Pages


Tuesday, April 8, 2008

suatu hari di hujung minggu


Terasa lamanya tak up date blog... masa begitu cepat berlalu. Ke'busy'an semenjak dua menjak ni menjadikan seperti sangat terbatas untuk duduk dan betul2 blogging. Padahal setiap manusia sama jer masa diberi 24 jam sehari.. pandai2 kita lah menggunakan masa itu..


Hujung minggu lalu, kami sekeluarga dengan satu lagi keluarga lain pergi berkelah. tempatnya cantik. seronok rasa dapat melakukan aktiviti sebegitu. Selepas 6 bulan lebih di sini, baru terasa kami bebas melakukan aktivit sebegitu. tapi tulah, nak boleh sampai ke sana memerlukan escort juga. dua security siap dengan senapang mengiringi kereta kami. Kebetulan kami pergi konvoi 4 biji kereta. tempatnya mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan dari tempat tinggal kami di Ikoyi, lagos.


Apa yang teringin untuk ku cerita mengenai anak2 orang nigeria.. Semasa kami di sana, ramailah budak2 duduk bermain di pantai. Kebetulan tempat itu berhampiran perkampungan orang2 tempatan.. (suamiku kata perkampungan hadhari... kah kah kah)...
Budak2 tu berpakaian compang camping, kotor, bajunya koyak... kesian aku melihatnya... Mereka memerhatikan anak2 kami bermain di pantai.. seringkali jugak ku lihat mereka melirik pada makanan yang banyak kami bawa.. Atas rasa peri kemanusian, kami memberi mereka sedikit air. tak ku sangka, mula2 hanya tiga orang budak, menjadi hampir 20 orang mengerumuni seorang kawanku semata2 untuk mendapatkan segelas air seorang. itu belum lagi kami memberikan mereka buah2an.. mereka makan sangat gelojoh.. mungkin selama ini mereka tak merasa nak makan hatta sebijik epal kerana harganya yang mahal di sini.
Tersentuh hatiku melihat seorang budak yang mula2 dia bermain2 di pasir seorang diri... suami mengambil photo budak itu, dia sangat sporting duduk diam sahaja tak bergerak2 sepanjang suamiku mengambil gambarnya. selepas episod kami memberikan dia air dan sedikit makanan, suami mengambil gambar udak yang sama. Kali ini dia tersenyum lebar.. agaknya kerana perutnya sudah kenyang lalu boleh tersenyum.
balik ke rumah, kebetulan Ahad kami tak keluar ke mana2. Semasa menikmati lunch, anakku Amsyar mula buat perangai refuse to ear. geram betul. lantas suami katakan...
"tengok budak semalam tu. Dia orang tu nak makan pun susah. Ni makanan bayak depan mata tak nak makan".....
Bagiku itu satu motivasi bukan sahaja untuk anak2, tapi untuk kita semua. Janganlah membazir makanan kerana di luar sana ramai yang lebih memerlukan... Masih terbayang2 di mataku mereka makan dengan gelojoh... tak pasti pula kerana mereka memang belum makan ataupun memang style mereka sebegitu. Tapi memikirkan hal pakaian mereka yang koyak dan compang camping dengan kaki ayam itu. terasa sahaja, bilamana kami berpeluang ke sana lagi, ingin sahaja ku donatekan pakaian yang banyak yang anak2 ku tidak memerlukan lagi...




5 comments:

Nad said...

Kesian kat budak² tu kan ... kalau i tengok, rasanya mau insaf sekejap ... sekejap je lar kut, ahaksss

comey_lote said...

masa dekat senegal dulu kami sgt bersyukur sebab hampir tak pernah membazir makanan...sebab ada saja org yang boleh diberi makanan...kalau buang tu,yg terlalu tak elok atau pun dah basi aje...igt lagi,kalau beli eskrem,biskut atau apa2 jelah, tp tak sedap, buka je cermin kereta,pas kat budak tepi jalan...mereka makan dgn lahap sekali..pakaian pun macamtu..

ada sekali tu kami dr senegal pergi ke Gambia, konvoi mcm tu lah,berhenti makan...sbb tak de tempat mcm R&R, makan je bersila atas newspaper..tetiba, ada budak2 dtg...tak de la intai makanan tp dtg bersalam...ekkekekeke..tp kami berilah makanan sikit...gembira betul mereka..

tapi kat tempat sekarang, asyik buang aje makanan tak habis...tak ada org nak beri...rasa rindu sgt kat afrika...

ehh...mcm entry blog sendiri pulak...panjang benar.sori tuna rumah..ekekek

eyzlyn said...

update la blog...

Nad said...

Tuan umah oii update lar blog wahai tuan umah ..

lyn said...

huargh.... bagi update la dei.... :P

Related Posts with Thumbnails