Pages


Wednesday, April 23, 2008

Pembantu Rumah

Kehadiran seorang pembantu rumah memang sangat di alu2kan bilamana wanita itu bekerjaya. Kadang2 kos menghantar anak kepada penjaga atau nursery yang tinggi jika wanita itu mempunyai anak yang ramai, menjadikan pembantu rumah sangat2 diperlukan untuk menjimatkan kos. Pembantu bukan sahaja dapat menjaga anak tetapi meringankan beban kerja2 rumah yang tiada kesudahan.

Apa yang ingin ku tulis pada hari ini, bukan mengenai senario pembantu rumah yang biasa kita dengar di Malaysia. Oleh kerana kami berkelana di bumi Nigeria ini, jadi ku ingin bercerita tentang aku dan pembantu rumahku.

Selama lapan tahun bergelar isteri, tidak pernah sekali pun aku mempunyai pembantu rumah. Pernah dulu sesekali jika mengadakan kenduri kendara semasa kami masih di Malaysia, aku akan meminjam pembantu rumah kawanku untuk membantu kerja2 membasuh pinggan dan mengemas selepas kenduri. Atau pernah juga ku panggil pembantu sambilan untuk menolongku mengemas rumah waktu hari raya bakal menjelang tiba. Itupun kerana waktu itu aku sarat mengandung anak pertama. Jadi menghadapi kerenah pembantu rumah tidak pernah aku alami sepertimana kawan2 yang memang ada pembantu rumah yang lain.

Berbalik cerita pembantu rumah ku di Nigeria.

Cerita 1.

Aku mengambil seorang pembantu sambilan menolong aku membersihkan rumah baruku. Waktu itu kami masih di transit house. Jadi pembantu itu ku gelarkan A pada kali pertama dia bekerja, sangat lembab. menyapu dan mop lantai sahaja mengambil masa 3 jam.. Sudahnya kerja da hanya menyapu dan mop sahaja, sedangkan aku yang teruk bekerja mengelap cermin segala. memang aku jenis yang akan sama2 bekerja. Mungkin kerana aku masih kekok kerana tidak pernah ada pembantu rumah. Kali kedua kami menggunakan perkhidmatannya kerana kami terpaksa berpindah dari transit house yang lama kepada satu lagi transit house yang baru memandangkan kontrak sewaaan co suami dengan compound yang lama telah tamat. Rumah permenent kami masih belum ready memandangkan kerja2 membaikpulih AC dan plumbing masih dijalankan. Kali ini si A bekerja sangat pantas. Mungkin kerana selepas kali pertama dia bekerja dengan kami, suamiku beritahu dia yang aku tidak suka dia kerja lembab..

memang aku lihat dia sangat cekap membuat kerja2 rumah dan ada inisiatif membuat kerja tanpa disuruh. Tapi sayang, Dipendekkan cerita, dia ada skandal pulak dengan driver kami.. jadi aku reject dia terus...

Cerita 2:

Seorang gadis berusia 25 tahun ku ambil bekerja untuk testing period selama seminggu. Ku akui seminggu bukan cukup untuk jugde seseorang. hari pertama dia datang, aduhai... penatnya mengajar dia. dari mengemas katil anak2.. ( bilikku memang tidak akan ku benarkan dia masuk sama sekali), ku ajar dia style aku membersihkan dapur, menggunakan washer dan dryer. Hmmm... ku lihat dia jenis senang belajar.

Seminggu dia bersamaku, banyak kali jugak aku terpaksa meninggikan suara. banyak kali ku tegur dia bila dia menyapu rumah tidak bersih, melipat pakaian tidak memuaskan hatiku. Kemuncak kemarahan aku padanya... suatu pagi dia menggosok pakaianku. geramnya bila scarf yang ingin ku pakai habis terbakar akibat iron yang sangat panas. bila ku tanya, dia kata dia testing iron itu ok sahaja. aduhai sakitnya hatiku. Bagiku itu satu kecuaian yang tidak dapat di maafkan. akibatnya hari itu ku potong gajinya sebagai pengajaran utk dia tidak cuai lagi. Hari itu bukan sahaja gajinya kena potong, tapi tak pasal2 dia kena ceramah sivik free dari aku kerana dia terlajak tidur. memang style pembantu rumah di sini ada time rehat. jadi waktu rehat digunakan oleh mereka untuk makan ( kami majikan tidak menyediakan makanan untuk mereka), dan mungkin mereka mengambil masa untuk tidur atau sola bagi yang beragama islam).

kisah pembantu rumahku yang terlajak tidur, aduhai... terlajak sampai hampir sejam. jam 3 dia sepatutnya datang bekerja, tetapi menjelang jam 4 masih tak muncul2.. aku pun apalagi, mengamuk sakan dan hasilnya ceramah sivik aka khutbah khamis ku berikan dia. Hasil khutbah ku pada petang khamis tu tampak tidak sia2. baki dua hari dia bekerja dengan kami, hasilnya sangat bagus..

sabtu petang berakhirnya tugas dia dengan kami. berkali2 dia memberitahuku supaya menghubungi dia bilamana aku perlukan pembantu.

