Nilah rupanya my new gadget. beli dah lama since september last year. Disebabkan barang2 yang lambat sampai, jadi terperaplah lama dalam kontena. jadi bila barang2 dah sampai, dan dapur ku dah well organized, so, bermulalah aktiviti membaking.
Aktiviti pertama menguli kuih pau. Tak ler lenguh tangan aku nak menguli manual. Dah tu tak naik sangat lak tu. So hasilnya mabelesss dengan gunakan kitchen aid mixer hadiah suami kesayangan sempena besday tahun lepas... TQ laling!!!
Then saja2 buat carrot cake lak.. adeh, kejap jer adunan ni dh ready to bake.. terasa ala2 chef lah pulak.. pasni aktiviti nak wat apa lak.. rasanya nak bake bun pulak lah. Malas nak pakai breadmaker. nak try pakai kitchen aid jer.. tengok hasilnya mabeles tak?
then semalam wat apam balik.. anak2 aku siap tanya kenapa mama tak pakai 'mama's new toy' ?padahal nak bancuh ala2 pancake jer nak pakai mixer bagai... melampau lah tu....ekekeke....
so terima kasih kepada kitchen aid menjadikan aku insan yang sikit rajin duk membaking kat dapo tu.. ekeke... motivasi tau ada benda2 gini...
Wednesday, April 30, 2008
Tuesday, April 29, 2008
KUIH PAU
semalam buat kuih pau untuk tea time... sebenarnya ni entah kali keberapa mencuba buat, tapi tak menjadi sanagt. semalam hasilnya mabeless... hahaha... agaknya berkat guna mixer baru kitchen aid kut...
so resepinya:
2 cups tepung
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp gula
2 tbsp shortening
1 tsp yeast
1 cup air suam
cara:
so resepinya:
2 cups tepung
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp gula
2 tbsp shortening
1 tsp yeast
1 cup air suam
cara:
- mix together semua bahan kecuali air
- add water sikit demi sikit.
- uli ... kalau pakai tangan, uli sampai tak lekat di tangan dan sampai adunan anjal. tapi sebabkan wa pakai mixer.. tak larat nak uli dong.. so tipsnya sampai adunan melekat bulat jer kat dough hook. kaedahnya sama macam uli pakai bread maker lah gak.
- then tutup dengan kain lembab. Biarkan rising dua kali ganda
- pas dh rising, punch douch tu.. then mulalah buat bulat2 kecil.. (alah, nk explain tak reti ngan perkataan.. taulah pau kan bentuknya camne. buh inti apa yang u all suka..
- pas siap tu, rest lagi pau tu supaya naik lagi dua kali gamda.
- then kukus 10-15 min.. then makan...
Make up.
*gambar tuan rumah lama punya.... *
Pakai make up tak?
kalau aku kata tak pakai nampak sangat tipu. tapi sebenarnya pakai make up dlaam ertikata sebenar yang wajibnya bagi aku hanya pakai lipstik jer. kalau rajin nak2 masa tak leh sembahyang tu mulalah nak tepek muka ngan color2 sikit. Mulalah nak pakai lipstik, lipliner, lipbalm bagai... ( dalam ertikata lain semuanya berkaitan ngan lip daa.. hahaha).
Then sesekali pakai lah eyeliner.. rasanya pasni nak praktikkan pakai eyeliner selepas belajar cara2 pemakaian dari satu forum tu... TQ sahabatku... pasni mata ku nampak seri2lah kut.. hahahaha

Aku hanya pakai lipstik AVON jer. dari mula2 pandai pakai lipstik sampai sekarang.. memang setia ngan AVON. Eyeliner pun AVON gak.. beli jer tapi penah pakai sekali dua sebab tak reti nak pakai... pasni hasil tunjuk ajar sahabat kat porem tu, leh ler cuba pakai.
kalau eyeshadow lak.. dari dulu memang lah pakai Maybelline. tapi tu lah.. aku suka color yang natural tone je.. tu pasal nampak macam tak make up muka kut.. kui kui kui...
pasni, lepas baca posting2 kawan2 kat porem.. seklai ngan duk jengah2 bloh lain2 tu, adeh, ku rasa nak kena calit muka ni sikit2... mana tau, hasil calit tu, cik abang tengok cik adik... auum... wakakakaka
Friday, April 25, 2008
Romantika d Amour...
Malam tu Cik Abang ajak Cik Adik pergi ke rumah baru. Masa tu kami masih di rumah transit lagi. Anak2 dah lena semuanya. Jadi dari rumah transit kat tingkat 3 Cik Adik ikut bontot Cik Abang ke rumah baru yang di tingkat 1. Alasan Cik Abang kata, jom duk dengar stereo Cik Abang sebab Cik Abang dah seharian duk setting home teater kat rumah baru.
