Pages


Thursday, April 3, 2008

mood swing...

Hidup kita ini umpama roda.. adakalanya dia atas, ada kalanya di bawah. resam kehidupan ada suka duka.

Berbual dengan seorang kawan melalui YM, i feel like crying. Sekian tak mendapat khabar berita, berita yang ku terima memang membuatkan aku sedikit emosi. Umpama yang selalu kita baca dia ruang Di Celah2 kehidupan dalam akhbar Pancaindera sisipan Mingguan Malaysia setiap minggu. Di colum itu seringkali menceritakan perihal hal rumahtangga. Colum itu memang manjadi kegemaranku dari zaman ku budak2 lagi. sehingga sekarang walaupun tak membeli akhbar, tetapi menerusi utusan online setiap Ahad, pasti akan membaca colum tersebut.

Berbalik kepada kisah kawanku, aduhai.. kisahnya seperti yang kita baca di ruangan itu.. betapa tabahnya dia mengharungi suka duka kehidupan rumahtangga. Dengan anak2 yang kian membesar. kepayahan nya jerit perit mencari rezeki akibat pengabaian rumahtangga oleh seorang bergelar suami. Sedih aku mendengarnya. Dia yang menghadapi apatah lagi. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Ku berharap dia tabah menghadapi ujian ini.

hari ni mood swing... tak dapat nak posting apa.. hatiku rasa sedih.. Juga dengan komitmen lain yang ada.. semoga esok dapat posting macam biasa.. idea ada, cuma tak dapat nak tumpu kepada penulisan.

TQ...

No comments:

Related Posts with Thumbnails