Pages

Saturday, October 16, 2010

Puding Roti Simple. :D

Hari ni buat puding roti simple jer. Tetiba terasa nak makan. Syok sendiri betul. Dalam pada kepala nyut-nyut berdenyut sakit, tapi semangat nk masuk dapur tetap membara. Bukan rajin pun, suka-suka jer.

Lagipun terasa nak meraikan besday kawan sikit.. Cik Puan Ellie agaknya baca tak blog aku ni... hehhee.. .. just simple dessert jer.. :D


So ni lah pudingnya... makan pulak ngan kuah kastard.. ( Cik Puan Ellie jugak yg buatnya.. hehehe)

resepinya:

6 keping roti, di potong 4 ( aku potong segitiga2.. konon nk kasi cantik.. hehehe)
2 cawan susu segar
4 sudu besar butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanila

caranya:

1. Di dalam periuk, campurkan butter, gula dan susu... masak atas api perlahan sampai butter melted. Jangan sampai mendidih..

2. pukul telur. Pastu masukkan dalam adunan susu. pastu masukkan sikit esen vanila. Kacau sampai semuanya sebati. kemudian sejukkan.. tak sejuk sgt pun tk per.. suam2 pun dah ok. 

3. Dalam bekas caserol atau apa2lah loyang ker, susun roti yang telah dipotong kecil2.

4. Tuangkan adunan susu/ telur tadi di atas roti. tekan2 biar roti tenggelam sikit.

5. Bake dalam 35 minit pada suhu 180 C. 

sedia untuk dimakan .. 

Selamat mencuba yer puan2.. hehehe

*** Kepada Cik Puan Ellie, Selamat Hari Lahir, dan semoga panjang umur dan murah rezeki... amin.. Semoga persahabatan kita kekal abadi... :)***
3


No comments:

Related Posts with Thumbnails