Pages


Sunday, October 10, 2010

Kuih Bakar

semalam wat kuih ni... beria2 nak buat sbb nak try acuannya.. baru beli ler.. mengangkut dari Malaysia hari tu.. Tu yang semangat lebih nak buatnya... :D

nah resepinya :

1 cawan tepung gandum
1 cawan telor - dalam 4 biji
1 tin santan 
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
1/2 camt garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - disangai terlebih dahulu tanpa minyak
Sedikit margerin/minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan Oven 150 darjah.
2. Blend semua bahan di atas sampai sebati. 
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan acuan dengan margerin/minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tutup. Biarkan selama 5-8 minit. Kemudian taburkan bijan. 
5. Kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan.
6. Sedia untuk dihidangkan.


 acuan di angkut khas dr Malaysia

 sebelum...

 selepas.. ada hitam sikit.. :P


yang nampak cun ni, terlupa letak bijan lak.. adehh... 


semalam masa buat mcm2 hal. mula2 terhitam sikit... round 2 punya, terhitam banyak... round 3, nampak cantik, tapi terlupa bubuh bijan.. mcm2 hal.. tapi tak per.. rasa sedap.. lemak2 gitu... :D..

No comments:

Related Posts with Thumbnails