Masuk2 jer rumah baru kat tingkat 1 tu, bergema bunyi muzik. OOoooOOO... rupanya Cik Abang pasang lagu. Aduhai.. lagu lamalah... Cik Abang terus nyanyi lagu tu ikut lah si penyanyi tu melalak...
Rangkaian lagu2 nyanyian kumpulan Michael Learns to Rock itu benar2 membuai perasaan.. Syahdu tiba2 datang bila teringat kenangan silam time2 zaman Cik Adik bercintun2 ngan Cik Abang. Dari lagu The Actor membawak kepada Paint My Love. pastu lagu You Took My Heart Away, then Someday... kiranya satu albumlah punya lagu... aduhai... membuai kenangan zaman muda2 belia dulu...
Duk2 lah lepak kat sofa sambil Cik Adik duk baring2 atas sofa. Cik abang sambil betulkan speaker dia, duk nyanyi2 lagu zaman muda2 dulu... Dalam pada Cik Adik duk berangan tu, Cik Abang pun katalah....
" lagu ni kan di tujukan khas untuk awek yang pakai baju kurung kuning air dengan ucapan, i love you"...
Eh, apa kes lak baju kurung. Cik Adik pakai pyjamas jer ni... Rupanya cik Abang pun teringat kisah lama time dating Cik Adik ngan Cik Abang ada dulu sekali secara tak sengaja terpakai baju sedondon colornya...
Sudahnya, abis satu album lagu, last2 lagu dangdut kelate lak kuar. rupanya CD yang Cik Abang burn tu ada lak sesat lagu "pacat" dan lagu " anok tok de besar"... Cis! tak pasal2 potong stim tul minah kelate campur siam duk berdangdut...
so last2 malam yang konon nak romantika d amour spoil dek lagu dangdut lak... hehehe..
*datanglah merapu tuan rumah ni.... hahahaha*

Jika rasa gembira...
Idea datang bila dengar anak2 nyanyi lagi if u re happy.... dalam kata lain versi bahasa melayu, jika rasa gembira....
Jika rasa gembira:
Apa yang dapat menggembirakan aku dalam kehidupan ialah, buatlah apa sahaja yang aku suka. Duduk depan komputer memang aku suka. Boleh buat aku gembira. Main games dengan anak2... sometimes melayan berbual dengan anak2 dan suami pun leh buat aku gembira. lagilah kalau cerita yang di bualkan itu cerita kelakar. kadang2 untuk hilangkan sedih, sengaja aku buka cerita2 komedi romantik. terus bangkit rasa gembira.
untuk semua pembaca.. hari ni mood apa? gembira tak?
sekian....
Jika rasa gembira:
- panjatkan syukur pada Allah... Bagi kita kelapangan hati dan fikiran. kalau hati tak lapang, fikiran susut mana mungkin kita gembira.
- kongsilah kegembiraan dengan suami dan anak. Aku suka duk sembang2 dengan anak2. biarlah mereka kecik macam tak tau apa. Macam kalau mood ku happy, ku mulalah duk kat dapur sambil masak2 duk bercerita ngan anak2 yang mama today feel happy bla bla bla... so taht adalah komunikasi antara aku ngan anak2. juga pada suami. Tapi suami lain.. tempat luah semasa suka duka, gembira. sedih, stress dan sebagainya...
- aku mulalah nak mekap sakan kat rumah. Selalu touch up just pakai lipstik jer. tapi kalau hari tu mood gembira semacam, siap eyeshadow bagai... pendek kata kalau rambut tu rasa nak blow siap.. Biar cik Aang sayang balik dari office tengok aku mengelip2... silap2 tak sempat sepatah dua kata, terus kena terkam... hahahha
- mood memasak pun jadik lain macam. Walau penat macamana pun, mood nak buat macam2 tu mulalah datang. dari nak masak nasi putih, jadik nasi minyak. dari nak wat simple, jadik lauk ala2 nak kenduri lak...
Apa yang dapat menggembirakan aku dalam kehidupan ialah, buatlah apa sahaja yang aku suka. Duduk depan komputer memang aku suka. Boleh buat aku gembira. Main games dengan anak2... sometimes melayan berbual dengan anak2 dan suami pun leh buat aku gembira. lagilah kalau cerita yang di bualkan itu cerita kelakar. kadang2 untuk hilangkan sedih, sengaja aku buka cerita2 komedi romantik. terus bangkit rasa gembira.
untuk semua pembaca.. hari ni mood apa? gembira tak?
sekian....
