Pages

Sunday, October 31, 2010

Kuih Keria

Ni ha kuih keria buat smlm.. Masuk blog entry ni semata2 nk bg resepi camne nk menyira kuih keria ngan gula. Aku cuba byk kali, kdg2 tak berjaya nk menyira ngan camtik. Dulu, end up menyira ngan gula halus jer.. sbb cam give up lah nk buat sira dia...


 So ni cara2 nak buat sira gula.

1. Dua tiga sudu gula dan dua tiga sudu air dimasukkan dlm kuali. Masak pada api perlahan.
2. Kacau sentiasa sampai gula larut dan berbuih2...
3. Bila dh berbuih2 tu, masukkan pulak kuih keria yg dh siap bergoreng.
4. Gaul kuih dlm kuali. Kalau nak tutup api dapur dalam proses ni dh boleh dah. Gaul sampai gula membaluti kuih keria.. pastu siap... :D


Wednesday, October 27, 2010

Tips

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Sunday, October 24, 2010

Seharian dalam hidup tuan rumah...

5.00 am: selalunya time2 cam ni dah bangun tido. Slps solat subuh tu, terus g dapo. Jerang air dan terus on laptop.. :D... pastu g kejut cik abang dr tido. sementara dia siap2  nak g kerja tu, tuan rumah buat breakfast. Siapkan kopi dia.

selalunya time2 dalam 5.30am tu time2 laling nk breakfast tu, buah hati 3 orang tu pun dah bangun. Sambil2 tu kdg2 masih lagi buat breakfast.. nak2 kalau menggoreng cucur ker, buat lempeng ker.. janji first batch masakan tu dh ada atas meja tuk laling breakfast.

6.00 am : biasanya laling dh g opis dah.. dah kiss2 say good bye lah time ni. Dan tuan rumah duk tgk FB jap.. tgk status kawan2.. mana nak komen, nak baca.. nk sengeh, nk gelak...

Anak2 pun kdg2 terus main2 pagi2 ni. terjerit2 lah mama ni suruh breakfast pastu nk suruh mandi.. gosok gigi bagai. Karang kelam kabut  nk g sekolah. Pulak tu kdg2 buatkan snack atau lunch kalau ada yang stay back tk balik lunch kat rumah. Pas budak2 mandi, terus lah tuan rumah carikan baju. Alang2 pakaikan baju, terus kemas kt bilik. Kdg2 miss jugak kemas bilik. Kemas kendian lah jawabnya.. Basuh baju.... kdg2 tak berlipat pun. lipat bila ada kesempatan.. huhu

7.20 am, Ain n Amsyar dh ke sekolah. Fadhlin selalunya dh sarapan, pastu pasangkan dia TV. Kdg2 dia duk baca2 buku.. Kdg2 menyakat dia.. pastu mulalah xtvt mama ni. kdg2 duk mengadap laptop.. kdg2 tgk drama.. kdg2 exercise.. kdg2 mandi manda, kdg2 kemas rumah... semuanya nak buat before bdk2 balik rumah kul 11.30am tuk lunch. This is mostly time untuk tuan rumah sendiri lah melayan hobi. tu pun kdg2 time ni occupied bila ada jer nk kuar rumah gather2 ngan kawan2, tak pun sekadar g dobi n commisory for quick shopping!

11.30am: Bdk2 back for lunch. tuan rumah lunch sekali. Kdg2 tak lunch. baru lah terhegeh2 nk prepare food for dinner.. selalunya bdk2 ni makan left over lauk semalam.. memang sengaja masak lebih sikit untuk bdk2 ni lunch sekali. since smlm lauk tu hanya makan dinner jer..

12.20, Lepas semua dh g sekolah. Fadhlin pun dh selamat kena take a nap, so tuan rumah mulalah bersilat. nk masak dinner,.. buat kuih lah. most of the time time tengahari membawak ke pukul 4.30 ptg, adalah masa di dapur. selalunya time ni time memasak sambil2 ber FB.. heheh...Senang citer time ni multi tasking...

Anak2 dh balik sekolah, sambil2 tu buat homework, mama pun memantau lah homework they all.. pukul 4 jer, mesti kemas dapo n ready lah kejap2 lagi laling dh balik kerja.. :P

4.30pm, angkat kaki, baru nk rest, laling dh balik kerja. Pas minum tea time, bdk2 selalunya dah balik sekolah n doing homework, time ni leh they all akan main kt luar. Kdg2 mama pun join duk kt luar, kadang time ni mama lipat kain..

