Stesen KTM JB sangat sibuk. Ramai betul penumpang yang akan menuju ke Pantai Timur. Sama destinasi denganku. Alamatnya, kelas 3 keretapi mesti padat. Pasti tidak dapat tempat duduk kali ni. Aku bersama2 4 orang kawan yang lain setia menunggu keretapi tiba. Kesesakan tidak kami hiraukan kerana kegirangan untuk pulang bercuti di kampung sempena hari raya. Tambahan pula, perut masing2 sudah kenyang berbuka puasa di medan selera berhampiran Komtar JB. ABC dan nasi ayam bagiku sangat sedap... Almaklumlah, student yang duit pun kadang2 tak de bila tiba hujung bulan. Bila dapat kiriman wang pos dari Abah, ku kira ingin melompat2 memberitahu satu dunia yang aku ada duit. Padahal belanja hanya RM50 sebulan sahaja...
Sedang kami menunggu dan berbual kosong sambil duduk di atas beg masing2, kedengaran suara seseorang yang sememangnya aku kenal.
"hi, Kak long, Kak Ngah!" kata suara itu.
"eh, kau balik naik train ker? Napa tak naik bas. Train mana ada sampai Kuantan. ", kata Kak Long di ikuti suara Kak Ngah ketawa kecil.
Kak long dan kak ngah itu hanyalah gelaran yang diberikan oleh mamat berbaju kemeja kotak2 ala2 GQ itu.. Padahal kalau ikutkan, Kak Long hanyalah tua setahun dari mamat itu, manakala Kak Ngah sebaya dengannya.
"Ala kak oii.. tiket bas dah takde lah.. Lagipun syok gak dapat naik train ni.. adalah leh sembang2 dengan awek sorang tu", katanya sambil ketawa.
Adakah kata2 itu ditujukan padaku.. aduhai perasannya...
"satu dunia ker nak bagi tau kau admire giler kat adik aku ni", kata kawanku yang di gelar Kak Ngah itu.
"Kalau satu dunia tau pun tak pe. Mana tau akan ada satu lagi piramid di Malaysia ni", katanya sambil ketawa.
Kami kemudiannya duduk menanti train sampai. tapi tak sepatah pun kata2 keluar dari mulutku.. apa kes aku ni??? tetiba jadik kelu... adeh..
Jam 8.40mlm, keretapi ke pantai timur sampai. Kami bergegas menuju ke pintu kelas ketiga. kesesakan orang yang ramai membuatkan keadaan menjadi kalut. Berebut2 berasak2 untuk mendapatkan tempat duduk. Tiba2 terasa tanganku ditarik seseorang menuju ke tangga keretapi. Alamak.. mana kakak2 aku yang dua orang ni. Sudahnya apa yang aku tau, aku sudah ada di perut keretapi. tempat duduk sudah penuh. dari jauh ku lihat Kak Long dan Kak Ngah melambai2.Mereka juga tidak dapat tempat duduk. Lega aku melihat kakak yang dua orang itu ada. Tapi paling lega mamat baju kotak2 tu ada di sisi.. adeh... gatainya aku ni...
Keretapi mula bergerak perlahan, dan semakin lama semakin laju meninggalkan bandar JB.
"Diam jer. Lan ingat Lini tak suka Lan ada sini", katanya mula menegurku selepas agak lama masing2 berdiam diri.
"errr.. " eh, apasal kelu lak ni. First time dating agaknya, kata hatiku.. apa kes lak dating, mana janji pun nak jumpa... adeh.. sadis tul lah.. tak tentu arah ku jadinya.. bencinyalah perasaan camni.. Tapi benci ker suka... adeh...
"Berangan yer?", katanya sambil tersenyum.
"mana ada!", kataku. aduh.. malunya aku.
"Ingat ada emas dalam mulut tadi sampai tak bercakap2. Ada pun suara. Suara kalau simpan pun leh jadik bisu tau. baik cakap kat orang yang sudi ni", katanya sambil ketawa.
Aku tak tau mukaku merah atau kuning atau biru... aduhai dia ni...
Sebenarnya kami telah lama berutus surat tanpa pernah berjumpa. Dia mengutusi ku surat pertama mengatakan hasrat berkenalan pada hari terakhir persekolahan semasa aku form 2. salamnya ku sambut dengan balasan surat pertama menyusul ke alamat rumahnya semasa cuti penggal ketiga persekolahan. Sejak itu, selalu benar kami berutus surat. selalunya kami akan berutus surat menggunakan alamat kawan sekolah memandangkan kami duduk di asrama yang tidak memungkinkan terjalinnya hubungan cinta antara pelajar lelaki dan perempuan. Kadang2 kami berutus surat melalui posto adik angkatku.. aduhai.. manisnya saat itu.