Thursday, April 24, 2008
Cerpen: SEMALAMAN DALAM KERETAPI 1
Stesen KTM JB sangat sibuk. Ramai betul penumpang yang akan menuju ke Pantai Timur. Sama destinasi denganku. Alamatnya, kelas 3 keretapi mesti padat. Pasti tidak dapat tempat duduk kali ni. Aku bersama2 4 orang kawan yang lain setia menunggu keretapi tiba. Kesesakan tidak kami hiraukan kerana kegirangan untuk pulang bercuti di kampung sempena hari raya. Tambahan pula, perut masing2 sudah kenyang berbuka puasa di medan selera berhampiran Komtar JB. ABC dan nasi ayam bagiku sangat sedap... Almaklumlah, student yang duit pun kadang2 tak de bila tiba hujung bulan. Bila dapat kiriman wang pos dari Abah, ku kira ingin melompat2 memberitahu satu dunia yang aku ada duit. Padahal belanja hanya RM50 sebulan sahaja...
Sedang kami menunggu dan berbual kosong sambil duduk di atas beg masing2, kedengaran suara seseorang yang sememangnya aku kenal.
"hi, Kak long, Kak Ngah!" kata suara itu.
"eh, kau balik naik train ker? Napa tak naik bas. Train mana ada sampai Kuantan. ", kata Kak Long di ikuti suara Kak Ngah ketawa kecil.
Kak long dan kak ngah itu hanyalah gelaran yang diberikan oleh mamat berbaju kemeja kotak2 ala2 GQ itu.. Padahal kalau ikutkan, Kak Long hanyalah tua setahun dari mamat itu, manakala Kak Ngah sebaya dengannya.
"Ala kak oii.. tiket bas dah takde lah.. Lagipun syok gak dapat naik train ni.. adalah leh sembang2 dengan awek sorang tu", katanya sambil ketawa.
Adakah kata2 itu ditujukan padaku.. aduhai perasannya...
"satu dunia ker nak bagi tau kau admire giler kat adik aku ni", kata kawanku yang di gelar Kak Ngah itu.
"Kalau satu dunia tau pun tak pe. Mana tau akan ada satu lagi piramid di Malaysia ni", katanya sambil ketawa.
Kami kemudiannya duduk menanti train sampai. tapi tak sepatah pun kata2 keluar dari mulutku.. apa kes aku ni??? tetiba jadik kelu... adeh..
Jam 8.40mlm, keretapi ke pantai timur sampai. Kami bergegas menuju ke pintu kelas ketiga. kesesakan orang yang ramai membuatkan keadaan menjadi kalut. Berebut2 berasak2 untuk mendapatkan tempat duduk. Tiba2 terasa tanganku ditarik seseorang menuju ke tangga keretapi. Alamak.. mana kakak2 aku yang dua orang ni. Sudahnya apa yang aku tau, aku sudah ada di perut keretapi. tempat duduk sudah penuh. dari jauh ku lihat Kak Long dan Kak Ngah melambai2.Mereka juga tidak dapat tempat duduk. Lega aku melihat kakak yang dua orang itu ada. Tapi paling lega mamat baju kotak2 tu ada di sisi.. adeh... gatainya aku ni...
Keretapi mula bergerak perlahan, dan semakin lama semakin laju meninggalkan bandar JB.
"Diam jer. Lan ingat Lini tak suka Lan ada sini", katanya mula menegurku selepas agak lama masing2 berdiam diri.
"errr.. " eh, apasal kelu lak ni. First time dating agaknya, kata hatiku.. apa kes lak dating, mana janji pun nak jumpa... adeh.. sadis tul lah.. tak tentu arah ku jadinya.. bencinyalah perasaan camni.. Tapi benci ker suka... adeh...
"Berangan yer?", katanya sambil tersenyum.
"mana ada!", kataku. aduh.. malunya aku.
"Ingat ada emas dalam mulut tadi sampai tak bercakap2. Ada pun suara. Suara kalau simpan pun leh jadik bisu tau. baik cakap kat orang yang sudi ni", katanya sambil ketawa.
Aku tak tau mukaku merah atau kuning atau biru... aduhai dia ni...
Sebenarnya kami telah lama berutus surat tanpa pernah berjumpa. Dia mengutusi ku surat pertama mengatakan hasrat berkenalan pada hari terakhir persekolahan semasa aku form 2. salamnya ku sambut dengan balasan surat pertama menyusul ke alamat rumahnya semasa cuti penggal ketiga persekolahan. Sejak itu, selalu benar kami berutus surat. selalunya kami akan berutus surat menggunakan alamat kawan sekolah memandangkan kami duduk di asrama yang tidak memungkinkan terjalinnya hubungan cinta antara pelajar lelaki dan perempuan. Kadang2 kami berutus surat melalui posto adik angkatku.. aduhai.. manisnya saat itu.
