadik mak lak nak ajar anak main congkak. Tradisi lama jgn dilupa. Taknaklah anak aku dah duk luar Malaysia tak tau apa itu permainan tradisional. sib baik teng teng aku dah ajar anak aku.. kalau boleh nak ajar segala permainan yang aku enjoy dulu masa zaman budak2.. mcm main baling selipar, main balung ayam, main onde2.. ( patuk ayam kami panggil), main getah lompat2 tu pun.. main batu seremban.. taknaklah permainan ni pupus. walaupun zaman sekarang anak2 layan games, baseball, bowling... tak salah back to the good old days...
sekian...

Tuesday, May 20, 2008

Yeeehaaa...

Happy ker tuan rumah???Jawabnya tuan rumah happy giler. Barang2 tuan rumah from Malaysia dah sampai. Barang tu termasuklah sardin 100 tin.. ( tin kecik jer). Then tuan rumah punya stok makanan, rempah ratus, stok kicap, sos bagai, cili kering dan segala barang2 laundry semua dah sampai. Jenuhlah tuan rumah nak ngemas balik pantry tu. Tapi walaupun penat, hati tuan rumah lega. Barang2 lain termasuklah meja komputer baru.

Ni adalah last air freight yang tuan rumah entittled sebelum berakhirnya tahun 2007. Starting tahun 2008 no more air freight. So, stok ni harapan tuan rumah bertahan lama, jangan expired dah lah. Mesti ramai tertanya2 kenapa tuan rumah excited.. Actually, barang2 tu memang tuan rumah sangat perlukan. Kat Lagos tak de jual ker??? Jawapannya ada.. tapi......

  • tak menepati citarasa tuan rumah. tah apa2 jenama tah... dan diragui halal haramnya bagi brg2 makanan.
  • Barang kering lak.. mcm cili kering.. lagi tah apa2.. Bukan tuan rumah tak pernah cuba. Dah cuba, tapi ouhhh.. teruknya rasa masakan tuan rumah...
  • Dan sebab utama, mahal yang amat di sini. Kut ada yang tanya "Bawak dari malaysia costly pulak..", tuan rumah hanya belanja untuk brg2 tu jer. Tapi hal2 lain untuk membolehkan sampai ke lagos, tuan rumah tak ambik peduli. under co laki tuan rumah ... so chances tak dtg selalu.. just grab...

apapun, minggu ni tuan rumah kembali bz mengemas...

Monday, May 19, 2008

Motivasi....

Sayangi pasangan anda.. jagalah tutur kata.

Komunikasi penting dalam sesebuah rumahtangga. Sometimes, communication break down jugak. Jadi bila2 masa berlakunya communicaton break down, cepat2lah kita menanganinya.

Antara tips yang aku dapat dalam majalah PA&MA... dari pakar motivasi Dr Hm Tuah Iskandar al Haj... ( kat Msia glamour gak dia nih walaupun org lebih kenal Dr Fadzilah Kamsah.. huhu...).

  • Basuh semua rasa tidak enak.. Antaranya bila berlakunya satu2 perkara akibat percakapan pasangan kita, cepat2 lah kita membuang segala prasangka. Mintalah maaf andai kita yang memulakan rasa tidak enak itu. Jangan di pendam kelak jadi nanah pulak. Kalau dah simpan lama, bila membuak, meletup, jadik larva pulak .... Kalau dulu waktu cintan cintun leh terima pasangan seadanya, mudah melafazkan maaf, jadi masa dah jadi suami isteri, tak salah meneruskannya.. Hidup kita lebih berbahagia tanpa sebarang prasangka terhadap pasangan.

  • Ceriakan kembali suasana tegang itu. Mungkin kita boleh buat lawak dan ketawa sendsiri. Mungkin dengan cara itu akan mengundang tawa pasangan kita yang hatinya sedang bengkak dan merajuk misalnya. Walaupun muka pasanag mencuka, tapi jangan layan sangat. Buatlah ceria sahaja. Lama2 mesti pasangan fikir tiada gunanya mempamerkan muka masam. Lambat laun mesti nak senyum jugak.

