Pages


Monday, May 26, 2008

BEDTIME STORY

Bedtime stories sememangnya menjadi amalanku. Namun adakalanya kesibukan atau waktu2 yang terbatas tatkala anak masuk tidur jam 9 malam, membuatkan aku seperti terlupa seketika aktiviti sebelum tidur bersama anak2.

Semalam, sewaktu menghantar anak2 masuk tidur, Ain asked for bedtime story. So, Ain n Amsyar ku suruh ke bathroom terlebih dahulu. kemudian mereka datang berbaring bersama2ku di katil.

Hmmm... malam ni nak story apa yer. Rasanya buku2 yang ada sudah abis kubacakan. Since Ain dah pandai baca, jadi dia tidak mahu lagi ku bacakan buku2 cerita itu. Akhirnya aku memilih menceritakan kisah semasa aku zaman budak2.

Kisahnya berkisarkan first time aku belajar menunggang basikal semasa berumur 5 tahun. Anak2 sibuk bertanya apa color basikal ku, besar atau kecil. Pada mereka ku katakan basikal itu bukan milikku. Basikal itu milik kawanku. Ku katakan atuk dan Wan tak de duit nak belikan aku sebuah basikal. Tapi keinginan untuk memiliki basikal memang ada.

First time aku menunggang basikal, aku jatuh dengan lutut dan siku berdarah. Baju yang kotor. Mak marah, tapi bila aku kata jatuh basikal sebab belajar naik basikal , Mak tak jadi marah.

Lama2 sebab mak tengok aku selalu naik basikal kawan tu, jadi mak bagitau Abah. Bagi Abah membeli sebuah basikal pada waktu itu bukan satu keutamaan. Jadi Abah buat janji. Kalau aku dapat no 1 semasa darjah 1, abah akan hadiahkan aku basikal. Dan dipendekkan cerita, aku hanya dapat no 2 sahaja. hancurlah harapan nak memiliki sebuah basikal. Tapi hati seorang ibu dan bapa, tak tergamak agaknya melihat aku berjalan kaki ke sekolah dengan jalan tanah merah, jadi Abah hadiahkan aku juga sebuah basikal .. basikalku bewarna biru...


Alangkah beruntung2nya anak2 zaman kini. Semuanya telah ada tersedia depan mata. Ku berdoa semoga anak2ku menjadi anak yang soleh dan solehah... mendengar kata, cerdik dan rajin.. amin...

No comments:

Related Posts with Thumbnails