Ini adalah kali pertama kami jumpa secara 4 mata... manalah tak kelu.. aduh.. tak sangka sekarang dia ada di sisiku memandangkan destinasi kami yang berlainan. Ke kuantan mana ada perkhidmatan keretapi. Adakah ini satu kebetulan ataupun dia hanya sengaja ingin dekat denganku.
"Kak Long ngah Kak Ngah tu tau ker hubungan kita?", Lan tiba2 memecah kesunyian.
"Entah. dia orang dapat agak jer kut", kataku. sebenarnya di blok asrama perempuan semua orang sudah tau kisah aku dan dia. Angau aku akan dia. Mana taknya.. orangnya yang baik budi, scorer lagi. Jauhnya beza dia dan aku kerana aku hanya pelajar yang selalu menduduki tangga bawah walaupun tidak pernah corot. Pencapaian dalam pelajaran tahap biasa2 sahaja.
"jom kita duduk sana. lenguhlah berdiri ni. goyang2 lak tu", katanya sambil mengajak aku duduk di tangga keretapi. Isk.. bahaya tul. Karang jatuh, naya jer aku tak beraya. tapi aku mengikut juga langkahnya... adeh.. angau lagi aku ni..
Kami duduk bersebelahan. Terasa leganya kerana aku sebenarnya lenguh juga berdiri dari tadi. Mamat di kerusi tepi tempat aku berdiri tadi langsung tak macho. selamba badak jer duduk situ. tak de lah nak bagi perempuan macam aku ni duduk.
"Jangan takut. Lan ada.", katanya padaku. tangan kami hampir bersentuhan. adeh.. terasa mcm ada kitaran elektrik lak.. ekekeke
"Kita selalu hantar surat tukar2 pandangan jer. tapi tak pernah tanya biodata", katanya lagi.
"tak tanya takkan nak bagitau...", kataku sambil ketawa kecil. Padahal aku jenis kalau ketawa merabak mulut tu.. wakkakak.. kontrol ayu konon.. uwekkkk... hehehe
"Lan anak sulung. ada 4 orang adik beradik. ", katanya mulakan bicara. malulah pulak nak pandang dia. Kalau tak pandang biadap pula.. adeh...
"eh, samalah kita. Tapi lini anak kedua. yang atas kakak, bawah ada dua adik lelaki". kataku padanya. Matanya tak lepas2 memandangku tatkala aku bercakap. Dia ku lihat mempunyai alis kening yang tebal dan hampir bercantum. Orang kata lelaki jenis itu kuat cemburu... aduh,... sempat membuat tafsiran sendiri.
"tau tak kenapa Lan suka lini", katanya lagi.
"tah... ', kataku sepatah... takkan sebab aku cantik kut. kalau ikutkan aku biasa2 jer. ramai lagi yang cute miut. yang sopan ayu lagilah ramai. Aku ni jenis lepas laku punya orang. yang terkenal muka wanted kat asrama tu.
"Lan suka sebab lini tak berlakon macam orang lain. Lan suka lepas laku lini.. kalau lini nak gelak kuat2 dalam dewan makan, lini buat. kalau lini nak lari sambil angkat kain tinggi2 semasa kejar bas sebab dah lambat, lini buat. very natural", katanya lagi...
aduh mak.. malunya aku. selama ini dia memerhatikan segala gerak geriku.
"Ada ker pulak itu sebabnya. apalah Lan ni', kataku padanya. malu memang ada. Tapi rugilah aku tak sembang dengan orang yang aku juga admire. peluang ni bukan datang selalu. Kalau kat asrama, jangan harap. silap2 kena report ke pengurusan asrama, then tah2 kena gantung asrama. silap2 haribulan kena buang.. lagi naya. sapa yang malu, mereka dan keluarga mereka...
"tapi, Lan tak malu ker, org2 kutuk lini... kutuk lan sebab tau lan kawan ngan lini yang tak semenggah ni", kataku...
"alah.. katalah orang nak kata apa.. yang penting mie tahu hati lini. Lan selesa ngan lini. Lini seleasa ngan lan.", katanya lagi sambil tersenyum padaku. Aduhai.. menawan lah senyum mamat ni... adeh... masih angau aku nih. teruk betul...
Perbualan kami terhenti seketika bilamana keretapi berhenti di stesen segamat. Ada dua tiga orang menaiki keretapi jadi kami terpaksa memberi mereka laluan memandangkan kami duduk di tangga keretapi.
****bersambung****

Wednesday, April 23, 2008
Pembantu Rumah
Kehadiran seorang pembantu rumah memang sangat di alu2kan bilamana wanita itu bekerjaya. Kadang2 kos menghantar anak kepada penjaga atau nursery yang tinggi jika wanita itu mempunyai anak yang ramai, menjadikan pembantu rumah sangat2 diperlukan untuk menjimatkan kos. Pembantu bukan sahaja dapat menjaga anak tetapi meringankan beban kerja2 rumah yang tiada kesudahan.
