Pages

Sunday, October 10, 2010

10.10.10


Hari ni 10-10-10... cunnya nombornya.. Hari ni banyak orang akan melangsungkan pernikahan, pertunangan dan jugak mungkin ada yang pergi induced kat hospital untuk melahirkan anak sempana nombor cantik ni.. Kebetulan tahun ni 10-10-10 jatuh pada hari Ahad.. Cuti hujung minggu pulak tu. Dan ramailah orang mengambil kesempatan untuk tarikh yang cantik ni untuk memahatkan satu memori indah dalam sejarah hidup masing-masing.




Hari ni sebenarnya hari lahir abah aku yang ke 58 tahun. Abah aku lahir pada tanggal 10-10-1952. Selamat hari lahir abah.. Semoga abah panjang umur dan murah rezeki... Semoga Abah masih dapat menikmati kehidupan ini dengan selesa, dengan penuh kasih sayang dari kami anak-anak abah. Semoga abah masih dapat melihat kehidupan anak2 dan cucu2 abah... InsyaAllah..

Kami sayang pada abah.. dan kalaupun ucapan tu tak terucap, jauh di sudut hati, sememangnya kami sangat SAYANG abah. Pengorbanan abah selama ini amat kami hargai..

link lain berkaitan dengan abahku.... http://catatanseorangwanita.blogspot.com/2008/07/seorang-yang-bernama-abah.html

ikhlas dari anakmu...

No comments:

Related Posts with Thumbnails