Pages


Tuesday, November 2, 2010

Sekadar luahan rasa hati...

Hari ni entah tak semena2 terasa sedih pulak.. Tak tau kenapa tapi terbayang2 status FB seorang kawan tu.. Meh sini nk paste status dia..


TRUE friend doesn’t care when you’re broke, being a witch, what you weigh, 
if your house is a mess, what you drive, about your past, or if your 
family is filled with crazy people. They love you for who you are. 
Re-post if you have at least one true friend. You know who you are! ♥


Hakikatnya tak ramai bertuah mempunyai seorang sahabat seperti itu. Banyak antara kawan2 kita kesah dengan apa kekurangan kita. Mungkin kesah dengan kehidupan harian kita, mungkin kesah dengan apa yang kita ada, kesah dengan apa kita beli, kesah dengan keadaan rumah kita mungkin sepah, mungkin tak cantik hiasan macam rumah dia, mungkin jugak sebab laman kita tak berkemas atau kosong tak bertanam bunga bagai... 

Sedih jugak mengenangkan ada kawan yang serupa macam ni. Tapi tulah manusia macam2 ragam kan. jadik cara paling baik untuk kita adalah muhasabah diri.. Mungkin kita jugak kesah dengan kehidupan orang lain.. So, peringatan untuk diri sendiri, Jadilah diri sendiri. Jangan lah kerana kesah dengan cakap2 orang maka kita buat jugak apa yang kita tak suka. Jaga mulut kita dari berbicara yang melampaui batas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang. Ingatlah pepatah melayu ada mengatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Oleh itu, janganlah kita bakal kehilangan seorang sahabat hanya kerana mulut yang tak de insurans sedap2 jer kata macam2 sampai orang kecik hati pulak...

Tuan rumah : kadang2 kecik hati jugak dengan kawan2, tapi selalu pandang ke depan. Kejap jer hangin satu badan bila tersinggung dengan ckp2 orang, pastu kita maafkan lah orang tu.. cepat sejuk tuan rumah ni... :D


No comments:

Related Posts with Thumbnails