  • Jangan fikir sangat perkara2 yang mengganggu gugat ketenteraman kita. Kalau boleh lupa cuba lupakan. Ini demi keharmonian rumahtangga kita jugak. Jangan biarkan kegagalan komunikasi antara pasangan bermaharajalela..

tips ini mungkin boleh digunapakai oleh kita. Namun terimalah ita manusia ada salah silap. Ada banyak kelemahan diri. Jadi yang penting terimalah pasangan kita seadanya. Ingat balik saat mula perkenalan dulu. Indah kan... Jadi jangan biarkan keindahan itu hilang hanya kerana kita sakit hati....

BUBUR NASI

P/S: gambar seperti biasa cilok. tak teringat nak ambik gambar daa...

Semalam, aduh, malasnya nak masak. Then Cik Abang lak janji nak buat shawarma chicken. Ku tunggu punya tunggu, dah kat kul 11 pagi, tiada tanda2 Cik Abang nak masuk dapur pun hari ni.

So akibat kemalasan yang teramat sangat, jadi menu hari Ahad hanyalah bubur nasi. Kebetulan ada beras hancur ku beli masa kat houston dulu. so dua cup beras aku wat bubur untuk jamu seisi keluarga.

resepi... nak tepek ker?? hehehe

resepinya:

2 cup beras.. basuh dan tanak dengan air yang banyak sampai jadik bubur..
dua tiga hiris halia
kiub pati ayam
isi ayam, potong kecil2
daun sup daun bawang
ikan bilis goreng
sambal kicap cili.. ( ni kicap cili ala2 makan soto tu)..

Cara:

tanak bubur. masukkan halia sikit, then isi ayam. biar sampai bubur betul2 lembut n kembang. Tambah air jika perlu. masukkan kiub pati ayam. so dh cukup masin, no garam lah.

dah siap, hidangkan ngan ikan bilis goreng, daun sup dan daun bawang. nak pedas, letak kicap cili.. mengancam beb!


alkisahnya, masa muda2 dulu.. ( mcmlah dah tua sangat.. ekeke), dulu g makan porridge kat bangsar. aduhai sedapnya. lengkap dengan ikan bilis, kacang tanah , lobak asin dan telur masin. tapi semalam punya menu, terlupa kacang tanah daa.. padahal ada jer kat rumah. telur masin jangan cakaplah.. buat terliur jer.. Tapi abis gak seperiuk bubur nasi aku tu...

Tuesday, May 13, 2008

simple excercise...

Simple excercise for fashionable wife... ( yang busy 24 jam tu... ekekeke)


  • utk perut.. yg muncit2 tu.... try kempeskan perut, n tahan nafas selama 10 saat. Then release. ulanglah beberapa kali yang boleh. senang jer nak buat. sambil masak2 ker, menyapu ker, duduk2 depan pc pun leh buat.

  • sit up

  • exercise bahu n tangan... letak tangan kat bahu, then buat pusingan ikut arah jam. repeat ikut lawan arah jam lak.. tak kisah lah banyak kali nk buat.

  • Kalau ada treadmill, leh ler buat exercise jalan dalam rumah. tapi kalau tak de janganlah sedih. leh jugak buat. Jalan throughout the house . pusing2. Kalau rumah dua tingkat lagi mudah. Just turun naik tangga selama 15 minit. lama2 pecahlah lemak2 kat peha tu. kalau yang duk rumah flat macam i nih, atau apartment bertingkat tu, kuar sat dari rumah, dan jalan naik tangga sampai tingkat atas then turun balik. Jangan guna lift eh.. cendekel tuh! ekeke

