Pages

Monday, May 19, 2008

BUBUR NASI

P/S: gambar seperti biasa cilok. tak teringat nak ambik gambar daa...

Semalam, aduh, malasnya nak masak. Then Cik Abang lak janji nak buat shawarma chicken. Ku tunggu punya tunggu, dah kat kul 11 pagi, tiada tanda2 Cik Abang nak masuk dapur pun hari ni.

So akibat kemalasan yang teramat sangat, jadi menu hari Ahad hanyalah bubur nasi. Kebetulan ada beras hancur ku beli masa kat houston dulu. so dua cup beras aku wat bubur untuk jamu seisi keluarga.

resepi... nak tepek ker?? hehehe

resepinya:

2 cup beras.. basuh dan tanak dengan air yang banyak sampai jadik bubur..
dua tiga hiris halia
kiub pati ayam
isi ayam, potong kecil2
daun sup daun bawang
ikan bilis goreng
sambal kicap cili.. ( ni kicap cili ala2 makan soto tu)..

Cara:

tanak bubur. masukkan halia sikit, then isi ayam. biar sampai bubur betul2 lembut n kembang. Tambah air jika perlu. masukkan kiub pati ayam. so dh cukup masin, no garam lah.

dah siap, hidangkan ngan ikan bilis goreng, daun sup dan daun bawang. nak pedas, letak kicap cili.. mengancam beb!


alkisahnya, masa muda2 dulu.. ( mcmlah dah tua sangat.. ekeke), dulu g makan porridge kat bangsar. aduhai sedapnya. lengkap dengan ikan bilis, kacang tanah , lobak asin dan telur masin. tapi semalam punya menu, terlupa kacang tanah daa.. padahal ada jer kat rumah. telur masin jangan cakaplah.. buat terliur jer.. Tapi abis gak seperiuk bubur nasi aku tu...

2 comments:

comey_lote said...

akunyer version lain sket...cara tanak nasi tu dah sama,bahan lebih kuran.. cuma aku ada sup yg berasingan...sup dia ala2 sup ayam/daging/tulang...tp light la sikit...sbb kat kelantan bubur nasi dia camtuh, kami panggil nasi air...hihihi

YANA said...

mrs... nasi air tu aku dulu2 suka makan gak. tapi laki tak suka sbb cair bangat daa..

dulu2 masa study, kat gerai2 kolej selalu ada dua menu. nasi air atau porridge yg style cam aku buat tu.. so jgnlah salah order. karang nk nasi air , dapat porridge.. huhu

Related Posts with Thumbnails