Pages


Wednesday, October 13, 2010

Cerpen : semalaman dalam keretapi 2

keretapi bergerak laju... sesekali bila keretapi melintasi bawah jambatan kecil atau terowong kecik, aku rasa seriau... lagi bila keretapi meluncur laju membelok pada selekoh... isk... terasa macam nak jatuh pun iyer.. Tangan ku paut pada besi di tepi pintu keretapi. Kami masih duduk bersebelahan berlaga bahu dan tangan. Aku rasa asyik sepanjang perjalanan. Punggung pun boleh tahan kematu akibat duduk lama di atas tangga keretapi itu.


Aku dan Razlan masih di situ. Kami berbual macam-macam perkara. Bagaikan tiada hari lain lagi untuk kami berjumpa. Yang pasti entah bila kami dapat peluang berbual seperti itu kerana persekitaran di asrama kami tak membenarkan adanya komunikasi antara lelaki dan perempuan. Kalau ada pun, secara sorok-sorok. Nak bertukar kertas soalan pun kadang-kadang kena secara sembunyi. Mungkin dah budaya asrama tu dari dulu macam tu, dan menjadi turun temurun kut.


" Lini, Lan nak tanya. Lini dah sedia dah exam SRP?", tanya Razlan sambil menoleh padaku.


" Hmmm... tak lah sedia sangat.. tapi nak tak nak kena sedia kan.. Orang cam Lini yang tak berapa nk score ni, kenalah usaha lebih sikit", jawabku...


Arghhh... Aku memang sedar aku nak exam. Tapi kadang2 sikap main2 aku memang ada.. Masih terasa nak happy2, berhoneymoon. Tapi, sejak2 aku iystihar couple ngan Razlan, aku rasa aku dah mula belajar. Dah tak berapa nak main2.. walaupun aku tak 100% menumpukan pada pelajaran. Aku rasa malu pulak nak main2.. Dapat boyfriend punyalah scorer, tang girlfriend corot.. malulah pulak nanti..


" Tak per.. Lini belajar jer. Lan leh tolong.", katanya sedikit memberi semangat padaku.


" Tolong??? macamana? bukan boleh study sama2.. bukan boleh jumpa"..kataku seakan bunyi merajuk. Ish, tak pepasal aku nak merajuk, nak manja2.. Kami baru jer jumpa buat pertama kalinya... Tapi aku rasa macam aku dah kenal dia lama sangat. Sesorang yang menjadi sumber inspirasiku, sekarang ada di sebelah ku tanpa aku sangka2. Terasa seronoknya.


" Tak per.. Lan tolong bagi semangat. Lan hantar surat kat Lini macam biasa. Mungkin kita tak dapat nak jumpa lagi dating2 macam ni. Tapi kita tau keikhlasan hati masing-masing.", kata Razlan seakan memujukku.


Kami masih di tangga keretapi. Sesekali aku nampak Razlan menoleh ke dalam gerabak keretapi kelas 3 yang macam sardin itu. Kak Long dan Kak Ngah masih terjelepuk tertidur di ruang tengah keretapi itu. Betul2 macam sardin. tadi masa kat Stesen JB, masing2 berebut nak naik keretapi. Bertolak2, dan ada yang tersangkut2 bag, terhentak dengan siku manusia... Tapi aku suka keadaan bersesak itu. Pengalaman semua tu bagiku.


" Kita dh nak sampai Gemas ni. Jap lagi kena sahur pulak. Sahur dalam keretapi jer lah kut", kata Razlan memecah kesunyian. Mataku sebenarnya mengantuk, dan sedikit tersengguk2. Kadang2 aku tersedar yang aku bersandar dibahunya.. oh.. malunya aku.. Cepat2 aku buat2 tak mengantuk bila aku tersedar aku macam dah bersandar kt bahunya. Dia pulak membiarkan aje aku macam tu...


.............................................


Perjalanan yang panjang hampir 11 jam dr JB ke Triang hampir tamat. Aku nyata sudah hampir sampai ke destinasi dan kami harus berpisah. Terasa indahnya aku dapat bersama dia buat kali pertamanya dalam hidupku. Mungkin ini kali terakhir kami berjumpa seperti ini. Mana tau kan. Walaupun aku mengharapkan akan ada lagi pertemuan untuk kami, tapi nyata buat masa ini, aku harus berpijak di bumi nyata.


Kami masih lagi di tangga keretapi semasa keretapi sampai di Stesen Triang. Aku nampak abahku sudah menunggu. Dan aku melambai pada abahku tanpa aku sedar yang abah juga memerhatikan aku duduk bersebelahan sorang budak lelaki hampir sebayaku di tangga keretapi.


Arghhh.. lantak lah.. bukan selalu aku buat macam ni.. kataku dalam hati.


"Lini, jaga diri baik2 tau.. puasa tau hari ni.. jangan ponteng", Lan bersuara sambil tersengeh2.. Sebelum aku melompat turun dr tangga keretapi, Razlan sempat memberikan aku sebiji epal dan air kotak.


" Nah, ambik ni. Buat makan kalau tak puasa karang ek", tanyanya sambil tersenyum2 memandang aku. Aku juga menyambutnya dengan tersengeh2. Macam tau2 jer aku tak puasa.. :D


" Jumpa lagi yer Lan.. take care", kataku .. kami bersalaman. pertama kalinya bersalaman.. Manisnya saat itu..


Saat keretapi bergerak meninggalkan Stesen Triang, saat itu jugak aku melambai sampai dia hilang dr pandangan...


..............................................................


Manisnya pertemuan pertama dan terakhir kami... Nyata selepas pertemuan itu, tiada lagi pertemuan seterusnya.. Suratnya ada juga sampai kepadaku, tapi selepas beberapa bulan, selepas hubungan kami sampai ke pengurusan asrama, kami nyata tak berhubung lagi... Biar rindu pada waktu itu, namun, demi sebuah kejayaan, aku terus jadikan dia sumber inspirasiku dalam diam. Dan bersama2 angin lalu, kisah kami berlalu begitu sahaja...


Kini telah 20 tahun berlalu, aku bahagia dengan kehidupan ku. Dan ku tahu dia juga berbahagia dengan kehidupannya...


anda mungkin nak baca posting ini juga.. cerpen bahagian 1 :)
http://catatanseorangwanita.blogspot.com/2008/04/cerpen-semalaman-dalam-keretapi-1.html

No comments:

Related Posts with Thumbnails