Pages

Tuesday, October 19, 2010

Sardin roll


Semalam buat sardin roll for tea time.. dan masukkan gambar di FB... nilah dia feedback yang aku dapat dari kawan2... :P

Boleh ker update blog camni.. hehehe.. malas nk menaip banyak2.. just copy paste jer lah yer.. :D

btw, ni resepinya : ambik kt http://www.myresipi.com/top/detail/3716

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Untuk Pastri :)
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18.  Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.



fresh from the oven.. sardin roll.. tah tak tau lah apa rasa. first time buat.. :D


    • Norshakirah Abdul Razak fresh fr the oven...mesti sedap....suka sardin roll...:)
      18 hours ago · 
    • Hanim Benziane sedapnya..lama tak buat. Letak cili tak kat dalam?
      18 hours ago · 
    • Noranida Zainal Aku kagum betul dgn budak nih
      17 hours ago · 
    • Zarif Sofia Z tgok je pun da nmpk sdp.... =)
      17 hours ago · 
    • Helena Jamalludin air tangan sendiri..mesti sedap!
      17 hours ago · 
    • YaNa RaZi 
      terima kasih lah u all atas komen2 membina ni.. hehehe..
      sendiri makan, rasa ok.. boss lum komen lagi.. :D

      nim, letak cili besar sikit.. then bdk2 masih boleh makan. kalau pedas sgt, karang aku jer syok sendiri makan.. hehehe

      ...See More
      17 hours ago · 
    • Hawiliah Aluwi ko mmg pandai buat aku ngences.....
      16 hours ago · 
    • YaNa RaZi opps.. mak yong ni mengidam ek.. :D
      16 hours ago · 
    • Jolaiha Afandi aku last masak sardin roll nih masa sek dulu.. form brpa x hingat..pas tu x pernah buat sampai ko tunjuk gambo nih..hehe
      15 hours ago · 
    • YaNa RaZi hihiih.. kena buat tu jo.. :P
      14 hours ago · 





No comments:

Related Posts with Thumbnails