5.30pm: pas solat maghrib, prepare table for dinner.. reheat makanan, dan menghidang, pastu makan dinner.. selalunya 30-45 minit masa diambil tuk mengadap rezeki.

6.30pm, basuh pinggan, kemas dapo for final sebelum dapo nak tutup untuk esok pulak.. pastu tengok tv ngan anak2 ni.. bdk2 pun dh tukar baju, dh ngaji time ni...pastu bagi chances tgk tv sampai lah pukul 8 pm..

8.00pm, tido for kids. laling lak time ni tgk tv, dan tuan rumah tgk keadaan. kalau ada citer best selalu tgk Tv gak, kalau tk syok sgt... tengok kejap,. pastu mengadap laptop.. tak pun dh terbongkang tido... Most of the time tuan rumah dh tertido kt sofa panjang sambil TV ngan laling tengok tuan rumah.. :)).. kadang2 dua2 tido, sambil TV tgk kita org.. :))



Wednesday, October 20, 2010

Roti jala

Resepi roti jala. (curtesy dari myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/3243 )



Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Memang lembut roti jalanya.. Makan pulak dgn kari ayam kaw-kaw.. hehehe... 




 tengah makan anakku Fadhlin. Dari mula makan dia lah org pertama duduk kt meja, sampai semua orang dah abis, dia masih lagi makan... syok tgk dia makan.. Kalau lah Ain dan Amsyar jenis pemakan jugak, alangkah bahagianya mama.. penat masak mesti hilang bila tengok anak2 suka makan. 


Tuesday, October 19, 2010

Sardin roll


Semalam buat sardin roll for tea time.. dan masukkan gambar di FB... nilah dia feedback yang aku dapat dari kawan2... :P

Boleh ker update blog camni.. hehehe.. malas nk menaip banyak2.. just copy paste jer lah yer.. :D

btw, ni resepinya : ambik kt http://www.myresipi.com/top/detail/3716

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Untuk Pastri :)
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18.  Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.



fresh from the oven.. sardin roll.. tah tak tau lah apa rasa. first time buat.. :D


    • Norshakirah Abdul Razak fresh fr the oven...mesti sedap....suka sardin roll...:)
      18 hours ago · 
    • Hanim Benziane sedapnya..lama tak buat. Letak cili tak kat dalam?
      18 hours ago · 
    • Noranida Zainal Aku kagum betul dgn budak nih
      17 hours ago · 
    • Zarif Sofia Z tgok je pun da nmpk sdp.... =)
      17 hours ago · 
    • Helena Jamalludin air tangan sendiri..mesti sedap!
      17 hours ago · 
    • YaNa RaZi 
      terima kasih lah u all atas komen2 membina ni.. hehehe..
      sendiri makan, rasa ok.. boss lum komen lagi.. :D

      nim, letak cili besar sikit.. then bdk2 masih boleh makan. kalau pedas sgt, karang aku jer syok sendiri makan.. hehehe

      ...See More
      17 hours ago · 
    • Hawiliah Aluwi ko mmg pandai buat aku ngences.....
      16 hours ago · 
    • YaNa RaZi opps.. mak yong ni mengidam ek.. :D
      16 hours ago · 
    • Jolaiha Afandi aku last masak sardin roll nih masa sek dulu.. form brpa x hingat..pas tu x pernah buat sampai ko tunjuk gambo nih..hehe
      15 hours ago · 
    • YaNa RaZi hihiih.. kena buat tu jo.. :P
      14 hours ago · 





Saturday, October 16, 2010

Puding Roti Simple. :D

Hari ni buat puding roti simple jer. Tetiba terasa nak makan. Syok sendiri betul. Dalam pada kepala nyut-nyut berdenyut sakit, tapi semangat nk masuk dapur tetap membara. Bukan rajin pun, suka-suka jer.

Lagipun terasa nak meraikan besday kawan sikit.. Cik Puan Ellie agaknya baca tak blog aku ni... hehhee.. .. just simple dessert jer.. :D


So ni lah pudingnya... makan pulak ngan kuah kastard.. ( Cik Puan Ellie jugak yg buatnya.. hehehe)

resepinya:

6 keping roti, di potong 4 ( aku potong segitiga2.. konon nk kasi cantik.. hehehe)
2 cawan susu segar
4 sudu besar butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanila

caranya:

1. Di dalam periuk, campurkan butter, gula dan susu... masak atas api perlahan sampai butter melted. Jangan sampai mendidih..

