Pages


Monday, May 19, 2008

Motivasi....

Sayangi pasangan anda.. jagalah tutur kata.

Komunikasi penting dalam sesebuah rumahtangga. Sometimes, communication break down jugak. Jadi bila2 masa berlakunya communicaton break down, cepat2lah kita menanganinya.

Antara tips yang aku dapat dalam majalah PA&MA... dari pakar motivasi Dr Hm Tuah Iskandar al Haj... ( kat Msia glamour gak dia nih walaupun org lebih kenal Dr Fadzilah Kamsah.. huhu...).

  • Basuh semua rasa tidak enak.. Antaranya bila berlakunya satu2 perkara akibat percakapan pasangan kita, cepat2 lah kita membuang segala prasangka. Mintalah maaf andai kita yang memulakan rasa tidak enak itu. Jangan di pendam kelak jadi nanah pulak. Kalau dah simpan lama, bila membuak, meletup, jadik larva pulak .... Kalau dulu waktu cintan cintun leh terima pasangan seadanya, mudah melafazkan maaf, jadi masa dah jadi suami isteri, tak salah meneruskannya.. Hidup kita lebih berbahagia tanpa sebarang prasangka terhadap pasangan.

  • Ceriakan kembali suasana tegang itu. Mungkin kita boleh buat lawak dan ketawa sendsiri. Mungkin dengan cara itu akan mengundang tawa pasangan kita yang hatinya sedang bengkak dan merajuk misalnya. Walaupun muka pasanag mencuka, tapi jangan layan sangat. Buatlah ceria sahaja. Lama2 mesti pasangan fikir tiada gunanya mempamerkan muka masam. Lambat laun mesti nak senyum jugak.

  • Jangan fikir sangat perkara2 yang mengganggu gugat ketenteraman kita. Kalau boleh lupa cuba lupakan. Ini demi keharmonian rumahtangga kita jugak. Jangan biarkan kegagalan komunikasi antara pasangan bermaharajalela..

tips ini mungkin boleh digunapakai oleh kita. Namun terimalah ita manusia ada salah silap. Ada banyak kelemahan diri. Jadi yang penting terimalah pasangan kita seadanya. Ingat balik saat mula perkenalan dulu. Indah kan... Jadi jangan biarkan keindahan itu hilang hanya kerana kita sakit hati....

No comments:

Related Posts with Thumbnails