  • dumbell tak de , jangan risau. ambil dua botol air mineral saiz 500ml. then buatlah macam dumbell tu. part of exercise tangan gak...
tu jer untuk masa nih. Kalau ada tambahan untuk fashionable wife yang selalu exercise leh tambah di sini. Ni just jimat yg tak kuar belanja pun. n yang penting just stay at home then healthy n get in shape...
err.. tp makan janganlah melantak giler.. tak jadik gak excercise then melantak mcm apa.. balance lah eh.. wakakaka

Tuesday, May 6, 2008

HIPOKRIT

Hipokrit... aduhai.. ramainya manusia seperti ini dalam dunia ni. tapi entry hari ni hanyalah menyentuh hal2 yanberkaitan dengan tuan rumah jer. dari observation tuan rumah yang dah berkawan dengan bermacam orang. ragamnya yang macam2 leh pening kepala.



Kadang2 tuan rumah tak faham lah bila orang ni suka hipo. depan lain, belakang lain. depan kita sikit punya humble. sampai tuan rumah tertipu nak wat kawan sejati kononnya. tapi belakang lain ragamnya. walaupun kiranya orang tu tak la back stabbing tuan rumah ni, tapi perangai hipo cukup tuan rumah meluat giler.



Ada tu depan tuan rumah kemain humble lah kononya. konon dia tu tak punya apa. Konon dia sangat sederhana, tak de itu ini. tapi bila tengok orang lain berkemampuan, dia mula tak senang duduk. mula rasa tergugat. mula dalam diam dia pasang badan. kalau dia pasang badan untuk sang suami tak pe gak. ni mula pasang badan nak suh kawan2 tgk dia jugak ada. Dia leh berdiri sama tinggi duduk sama rendah ngan kawan2 lain. tak faham tuan rmh peel orang gini. kenapa tak leh tampilkan diri seadanya... pepatah ada mengatakan.."like the way you are"... "jadilah diri sendiri.. be yourself", tapi kenapa cuba nak jadik orang lain. Then sudahnya kantoi. sapa yang malu....mereka dan keluarga mereka jugak... hehehe

Moralnya, tak yah lah nak hipo. Just be yourself. Kawan2 pun jadi seronok nak berkawan. Tiada rasa meluat, jelek segala. Keikhlasan dalam berkawan kena tanamkan dalam diri. Jangan ada hasat dengki.

tuan rumah: berkawan biar seribu.. berkasih biar satu....

Monday, May 5, 2008

Auchhhh............

Auchhhh... sakitnya....

  • kena pisau sakit.
  • sakit gigi lagilah....
  • jatuh terjelepuk... auchhh... sakit kepala lutut..
  • kena enjet... alah anggap jer kena gigit semut.. tapi auchhh!!!
  • terpercik minyak panas.. auchh!! tak semena2 jerit kat dapo...
mcm2lah kalau yg berkaitan ngan sakit nih.. nak2 bila sakit ada tindakan refleks..
tapikan kalau sakit hatilah camne... jarang sakit hati kita sebut auchhh!!!

Sunday, May 4, 2008

Nasi beriani

* gambar bukan gambar aku.. tuan rumah cilok dari yahoo image... huhu*


Ahad, lazimnya hari ni Cik Adik memang rehat. Cik Abang selalu take over masak kat dapo tu. Hari ni Cik abang punya menu memang mabeles. Cik Abang bbq daging kambing n ayam. Then Cik Abang kata nak masak beriani. Mintak Cik Adik tolong sediakan bahan2nya. So Cik Adik kupas kentang, potong tomato, kupas bawang, halia... then sediakan bahan2... basuh beras segala... sampai periuk belanga nak guna pun Cik Adik sediakan. Karang kalau Cik Abang yang nak sediakan, alamat sepahlah opis dapo Cik Adik tu. Nak mencari periuk belanga abis semua kabinet dapo tu Cik Abang bukak...