2. pukul telur. Pastu masukkan dalam adunan susu. pastu masukkan sikit esen vanila. Kacau sampai semuanya sebati. kemudian sejukkan.. tak sejuk sgt pun tk per.. suam2 pun dah ok. 

3. Dalam bekas caserol atau apa2lah loyang ker, susun roti yang telah dipotong kecil2.

4. Tuangkan adunan susu/ telur tadi di atas roti. tekan2 biar roti tenggelam sikit.

5. Bake dalam 35 minit pada suhu 180 C. 

sedia untuk dimakan .. 

Selamat mencuba yer puan2.. hehehe

*** Kepada Cik Puan Ellie, Selamat Hari Lahir, dan semoga panjang umur dan murah rezeki... amin.. Semoga persahabatan kita kekal abadi... :)***
3


Puding Roti Simple. :D

Hari ni buat puding roti simple jer. Tetiba terasa nak makan. Syok sendiri betul. Dalam pada kepala nyut-nyut berdenyut sakit, tapi semangat nk masuk dapur tetap membara. Bukan rajin pun, suka-suka jer.

Lagipun terasa nak meraikan besday kawan sikit.. Cik Puan Ellie agaknya baca tak blog aku ni... hehhee.. .. just simple dessert jer.. :D


So ni lah pudingnya... makan pulak ngan kuah kastard.. ( Cik Puan Ellie jugak yg buatnya.. hehehe)

resepinya:

6 keping roti, di potong 4 ( aku potong segitiga2.. konon nk kasi cantik.. hehehe)
2 cawan susu segar
4 sudu besar butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanila

caranya:

1. Di dalam periuk, campurkan butter, gula dan susu... masak atas api perlahan sampai butter melted. Jangan sampai mendidih..

2. pukul telur. Pastu masukkan dalam adunan susu. pastu masukkan sikit esen vanila. Kacau sampai semuanya sebati. kemudian sejukkan.. tak sejuk sgt pun tk per.. suam2 pun dah ok. 

3. Dalam bekas caserol atau apa2lah loyang ker, susun roti yang telah dipotong kecil2.

4. Tuangkan adunan susu/ telur tadi di atas roti. tekan2 biar roti tenggelam sikit.

5. Bake dalam 35 minit pada suhu 180 C. 

sedia untuk dimakan .. 

Selamat mencuba yer puan2.. hehehe

*** Kepada Cik Puan Ellie, Selamat Hari Lahir, dan semoga panjang umur dan murah rezeki... amin.. Semoga persahabatan kita kekal abadi... :)***
3


Wednesday, October 13, 2010

Cerpen : semalaman dalam keretapi 2

keretapi bergerak laju... sesekali bila keretapi melintasi bawah jambatan kecil atau terowong kecik, aku rasa seriau... lagi bila keretapi meluncur laju membelok pada selekoh... isk... terasa macam nak jatuh pun iyer.. Tangan ku paut pada besi di tepi pintu keretapi. Kami masih duduk bersebelahan berlaga bahu dan tangan. Aku rasa asyik sepanjang perjalanan. Punggung pun boleh tahan kematu akibat duduk lama di atas tangga keretapi itu.


Aku dan Razlan masih di situ. Kami berbual macam-macam perkara. Bagaikan tiada hari lain lagi untuk kami berjumpa. Yang pasti entah bila kami dapat peluang berbual seperti itu kerana persekitaran di asrama kami tak membenarkan adanya komunikasi antara lelaki dan perempuan. Kalau ada pun, secara sorok-sorok. Nak bertukar kertas soalan pun kadang-kadang kena secara sembunyi. Mungkin dah budaya asrama tu dari dulu macam tu, dan menjadi turun temurun kut.


" Lini, Lan nak tanya. Lini dah sedia dah exam SRP?", tanya Razlan sambil menoleh padaku.


" Hmmm... tak lah sedia sangat.. tapi nak tak nak kena sedia kan.. Orang cam Lini yang tak berapa nk score ni, kenalah usaha lebih sikit", jawabku...


Arghhh... Aku memang sedar aku nak exam. Tapi kadang2 sikap main2 aku memang ada.. Masih terasa nak happy2, berhoneymoon. Tapi, sejak2 aku iystihar couple ngan Razlan, aku rasa aku dah mula belajar. Dah tak berapa nak main2.. walaupun aku tak 100% menumpukan pada pelajaran. Aku rasa malu pulak nak main2.. Dapat boyfriend punyalah scorer, tang girlfriend corot.. malulah pulak nanti..