Apa yang ingin ku tulis pada hari ini, bukan mengenai senario pembantu rumah yang biasa kita dengar di Malaysia. Oleh kerana kami berkelana di bumi Nigeria ini, jadi ku ingin bercerita tentang aku dan pembantu rumahku.
Selama lapan tahun bergelar isteri, tidak pernah sekali pun aku mempunyai pembantu rumah. Pernah dulu sesekali jika mengadakan kenduri kendara semasa kami masih di Malaysia, aku akan meminjam pembantu rumah kawanku untuk membantu kerja2 membasuh pinggan dan mengemas selepas kenduri. Atau pernah juga ku panggil pembantu sambilan untuk menolongku mengemas rumah waktu hari raya bakal menjelang tiba. Itupun kerana waktu itu aku sarat mengandung anak pertama. Jadi menghadapi kerenah pembantu rumah tidak pernah aku alami sepertimana kawan2 yang memang ada pembantu rumah yang lain.
Berbalik cerita pembantu rumah ku di Nigeria.
Cerita 1.
Aku mengambil seorang pembantu sambilan menolong aku membersihkan rumah baruku. Waktu itu kami masih di transit house. Jadi pembantu itu ku gelarkan A pada kali pertama dia bekerja, sangat lembab. menyapu dan mop lantai sahaja mengambil masa 3 jam.. Sudahnya kerja da hanya menyapu dan mop sahaja, sedangkan aku yang teruk bekerja mengelap cermin segala. memang aku jenis yang akan sama2 bekerja. Mungkin kerana aku masih kekok kerana tidak pernah ada pembantu rumah. Kali kedua kami menggunakan perkhidmatannya kerana kami terpaksa berpindah dari transit house yang lama kepada satu lagi transit house yang baru memandangkan kontrak sewaaan co suami dengan compound yang lama telah tamat. Rumah permenent kami masih belum ready memandangkan kerja2 membaikpulih AC dan plumbing masih dijalankan. Kali ini si A bekerja sangat pantas. Mungkin kerana selepas kali pertama dia bekerja dengan kami, suamiku beritahu dia yang aku tidak suka dia kerja lembab..
memang aku lihat dia sangat cekap membuat kerja2 rumah dan ada inisiatif membuat kerja tanpa disuruh. Tapi sayang, Dipendekkan cerita, dia ada skandal pulak dengan driver kami.. jadi aku reject dia terus...
Cerita 2:
Seorang gadis berusia 25 tahun ku ambil bekerja untuk testing period selama seminggu. Ku akui seminggu bukan cukup untuk jugde seseorang. hari pertama dia datang, aduhai... penatnya mengajar dia. dari mengemas katil anak2.. ( bilikku memang tidak akan ku benarkan dia masuk sama sekali), ku ajar dia style aku membersihkan dapur, menggunakan washer dan dryer. Hmmm... ku lihat dia jenis senang belajar.
Seminggu dia bersamaku, banyak kali jugak aku terpaksa meninggikan suara. banyak kali ku tegur dia bila dia menyapu rumah tidak bersih, melipat pakaian tidak memuaskan hatiku. Kemuncak kemarahan aku padanya... suatu pagi dia menggosok pakaianku. geramnya bila scarf yang ingin ku pakai habis terbakar akibat iron yang sangat panas. bila ku tanya, dia kata dia testing iron itu ok sahaja. aduhai sakitnya hatiku. Bagiku itu satu kecuaian yang tidak dapat di maafkan. akibatnya hari itu ku potong gajinya sebagai pengajaran utk dia tidak cuai lagi. Hari itu bukan sahaja gajinya kena potong, tapi tak pasal2 dia kena ceramah sivik free dari aku kerana dia terlajak tidur. memang style pembantu rumah di sini ada time rehat. jadi waktu rehat digunakan oleh mereka untuk makan ( kami majikan tidak menyediakan makanan untuk mereka), dan mungkin mereka mengambil masa untuk tidur atau sola bagi yang beragama islam).
kisah pembantu rumahku yang terlajak tidur, aduhai... terlajak sampai hampir sejam. jam 3 dia sepatutnya datang bekerja, tetapi menjelang jam 4 masih tak muncul2.. aku pun apalagi, mengamuk sakan dan hasilnya ceramah sivik aka khutbah khamis ku berikan dia. Hasil khutbah ku pada petang khamis tu tampak tidak sia2. baki dua hari dia bekerja dengan kami, hasilnya sangat bagus..
sabtu petang berakhirnya tugas dia dengan kami. berkali2 dia memberitahuku supaya menghubungi dia bilamana aku perlukan pembantu.