Then Cik Abang pun mulalah masak ikut resepi beriani yang terdapat kat kotak rempah beriani Shan yang Cik Adik beli kat US. stok rempah beriani jenama Shan yang Cik Adik beli rasanya leh tahan 2-3 tahun.. jangan sampai expired dah lah.. huhu...

Then, tugas Cik Adik selain jadik pembantu chef, Cik Adiklah tukang kemas, tukang lap segala.. then Cik Adik tukang rebus telur dan tukang goreng papadum...

Pastu kul 1pm, kami pun lunch.. Cik Adik lambat sikit join lunch sebab Cik Adik potong mangga dulu kat dapo. Cik Abang ni siap panggil2 lagi ajak makan...

"Sudah2lah tu ngemas yang oii.. makan dulu", panggil Cik Abang...

Then Cik Adik pun lengganglah dari dapo bawak sepiring mangga nak join lunch.. yummy.. sodapnya... Cik Abang kalau masak memang mabeles...

TQ laling... syoknya lah sebab tetiap minggu memang Cik Abang bagi rest kat cik Adik tak yah masak... Yang paling syok tu, masakan Cik Abang tak pernah tak best... Cik Adik bab masak nasi color2 ni mmg fail.. sib baik Cik Abang terror...
Habis lunch... bosan2 layan dvd lah pulak. Shrek the 3...

Saturday, May 3, 2008

PETUA

pembaca sekelian, ni aku dapat from email... so sama2 kita share. aku tak pernah amalkan. and harap2 aku tak lupa nak mencuba.. no harm trying... lagi pulak dapat pahala amalkan ayat2 suci...


Assalammua'laikum,

saya nak share tentang petua yg saya terima... dari seorang pakar motivasi & dah lama saya praktikkan (l/kurang 11 tahun) kat anak2 saya.... elok dilakukan oleh salah seorang ibu atau bapa atau seeloknya kedua2 buat iaitu selepas ibu buat... diikuti oleh bapa (inshaallah anak akan lebih merasai dihargai) setiap pagi..

sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak, & kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat... letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepas tu bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah. .. hingga habis.... pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"

Lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah... tak sampai pun 5 minit...

jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa)

saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah digunakan sebaiknye... sebab itulah orang tua2 kate jangan tampar anak guna telapak tangan... tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari & anda lihatlah kesannye.... kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali ... JANGAN TAK BUAT LANGSUNG...

anak saya hingga sekarang (17, 15 & 10thn) saya buatkan & kesannya inshaallah anda akan lihat...

nasihat saya... anda masih belum terlambat... buatkan sekarang pada semua anak2, sehingga mereka dewasa seeloknya ibu & ayah kedua2 sekali buat... semasa anak2 nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bile2 teringat... insyaAllah anak akan dengar cakap ibu ayah & terang hati..

MAMA U GARANG SANGAT....

Last few days, tak semena2 aku mengamuk sakan kat maid... kisahnya gini....

around 9 am+, aku pun pergilah mandi n bersiap2 kat bilik sebab tengahari ada friend nak come over for lepak2 sambil mkn apam balik. so si maid ni ku tugaskan duk tengok2kan budak2 n baby gak since fadhlin dah bangun tapi still in the baby carseat.. ( anak gue suka tido dalam tu daaa)...

Lps aku amndi, so aku lenggang kangkung jalan kuar bilik. Hmmmm si fadhlin meluru kat aku.. Aku ambil dia bawak ke dapur. Eh, mana maid ni? Aku panggil2 tak berjawab. balik bilik dia ker.. Ku tanya Amsyar, "Where is sister?" Amsyar kata sister went out thru the front door...

"Haaa..." aku menjerit sekuat hati. memang nak kena dia ni tau. Apa kes dia tinggal anak2 aku kat luar tu, then dia lesap. Jaga dia bila dia balik nanti. aku terus menyinga..

"Khadija, where are you?"