" Tak per.. Lini belajar jer. Lan leh tolong.", katanya sedikit memberi semangat padaku.


" Tolong??? macamana? bukan boleh study sama2.. bukan boleh jumpa"..kataku seakan bunyi merajuk. Ish, tak pepasal aku nak merajuk, nak manja2.. Kami baru jer jumpa buat pertama kalinya... Tapi aku rasa macam aku dah kenal dia lama sangat. Sesorang yang menjadi sumber inspirasiku, sekarang ada di sebelah ku tanpa aku sangka2. Terasa seronoknya.


" Tak per.. Lan tolong bagi semangat. Lan hantar surat kat Lini macam biasa. Mungkin kita tak dapat nak jumpa lagi dating2 macam ni. Tapi kita tau keikhlasan hati masing-masing.", kata Razlan seakan memujukku.


Kami masih di tangga keretapi. Sesekali aku nampak Razlan menoleh ke dalam gerabak keretapi kelas 3 yang macam sardin itu. Kak Long dan Kak Ngah masih terjelepuk tertidur di ruang tengah keretapi itu. Betul2 macam sardin. tadi masa kat Stesen JB, masing2 berebut nak naik keretapi. Bertolak2, dan ada yang tersangkut2 bag, terhentak dengan siku manusia... Tapi aku suka keadaan bersesak itu. Pengalaman semua tu bagiku.


" Kita dh nak sampai Gemas ni. Jap lagi kena sahur pulak. Sahur dalam keretapi jer lah kut", kata Razlan memecah kesunyian. Mataku sebenarnya mengantuk, dan sedikit tersengguk2. Kadang2 aku tersedar yang aku bersandar dibahunya.. oh.. malunya aku.. Cepat2 aku buat2 tak mengantuk bila aku tersedar aku macam dah bersandar kt bahunya. Dia pulak membiarkan aje aku macam tu...


.............................................


Perjalanan yang panjang hampir 11 jam dr JB ke Triang hampir tamat. Aku nyata sudah hampir sampai ke destinasi dan kami harus berpisah. Terasa indahnya aku dapat bersama dia buat kali pertamanya dalam hidupku. Mungkin ini kali terakhir kami berjumpa seperti ini. Mana tau kan. Walaupun aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan untuk kami, tapi nyata buat masa ini, aku harus berpijak di bumi nyata.


Kami masih lagi di tangga keretapi semasa keretapi sampai di Stesen Triang. Aku nampak abahku sudah menunggu. Dan aku melambai pada abahku tanpa aku sedar yang abah juga memerhatikan aku duduk bersebelahan sorang budak lelaki hampir sebayaku di tangga keretapi.


Arghhh.. lantak lah.. bukan selalu aku buat macam ni.. kataku dalam hati.


"Lini, jaga diri baik2 tau.. puasa tau hari ni.. jangan ponteng", Lan bersuara sambil tersengeh2.. Sebelum aku melompat turun dr tangga keretapi, Razlan sempat memberikan aku sebiji epal dan air kotak.


" Nah, ambik ni. Buat makan kalau tak puasa karang ek", tanyanya sambil tersenyum2 memandang aku. Aku juga menyambutnya dengan tersengeh2. Macam tau2 jer aku tak puasa.. :D


" Jumpa lagi yer Lan.. take care", kataku .. kami bersalaman. pertama kalinya bersalaman.. Manisnya saat itu..


Saat keretapi bergerak meninggalkan Stesen Triang, saat itu jugak aku melambai sampai dia hilang dr pandangan...


..............................................................


Manisnya pertemuan pertama dan terakhir kami... Nyata selepas pertemuan itu, tiada lagi pertemuan seterusnya.. Suratnya ada juga sampai kepadaku, tapi selepas beberapa bulan, selepas hubungan kami sampai ke pengurusan asrama, kami nyata tak berhubung lagi... Biar rindu pada waktu itu, namun, demi sebuah kejayaan, aku terus jadikan dia sumber inspirasiku dalam diam. Dan bersama2 angin lalu, kisah kami berlalu begitu sahaja...


Kini telah 20 tahun berlalu, aku bahagia dengan kehidupan ku. Dan ku tahu dia juga berbahagia dengan kehidupannya...


anda mungkin nak baca posting ini juga.. cerpen bahagian 1 :)
http://catatanseorangwanita.blogspot.com/2008/04/cerpen-semalaman-dalam-keretapi-1.html

Related Posts with Thumbnails