Pages

Monday, November 3, 2008

raya time...

lewat sgt dah tuan rumah nk post gambar raya... huhu. dh abis syawal dah. tapi ni jer lah peluang yang ada...



This yr, beraya rumah baru.. kat Bukit Mahkota... ada yang kata Bukit Mahkota Bangi, ada yang kata Kajang... but tak reti nk menerangkan. ikut alamat Kajang, tapi kalau ikut location, Bangi.. Apapun mana2 lah. huhu



gambar pagi raya. selepas edisi bermaafan.. fadhlin seperti biasa tiada dalam gambar sebab membuta...



possing di gazebo belakang rumah... ni fadhlin dah bangun tido.. huhu.. ain seperti biasa, mood gambar mmg susah dia ni. lagi dia kerut dahi tanak gambar sbb silau matahari pagi...



raya kali ni sakan boleh tahan. raya 1 kat rumah bukit mahkota. raya kedua sampai ke 8 kat pahang. pastu balik bukit mahkota open house lak... pastu aku balik pahang lagi. g rumah along aku semua..


pastu balik bukit mahkota lagi.. open hse berlambak, g rumah kawan2.. smp full schedule.. tau2 dh nk balik lagos..


sib abik sempat berpicnic di PD mengumpulkan 2 keluarga besar ... my side n laling side...

Saturday, November 1, 2008

...

Back to Lagos after a month in Malaysia for celebrated Eid.

bermulalah era akan masak tak berhenti.. no more eating outside.. adeh.... abis menu lah pulak. sebulan tak masak, ni nak memulakan semuanya semula, malas dan terasa kekok ada juga.

masih jetlag.. Dah 4 hari balik.. masih semua orang bangun jam 3 pagi dan mulalah buat aktiviti mengalahkan hari dh siang. laling duduk depan pc, aku mengadap laptop.. anak2 main kat bilik, berlari sana sini.. semuanya segar bugar... nak tidur mata tak ngantuk. tapi bila jam dah pukul 9 pagi, mullah nak tidur sangat2... rasa masa tu kalau sorong bantal kat kepala, mmg terlelap punya. silap2 mimpi lagi...

ni pun aku tahan mata dari tidur awal.. tanaklah bangun jam 3-4 pagi pastu melangut tak tau nak buat apa...padahal seua orang dah lena seawal jam 7 tadi. aku jer lum tidur duk melayan novel jiwang bahasa melayu bawak balik dari malaysia. majalah dua tiga jugak aku angkut lum abis belek lagi.

rasa nyesal lak bawak balik dua tiga jer. akalu aku tau aku angkut banyak sikit.. nak2 novel tu. dah lama tak baca novel cintun... huhu. zaman sekolah menengah dulu adalah baca. tak per.. nnt bila balik msia, aku beli 10... tapi satu jer lah. bila baca tak leh berenti. nak abiskan jugak. sampai tak jadik kerja jugak.. huhu
Related Posts with Thumbnails