Cerita 3:
pembantu yang ketiga yang menjalani testing period selama seminggu juga merupakan seorang yang agak berumur. Dia bekerja hendak cepat sangat sehingga tidak bersih. Dan tabiatnya yang suka meminta2 membuatkan aku cukup tidak berkenan. Masa rehat ku beri supaya dia boleh pergi membeli makanan dia, tapi dia lebih selesa duduk tidur di bilik. Kemudian bila waktu rehat abis, dia selamba meminta aku makanan dan mengadu lapar. Alangkah geramnya hatiku. aku bukan welfare yang nak menjaga makan minumnya. Sebagai manusia yang ada peri kemanusian, kadang2 memang aku selalu memberi mereka makanan seperti roti atau apa sahaja. tapi bila setiap hari menadah tangan meminta makanan, bagiku itu satu yang amat melampau. Pembantu tuaku ini hanya ingin duit dan makanan sahaja tanpa mahu bekerja. Kerjanya umpama pahat dan penukul. Sekali ketuk, sekali jalan. Menyapu tidak pernah bersih. Tuala di bilik air anak2 hanya dilonggokkan dalam bathtub tanpa disidai setiap kali selepas anak2 mandi. Hatiku melihatnya sangat sakit. Kerana setiap kali dia bekerja, ku terpaksa membuat balik kerja2nya. baik tak payah bayar dia gaji kalau aku yang terpaksa buat itu semua.
Kemuncak kemarahan ku padanya, pada pagi jumaat... dia menyapu tetapi selonggok habuk2 masih banyak di bawah2 meja dan sofa. dia hanya menyapu apa yang dia nampak di depan mata sahaja. Dan sedan aku mengemas pakaian anak2 di bilik, ( anak2 juga berada dalam bilik denganku), ku tergerak hati untuk keluar dari bilik konon nak memantau apa si tua itu buat. rupanya dia enak landing di sofa sambil tertidur. aduhhhhhhhh... gerammmmmnya...
Dan menjelang petang, ku suruh dia pack all her stuff and get out from my house. Geram betul. kerjanya hanya minta makanan dan duit sahaja. Ku katakan padanya, ada kerja ada duit. Tiada kerja , sorry.. Dia mula buat muka sedih. merayu aku mengapa aku sack dia. Dan ku katakan ku tak perlukan dia lagi walaupun sepatutnya dia ada baki satu hari lagi bekerja denganku.
Entry ini sangat panjang la pulak.... hehehe
Jadi skrg, aku sudah ada pembantu permenent. Kali ini pembantu no 2 yang ku test, Khadija namanya. walaupun dia pernah membuatkan tudungku terbakar, tetapi cara dia bekerja tanpa meminta2, dan mudah belajar membuatkan aku dan suami bersetuju mengambil dia bekerja. Tambahan pula dia boleh diharap melayan budak2. Namun, aku sentiasa beringat, tidak akan sesekali memberi muka pada pembantu rumah nigeria ini. Orang nigeria ini kebanyakannya mempunyai mentaliti yang sangat rendah dan mereka jenis tidak boleh diberi muka nanti akan pijak kepala,
Walaupun ada dia, tapi aku masih tetap seperti dulu juga sama2 mengamas rumah dan bekerja di rumah. Masak memasak memang aku akan buat. Cumanya membersihkan toilet, menyapu dan mop lantai memang ku serahkan bulat2 padanya. sejak ada dia, masaku untuk diri sendiri sudah ada. Kalau dulu kadang2 nak mandi lama2 di shower pun hampir tiada, kini bolehlah mula scrub badan hari2 pun tak per.. hahahaha

Tuesday, April 22, 2008
tensennnnnnnn
penat aku menaip semalam sampai dua entry tapi tak kuar2 my posting.. apa kes blogger nih???
skrg keep on trying gak.. kuar ker tidak....
wa tensen tahap gabannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...................................
nnt kawan2 aku iku tak update...............
arrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........................

Monday, April 21, 2008
Macam2 Hal...
Firstly, maaf sangat2 kepada pembaca sekelian. tuan rumah sangat BZ dengan urusan dunia sampai tak sempat nak online.
Mula2 12/4/08 barang2 dari USA sampai di muka pintu. Unpacked, arranged, rearranged segala... Tengah2 minggu lepas, selepas strike oleh pekerja telekomunikasi, internet wireless broadband konon, internet terus kong di rumah transit. Jadi masa yang terluang tidak online, tuan rumah mengambil kesempatan untuk mengemas rumah, touch up mana2 yang tak berkenan...
Semalam, 20/4/08, tidak semena2 AC lak tak de di rumah transit. jadi, plan tuan rumah nak move in di rumah permenent yang sedia cantik hujung bulan april terus tak kesampaian.. Jadi tindakan drastik tuan rumah, terus angkut barang2 dan pindah ke rumah permenent yang lum abis touch up. Jadi minggu ni kembali sibuk mengemas lagi.. adeh.. penatnya weeehhhh...
