1. rindu kat family aku........... sometimes tetiba terasa begitu homesick. terasa nak terbang jer balik sekarang nk duk peluk mak tuh. terbayang2 wajah tua abah... Doa ku janganlah jadi apa yang tak baik pada ahli kuargaku... amin...
2. rindu nak makan durian... terasa teringin jer. kecur dibuatnya tgk gambar jer... hihi. nafsu makan mmg tak leh tolak ler aku nih.
3. rindu nak driving... adeh.. karat giler lesen kete. sbbnya hampir 3 tahun aku tak driving. lagos lagilah. pegang stering kete pun tak eprnah. apatah lagi duk sebelah pemandu. mmg duk belakang jer sentiasa. tah2 pasni nk mulakan driving jadi tak reti. kekok tu semestinya...
4. rindu pulak kat rumah ku di miri.. lama nya tak tgk. hanya tgk gambar jer.. rumah tu ku tinggalkan hampir 4 tahun lalu tak pernah jenguk dah. tapi laling pergi jugak jengah masa kami balik msia. sayangnya lah rumah tu. sentimental value betul bagiku. sbbnya tu lah rumah pertama beli. hajat hati mmg tak mahu balik ke Miri lagi.. tapi untuk jual rumah tu, terasa ralat pula.. mana tau rezeki masih di sana...
aahhh... tak mahu layanlah perasaan rindu yang membuak apalagi rindukan family di malaysia. tapi perasaan itu sellau datang time duk sorang2...
satu lagi.. takziah untuk sahabatku merangkap jiran Malaysiaku di Lagos.. ibu mertua dia meninggal dunia. sedang bersedih sekali gus cuba dapatkan seat utk dia enam beranak pulang ke malaysia secepat mungkin.. pity her.. semoga tabah... sedih bila dia teringat hal baju kebaya idaman ibu mertua yang dia tangguhkan menempahnya. memang bukan rezeki.. dan sedih juga kerana kerinduan itu tiada akhirnya cuma lagi seminggu sahja dia akan kembali ke malaysia merealisisikan impian baju kebaya itu tak tertunai lantaran pemergian selama2nya ibu mertuanya. takziah sekali lagi...
No comments:
Post a Comment