Cerita 3:

pembantu yang ketiga yang menjalani testing period selama seminggu juga merupakan seorang yang agak berumur. Dia bekerja hendak cepat sangat sehingga tidak bersih. Dan tabiatnya yang suka meminta2 membuatkan aku cukup tidak berkenan. Masa rehat ku beri supaya dia boleh pergi membeli makanan dia, tapi dia lebih selesa duduk tidur di bilik. Kemudian bila waktu rehat abis, dia selamba meminta aku makanan dan mengadu lapar. Alangkah geramnya hatiku. aku bukan welfare yang nak menjaga makan minumnya. Sebagai manusia yang ada peri kemanusian, kadang2 memang aku selalu memberi mereka makanan seperti roti atau apa sahaja. tapi bila setiap hari menadah tangan meminta makanan, bagiku itu satu yang amat melampau. Pembantu tuaku ini hanya ingin duit dan makanan sahaja tanpa mahu bekerja. Kerjanya umpama pahat dan penukul. Sekali ketuk, sekali jalan. Menyapu tidak pernah bersih. Tuala di bilik air anak2 hanya dilonggokkan dalam bathtub tanpa disidai setiap kali selepas anak2 mandi. Hatiku melihatnya sangat sakit. Kerana setiap kali dia bekerja, ku terpaksa membuat balik kerja2nya. baik tak payah bayar dia gaji kalau aku yang terpaksa buat itu semua.

Kemuncak kemarahan ku padanya, pada pagi jumaat... dia menyapu tetapi selonggok habuk2 masih banyak di bawah2 meja dan sofa. dia hanya menyapu apa yang dia nampak di depan mata sahaja. Dan sedan aku mengemas pakaian anak2 di bilik, ( anak2 juga berada dalam bilik denganku), ku tergerak hati untuk keluar dari bilik konon nak memantau apa si tua itu buat. rupanya dia enak landing di sofa sambil tertidur. aduhhhhhhhh... gerammmmmnya...
Dan menjelang petang, ku suruh dia pack all her stuff and get out from my house. Geram betul. kerjanya hanya minta makanan dan duit sahaja. Ku katakan padanya, ada kerja ada duit. Tiada kerja , sorry.. Dia mula buat muka sedih. merayu aku mengapa aku sack dia. Dan ku katakan ku tak perlukan dia lagi walaupun sepatutnya dia ada baki satu hari lagi bekerja denganku.


Entry ini sangat panjang la pulak.... hehehe

Jadi skrg, aku sudah ada pembantu permenent. Kali ini pembantu no 2 yang ku test, Khadija namanya. walaupun dia pernah membuatkan tudungku terbakar, tetapi cara dia bekerja tanpa meminta2, dan mudah belajar membuatkan aku dan suami bersetuju mengambil dia bekerja. Tambahan pula dia boleh diharap melayan budak2. Namun, aku sentiasa beringat, tidak akan sesekali memberi muka pada pembantu rumah nigeria ini. Orang nigeria ini kebanyakannya mempunyai mentaliti yang sangat rendah dan mereka jenis tidak boleh diberi muka nanti akan pijak kepala,

Walaupun ada dia, tapi aku masih tetap seperti dulu juga sama2 mengamas rumah dan bekerja di rumah. Masak memasak memang aku akan buat. Cumanya membersihkan toilet, menyapu dan mop lantai memang ku serahkan bulat2 padanya. sejak ada dia, masaku untuk diri sendiri sudah ada. Kalau dulu kadang2 nak mandi lama2 di shower pun hampir tiada, kini bolehlah mula scrub badan hari2 pun tak per.. hahahaha

sekian....

5 comments:

lyn said...

at last, dpt pun helper yg boleh diharap. i dulu pernah ada maid yang kerja dia makan & tido saja. sampai boss dia (ie us) bila mau makan dinner tgk2 lauk pauknye sudah habis..... ku ingat she thinks she's on a vacation la kot. seminggu lepas tu, we returned her to the agent.... ekekekeke.....

comey_lote said...

yana, aku tagged hang!check it out

... said...

harap2 maid ni bertahan lamalah.. penatlah asyik nk kena trainning jer yang baru...

Nad said...

Aduhhhh sioknya baca your cerita ... mcm ni plak dugaan ek to find the right maid aduhaiii

... said...

tu ler.. maid sini mcmlah2...

Related Posts with Thumbnails