Ni ha baru ada inetrnet di rumah ni. bukak2 blog, tuan rumah dapati ada beberapa rungutan dari kawan2 tuan rumah tak update blog.. sadis tul .... so, tuan rumah update lah....
Maaf lah tuan rumah pohon dari pembaca sekelian.. setialah membaca blog tuan rumah yang tak sepertinya ini...
Tuan rumah yang bz,

-yana-
Tuesday, April 8, 2008
suatu hari di hujung minggu
Terasa lamanya tak up date blog... masa begitu cepat berlalu. Ke'busy'an semenjak dua menjak ni menjadikan seperti sangat terbatas untuk duduk dan betul2 blogging. Padahal setiap manusia sama jer masa diberi 24 jam sehari.. pandai2 kita lah menggunakan masa itu..
Hujung minggu lalu, kami sekeluarga dengan satu lagi keluarga lain pergi berkelah. tempatnya cantik. seronok rasa dapat melakukan aktiviti sebegitu. Selepas 6 bulan lebih di sini, baru terasa kami bebas melakukan aktivit sebegitu. tapi tulah, nak boleh sampai ke sana memerlukan escort juga. dua security siap dengan senapang mengiringi kereta kami. Kebetulan kami pergi konvoi 4 biji kereta. tempatnya mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan dari tempat tinggal kami di Ikoyi, lagos.
Apa yang teringin untuk ku cerita mengenai anak2 orang nigeria.. Semasa kami di sana, ramailah budak2 duduk bermain di pantai. Kebetulan tempat itu berhampiran perkampungan orang2 tempatan.. (suamiku kata perkampungan hadhari... kah kah kah)...
Budak2 tu berpakaian compang camping, kotor, bajunya koyak... kesian aku melihatnya... Mereka memerhatikan anak2 kami bermain di pantai.. seringkali jugak ku lihat mereka melirik pada makanan yang banyak kami bawa.. Atas rasa peri kemanusian, kami memberi mereka sedikit air. tak ku sangka, mula2 hanya tiga orang budak, menjadi hampir 20 orang mengerumuni seorang kawanku semata2 untuk mendapatkan segelas air seorang. itu belum lagi kami memberikan mereka buah2an.. mereka makan sangat gelojoh.. mungkin selama ini mereka tak merasa nak makan hatta sebijik epal kerana harganya yang mahal di sini.
Tersentuh hatiku melihat seorang budak yang mula2 dia bermain2 di pasir seorang diri... suami mengambil photo budak itu, dia sangat sporting duduk diam sahaja tak bergerak2 sepanjang suamiku mengambil gambarnya. selepas episod kami memberikan dia air dan sedikit makanan, suami mengambil gambar udak yang sama. Kali ini dia tersenyum lebar.. agaknya kerana perutnya sudah kenyang lalu boleh tersenyum.
balik ke rumah, kebetulan Ahad kami tak keluar ke mana2. Semasa menikmati lunch, anakku Amsyar mula buat perangai refuse to ear. geram betul. lantas suami katakan...
"tengok budak semalam tu. Dia orang tu nak makan pun susah. Ni makanan bayak depan mata tak nak makan".....

Bagiku itu satu motivasi bukan sahaja untuk anak2, tapi untuk kita semua. Janganlah membazir makanan kerana di luar sana ramai yang lebih memerlukan... Masih terbayang2 di mataku mereka makan dengan gelojoh... tak pasti pula kerana mereka memang belum makan ataupun memang style mereka sebegitu. Tapi memikirkan hal pakaian mereka yang koyak dan compang camping dengan kaki ayam itu. terasa sahaja, bilamana kami berpeluang ke sana lagi, ingin sahaja ku donatekan pakaian yang banyak yang anak2 ku tidak memerlukan lagi...
Thursday, April 3, 2008
mood swing...
Hidup kita ini umpama roda.. adakalanya dia atas, ada kalanya di bawah. resam kehidupan ada suka duka.
Berbual dengan seorang kawan melalui YM, i feel like crying. Sekian tak mendapat khabar berita, berita yang ku terima memang membuatkan aku sedikit emosi. Umpama yang selalu kita baca dia ruang Di Celah2 kehidupan dalam akhbar Pancaindera sisipan Mingguan Malaysia setiap minggu. Di colum itu seringkali menceritakan perihal hal rumahtangga. Colum itu memang manjadi kegemaranku dari zaman ku budak2 lagi. sehingga sekarang walaupun tak membeli akhbar, tetapi menerusi utusan online setiap Ahad, pasti akan membaca colum tersebut.