Ini adalah kali pertama kami jumpa secara 4 mata... manalah tak kelu.. aduh.. tak sangka sekarang dia ada di sisiku memandangkan destinasi kami yang berlainan. Ke kuantan mana ada perkhidmatan keretapi. Adakah ini satu kebetulan ataupun dia hanya sengaja ingin dekat denganku.
"Kak Long ngah Kak Ngah tu tau ker hubungan kita?", Lan tiba2 memecah kesunyian.
"Entah. dia orang dapat agak jer kut", kataku. sebenarnya di blok asrama perempuan semua orang sudah tau kisah aku dan dia. Angau aku akan dia. Mana taknya.. orangnya yang baik budi, scorer lagi. Jauhnya beza dia dan aku kerana aku hanya pelajar yang selalu menduduki tangga bawah walaupun tidak pernah corot. Pencapaian dalam pelajaran tahap biasa2 sahaja.
"jom kita duduk sana. lenguhlah berdiri ni. goyang2 lak tu", katanya sambil mengajak aku duduk di tangga keretapi. Isk.. bahaya tul. Karang jatuh, naya jer aku tak beraya. tapi aku mengikut juga langkahnya... adeh.. angau lagi aku ni..
Kami duduk bersebelahan. Terasa leganya kerana aku sebenarnya lenguh juga berdiri dari tadi. Mamat di kerusi tepi tempat aku berdiri tadi langsung tak macho. selamba badak jer duduk situ. tak de lah nak bagi perempuan macam aku ni duduk.
"Jangan takut. Lan ada.", katanya padaku. tangan kami hampir bersentuhan. adeh.. terasa mcm ada kitaran elektrik lak.. ekekeke
"Kita selalu hantar surat tukar2 pandangan jer. tapi tak pernah tanya biodata", katanya lagi.
"tak tanya takkan nak bagitau...", kataku sambil ketawa kecil. Padahal aku jenis kalau ketawa merabak mulut tu.. wakkakak.. kontrol ayu konon.. uwekkkk... hehehe
"Lan anak sulung. ada 4 orang adik beradik. ", katanya mulakan bicara. malulah pulak nak pandang dia. Kalau tak pandang biadap pula.. adeh...
"eh, samalah kita. Tapi lini anak kedua. yang atas kakak, bawah ada dua adik lelaki". kataku padanya. Matanya tak lepas2 memandangku tatkala aku bercakap. Dia ku lihat mempunyai alis kening yang tebal dan hampir bercantum. Orang kata lelaki jenis itu kuat cemburu... aduh,... sempat membuat tafsiran sendiri.
"tau tak kenapa Lan suka lini", katanya lagi.
"tah... ', kataku sepatah... takkan sebab aku cantik kut. kalau ikutkan aku biasa2 jer. ramai lagi yang cute miut. yang sopan ayu lagilah ramai. Aku ni jenis lepas laku punya orang. yang terkenal muka wanted kat asrama tu.
"Lan suka sebab lini tak berlakon macam orang lain. Lan suka lepas laku lini.. kalau lini nak gelak kuat2 dalam dewan makan, lini buat. kalau lini nak lari sambil angkat kain tinggi2 semasa kejar bas sebab dah lambat, lini buat. very natural", katanya lagi...
aduh mak.. malunya aku. selama ini dia memerhatikan segala gerak geriku.
"Ada ker pulak itu sebabnya. apalah Lan ni', kataku padanya. malu memang ada. Tapi rugilah aku tak sembang dengan orang yang aku juga admire. peluang ni bukan datang selalu. Kalau kat asrama, jangan harap. silap2 kena report ke pengurusan asrama, then tah2 kena gantung asrama. silap2 haribulan kena buang.. lagi naya. sapa yang malu, mereka dan keluarga mereka...
"tapi, Lan tak malu ker, org2 kutuk lini... kutuk lan sebab tau lan kawan ngan lini yang tak semenggah ni", kataku...
"alah.. katalah orang nak kata apa.. yang penting mie tahu hati lini. Lan selesa ngan lini. Lini seleasa ngan lan.", katanya lagi sambil tersenyum padaku. Aduhai.. menawan lah senyum mamat ni... adeh... masih angau aku nih. teruk betul...
Perbualan kami terhenti seketika bilamana keretapi berhenti di stesen segamat. Ada dua tiga orang menaiki keretapi jadi kami terpaksa memberi mereka laluan memandangkan kami duduk di tangga keretapi.
****bersambung****
No comments:
Post a Comment