salam sejahtera pembaca budiman...
Menjadi seorang surirumah sepenuh masa seperti aku dengan beban kerja2 rumah yang tiada habisnya memang memenatkan. jadual harianku memang padat. Bangun pagi seawal jam 6 pagi.. kadang2 awal lagi. Selalunya alarm mesti pukul 5.30pagi, tapi seringkali rasa nak bermalas2 di katil sehingga membawa jam 6 pagi. Kalau lewat dari itu terjaga dari tidur, pasti aku akan melompat dari katil.
Selalunya bangun pagi, selepas subuh, pasti aku akan terus ke dapur membuat sarapan pagi sekali dengan menyediakan bekalan suamiku. Anak2 juga biasanya mesti akan bangun juga. Dia orang tu mana pernah bangun lewat hatta tidur lewat malam sebelumnya. Geram juga aku... tapi apa nak buat kalau dah rutinnya begitu. jam 6.45 pagi suami bersarapan. aku melayan anak2 sekali bersarapan dan pukul 7pagi suami pergi kerja. Selepas bye2 di muka pintu, biasanya suamiku akan mencium anak2 termasuk mamanya sekali, aku akan mula bersarapan dan melakukan tugas harian. Namun komputer memang tidak dapat dipisahkan dari rutin harianku. Sambil2 membuat kerja rumah aku online. Kadang2 ada kawan2 menyapa. Sembang sekejap. sambil bersembang aku menyapu rumah, mengemop lantai. seawal pagi akan masukkan kain baju kotor di dalam washer.. Sambil2 anak2 tengok tv, kadang2 sambil online aku memantau Ain belajar. Pukul 9 pagi biasanya mandikan budak2, kemudian bagi si kecil tidur.. mengemas lagi tiada hentinya.
kemudian menjelang tengahari ke dapur pula. masaklah apa2 untuk lunch sekali dinner. sambil masak, memang kadang2 menguji kesabaran sebab anak2 menempek kat dapur nak makan itu ini.. sabar jerlah. Selepas lunch bdk2 pukul 2 petang mesti wajib suka atau tidak mesti tidur. Masa inilah aku mengambil kesempatan untuk diri sendiri. seringkali masa ni ku ambil untuk duduk di shower berlama2an walaupun kadang2 pagi sudah mandi.. kemudian masa ni lah juga duduk blogging.. kadang2 idea datang awal, maka pagilah aku blogging.
Pukul 4 petang, dah ready for tea time. Mulalah ke dapur semula untuk buat tea sekali light snack untuk kami minum petang. Suami balik, duduk berbual sambil minum di meja. Anak2 biasanya sudah bangun time2 begini. Riuh rendah lah juga rumah ni dengan bdk2 bermain.
rehat sekejap, menjelang pukul 6 bagi anak2 dinner. kadang2 lewat sikit bila keluar bawak bdk2 main ke playground . kemudia, lepas bdk2 makan, aku dan suami pula dinner. kemudian biasanya maghrib dulu, baru mengemas dapur, memasuh pinggan segala.. Malam jam 8 dapur close, aku melepak di sofa. penat wehhhh......... tidurkan si kecil, then kul 9 paksa rela anak2 yg toddler lak tidur.. then melepaklah aku. tu belum lagi episod nak iron baju, nak lipat kain segala... memang penat.... itulah rutin harianku.. entah2 kawan2 baca pun dah penat! hihi...
so, baru2 ini dapat forward email tentang penawar kepenatan... Aduhai... bagusnya info ni... so aku ingin berkongsi dengan semua.
Penawar Kepenatan, amalkan...
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w . kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca
'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali)
'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.
Insyaallah, aku juga mahu mengamalkannya. selama ini kalau penat terus terbongkang sahaja. Ibu2 yang bekerja mungkin lebih penat juga sementelahan balik kerja nak nguruskan rumah tangga pulak. marilah kita amalkan... selain menjadi penawar dapat juga menambah pahala menyebut kalimah2 suci itu..
wasalam... sekian...
3 comments:
ada jugak amalkan...tp tak tiap2 mlm sbb kalau dah letih mmg terbongkang le..ni tak de anak lagi dah penat..ko yg ada anak 3 laaagi la penat ekk...atau aku sememangnya jenis tulang itik???huhuhu
eh..aku pun link ko kat blog aku dah
hihi... tq...
aku mmg selalu terbongkang tahap gaban... muahaha
penat aku membaca..
insaf aku yg selalu ngelat bgn kul 7 pagi.. huhuhuhuhu
Post a Comment