Pages


Monday, March 31, 2008

teman sejati

Kebelakangan ini, sejak aku berkelana di tempat orang, rasanya internet betul2 mewarnai hidupku. Melalui teknologi ini, aku dapat berhubung dengan kawan2 jauh dan dekat. kawan2 lama dulu zaman sekolah menengah mula ku jejaki sejak aku berada di US. Seronoknya dapat berhubung dengan kembalikan nostalgia lama. itupun masih ada yang betul2 ku rindui tapi tak tau bagaimana nak menghubungi mereka. Puas ku google nama mereka di internet tapi hampa.. pertanyaan dari mulut ke mulut memang dari dulu diamalkan, dan hasilnya tak mengecewakan.


Kalau bercakap pasal kawan, tentunya dalam ramai2 kawan kita tu ada yang boleh di buat sahabat karib dan teman sejati, ada yang biasa2 sahaja, ada yang suam2 kuku dan macam2 lagi. Bagiku, aku mempunyai ramai kawan. Buat masa ini kawan rapat atau best friend rasanya tak ramai. boleh di bilang dengan jari. Tapi tak semestinya kawan lain tak best. mungkin mereka belum menepati ciri2 best friend pada kehendak mata hatiku...

Dalam melayari dunia cyber, kawan2 cyber yang aku kenal di forum overseas sangat best bagiku. Kami tak pernah jumpa, tapi kawan2 tu mostly housewife macam aku. kami berkongsi apa sahaja tanpa ragu. Seronok juga. Realiti pulak, kalau tinggal di Malaysia pasti seronok dengan kawan2 ramai. Boleh jumpa selalu. Tapi di perantauan, kawan2 cyber memeriahkan hidupku. Tapi tak lupa jugak kawan2 lain.. kami saling berhubung email, sms, kadang2 YM.

Bagiku teman paling sejati yang ku ada adalah suamiku. Dia ku katakan teman sejati bukan kerana dia suamiku, tapi dia sahajalah sahabat yang sentiasa ada di masa suka duka.. Dulu zaman berkawan, ku akui, suami bukan dan tak pernah menjadi sahabatku. Tapi bila memasuki alam rumahtangga, dari rasa cinta, lama2 bertukar menjadi banyak peranan. Bukan sahaja suami, kekasih, seorang papa, malah menjadi sahabatku juga. Banyak yang kami kongsi bersama.

Kalau kawan2 pula, hanya dua tiga orang buat masa ini yang betul2 sahabat sejati yang sudi mendengar luahan hatiku. Dan kami berkongsi pelbagai cerita suka duka bersama. Nak senaraikan di sini alangkah tak manisnya utk bacaan teman2 takut meraka menganggap aku double standard pula. Bukan double standard, tapi sesiapa sahaja memang akan ada rasa yang sama seperti yang aku rasa. Kita mengkategorikan sahabat kita bermacam2. Walaupun semuanya kita treated nicely dan cuba berlaku adil, tapi jauh di sanubari pasti ada seseorang itu istimewa dan dia kita pilih jadi teman sejati.

Alangkah bosannya hidup tanpa seseorang yang bernama kawan, teman, sahabat, friend dan apa sahaja yang boleh kita kategorikannya seperti maksud di atas...

sekian

2 comments:

Nad said...

Yeaaaaaaaaaaa sungguh lar tepat kata tuan hamba tu ... hamba disini pun begitu jua, kawan rapat hamba, sudah tentulah suami hamba auwwww ..celeeeettt sketttt

... said...

celeeet nyah..... muahahaha...

Related Posts with Thumbnails