Berbalik kepada kisah kawanku, aduhai.. kisahnya seperti yang kita baca di ruangan itu.. betapa tabahnya dia mengharungi suka duka kehidupan rumahtangga. Dengan anak2 yang kian membesar. kepayahan nya jerit perit mencari rezeki akibat pengabaian rumahtangga oleh seorang bergelar suami. Sedih aku mendengarnya. Dia yang menghadapi apatah lagi. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Ku berharap dia tabah menghadapi ujian ini.
hari ni mood swing... tak dapat nak posting apa.. hatiku rasa sedih.. Juga dengan komitmen lain yang ada.. semoga esok dapat posting macam biasa.. idea ada, cuma tak dapat nak tumpu kepada penulisan.
TQ...

Tuesday, April 1, 2008
Penawar kepenatan
salam sejahtera pembaca budiman...
Menjadi seorang surirumah sepenuh masa seperti aku dengan beban kerja2 rumah yang tiada habisnya memang memenatkan. jadual harianku memang padat. Bangun pagi seawal jam 6 pagi.. kadang2 awal lagi. Selalunya alarm mesti pukul 5.30pagi, tapi seringkali rasa nak bermalas2 di katil sehingga membawa jam 6 pagi. Kalau lewat dari itu terjaga dari tidur, pasti aku akan melompat dari katil.
Selalunya bangun pagi, selepas subuh, pasti aku akan terus ke dapur membuat sarapan pagi sekali dengan menyediakan bekalan suamiku. Anak2 juga biasanya mesti akan bangun juga. Dia orang tu mana pernah bangun lewat hatta tidur lewat malam sebelumnya. Geram juga aku... tapi apa nak buat kalau dah rutinnya begitu. jam 6.45 pagi suami bersarapan. aku melayan anak2 sekali bersarapan dan pukul 7pagi suami pergi kerja. Selepas bye2 di muka pintu, biasanya suamiku akan mencium anak2 termasuk mamanya sekali, aku akan mula bersarapan dan melakukan tugas harian. Namun komputer memang tidak dapat dipisahkan dari rutin harianku. Sambil2 membuat kerja rumah aku online. Kadang2 ada kawan2 menyapa. Sembang sekejap. sambil bersembang aku menyapu rumah, mengemop lantai. seawal pagi akan masukkan kain baju kotor di dalam washer.. Sambil2 anak2 tengok tv, kadang2 sambil online aku memantau Ain belajar. Pukul 9 pagi biasanya mandikan budak2, kemudian bagi si kecil tidur.. mengemas lagi tiada hentinya.
kemudian menjelang tengahari ke dapur pula. masaklah apa2 untuk lunch sekali dinner. sambil masak, memang kadang2 menguji kesabaran sebab anak2 menempek kat dapur nak makan itu ini.. sabar jerlah. Selepas lunch bdk2 pukul 2 petang mesti wajib suka atau tidak mesti tidur. Masa inilah aku mengambil kesempatan untuk diri sendiri. seringkali masa ni ku ambil untuk duduk di shower berlama2an walaupun kadang2 pagi sudah mandi.. kemudian masa ni lah juga duduk blogging.. kadang2 idea datang awal, maka pagilah aku blogging.
Pukul 4 petang, dah ready for tea time. Mulalah ke dapur semula untuk buat tea sekali light snack untuk kami minum petang. Suami balik, duduk berbual sambil minum di meja. Anak2 biasanya sudah bangun time2 begini. Riuh rendah lah juga rumah ni dengan bdk2 bermain.
rehat sekejap, menjelang pukul 6 bagi anak2 dinner. kadang2 lewat sikit bila keluar bawak bdk2 main ke playground . kemudia, lepas bdk2 makan, aku dan suami pula dinner. kemudian biasanya maghrib dulu, baru mengemas dapur, memasuh pinggan segala.. Malam jam 8 dapur close, aku melepak di sofa. penat wehhhh......... tidurkan si kecil, then kul 9 paksa rela anak2 yg toddler lak tidur.. then melepaklah aku. tu belum lagi episod nak iron baju, nak lipat kain segala... memang penat.... itulah rutin harianku.. entah2 kawan2 baca pun dah penat! hihi...
so, baru2 ini dapat forward email tentang penawar kepenatan... Aduhai... bagusnya info ni... so aku ingin berkongsi dengan semua.
Penawar Kepenatan, amalkan...
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w . kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca
'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali)
'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.
Insyaallah, aku juga mahu mengamalkannya. selama ini kalau penat terus terbongkang sahaja. Ibu2 yang bekerja mungkin lebih penat juga sementelahan balik kerja nak nguruskan rumah tangga pulak. marilah kita amalkan... selain menjadi penawar dapat juga menambah pahala menyebut kalimah2 suci itu..
wasalam... sekian...

Subscribe to:
Posts (Atom)