"i went out to throw all the garbage!" kata dia

So, bermulalah ceramah sivik aku kat dia. geram tul sbb dia tinggalkan bdk2 tu unattended... kalau ain n Amsyar aku tak berapa kisah sgt sbb dh besar n faham takkan usik benda2 yang dangerous since dah memang kami ajar dia orang sejak kecil. tapi si fadhlin ni lain sikit. dia memang suka pegang sana, petik2 suiz, main remote, tekan2 komputer... since dia pun baru setahun lebih mana tau benda tu bahaya atau apa...

And the maid keep on said.. i'm sorry.. meluat aku tak sudah2 i am sorry tapi tak improve gak.. then lepas warning dia jangan wat lagi dan bla bla bla... tetiba, ain come closer to me...

"Mama, u garang sangat..."

Nak ketawa pun ada bila dengar Ain cakap camtu. tapi orang Nigerian ni memang kena bahasakan depa ni sikit. Kalau kita berlembut, semua pijak kepala. Kena tegas lah. actually aku nak tegas jer ngan dia orang. Tapi maybe raut muka aku masa marahkan khadija tu nampak sangat macam singa lapar kut.. hihi...

Last2 pada Ain, ku katakan kalau tak nak mama garang, just behave urself..

Friday, May 2, 2008

AKTIVITI HARI BURUH

Semalam hari Buruh di sini. sama macam Malaysia. So cuti tu duk lepak kat rumah jer lah. so semalam maid tak de, driver tak de, tak de agenda nak buat, so pagi2 lepas breakfast, aku dan suami decide nak gantung frame2 gambar. Then aku mengemas sikit. Adeh, ada maid pun menyapu tak bersih. aku semalam menyapu rumah bagai, lap2 perabot bagai.

menjelang kul 11am, anak duk merengek lapar. aduhai budak2 ni.. Tadi pagi dah breakfast heavy mee goreng, dengan roti bakat segala, masih merungut lapar. Padahal bukannya breakfast awal sangat. dekat2 jam 9 tu breakfastnya. So, aku pun mula masuk dapur jam 11.30. wat sup untuk lunch bdk2 ni. Untuk aku dan laling, ku masak kari kepala ikan. Kebetulan ada ikan fresh, so apa lagi. Makan kari tu beria2 agaknya kalau mak mertua lalu pun tak nampak. siap dengan ulam petai, sambal belacan... sayur kobis goreng. Makan bertambah lah dua tiga pinggan. actually aku jarang ambil lunch sebab malas nak makan sorang2 tapi bila tiba cuti atau weekend aku akan skip dinner lak.. ni part of nak diet konon. tapi mak tengok, badan mak membulat tang perut muncit tak turun2 gak.. ahhahahaa

Lepas makan dan ngemas inggan manmgkuk bagai, cadangnya nak layan DVD Spiderman 3, tapi mata ni ngantuks lak.. Si Fadhlin pulak golek2 main dalam baby cot memekak tak nak tido, end up aku ambik dia bawak kat katil. sekali nk tidokan dia, jadik aku lak terlelap sama. Sedar2 jam 4.30 ptg, tu pun sebab laling datang cuit!

pastu layan borak ngan lalingku, then pasangkan budak2 ni punya thomas train tracks, then aku pun duk melangut kat toys room duk join anak2 main train. Kat kul 6 camtu, Si Ain nampak kawan2 dia kat playground, terus rengek2 nak kuar main. Di sebabkan aku memang dah janji nak bawak dia org main kat luar, so pergilah siap2 n kuar. main2 sana sampai kat kul 7pm.. dah nak maghrib, so balik rumah, dinner budak2 ni, mmandi tukar baju. Then lepas maghrib, tarak kerja nak buat, laling g masjid, kami main wii games. Pastu kat kul 9+ pm, laling balik , join Ain main game lak..

tulah dia sehari di hari buruh...
Related Posts with Thumbnails