Pages

Wednesday, October 20, 2010

Roti jala

Resepi roti jala. (curtesy dari myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/3243 )



Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Memang lembut roti jalanya.. Makan pulak dgn kari ayam kaw-kaw.. hehehe... 




 tengah makan anakku Fadhlin. Dari mula makan dia lah org pertama duduk kt meja, sampai semua orang dah abis, dia masih lagi makan... syok tgk dia makan.. Kalau lah Ain dan Amsyar jenis pemakan jugak, alangkah bahagianya mama.. penat masak mesti hilang bila tengok anak2 suka makan. 


No comments:

Related Posts with Thumbnails