Jika rasa gembira:
- panjatkan syukur pada Allah... Bagi kita kelapangan hati dan fikiran. kalau hati tak lapang, fikiran susut mana mungkin kita gembira.
- kongsilah kegembiraan dengan suami dan anak. Aku suka duk sembang2 dengan anak2. biarlah mereka kecik macam tak tau apa. Macam kalau mood ku happy, ku mulalah duk kat dapur sambil masak2 duk bercerita ngan anak2 yang mama today feel happy bla bla bla... so taht adalah komunikasi antara aku ngan anak2. juga pada suami. Tapi suami lain.. tempat luah semasa suka duka, gembira. sedih, stress dan sebagainya...
- aku mulalah nak mekap sakan kat rumah. Selalu touch up just pakai lipstik jer. tapi kalau hari tu mood gembira semacam, siap eyeshadow bagai... pendek kata kalau rambut tu rasa nak blow siap.. Biar cik Aang sayang balik dari office tengok aku mengelip2... silap2 tak sempat sepatah dua kata, terus kena terkam... hahahha
- mood memasak pun jadik lain macam. Walau penat macamana pun, mood nak buat macam2 tu mulalah datang. dari nak masak nasi putih, jadik nasi minyak. dari nak wat simple, jadik lauk ala2 nak kenduri lak...
Apa yang dapat menggembirakan aku dalam kehidupan ialah, buatlah apa sahaja yang aku suka. Duduk depan komputer memang aku suka. Boleh buat aku gembira. Main games dengan anak2... sometimes melayan berbual dengan anak2 dan suami pun leh buat aku gembira. lagilah kalau cerita yang di bualkan itu cerita kelakar. kadang2 untuk hilangkan sedih, sengaja aku buka cerita2 komedi romantik. terus bangkit rasa gembira.
untuk semua pembaca.. hari ni mood apa? gembira tak?
sekian....
No comments:
Post a Comment