Pages

Sunday, November 14, 2010

chocolate cake lembab

Sukanya hati bila google2 resepi jumpa resepi kek coklat version ni. Sebijik macam resepi Along aku bagi dulu. cuma dulu resepinya mana tah letak, pastu hilang, pastu tak tau dh sukatannya camne.. Alih2 jumpa balik kt internet.. tgk bahan sama mcm Along punya resepi...

so buatlah resepi ni hari tu.. licin.. anak2 suka, suami suka... happynya..



Ni lah resepinya.. :

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk
so pas ni kalau nak buat kek coklat, tak yah susah2 google resepi lagi. tapi on that day masa nak buat kek ni, few friends kat Fb bagi jugak resepi dia org. maybe boleh cuba jugak nnt resepi tu.. :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails