Tuesday, November 30, 2010
AsBjB...
pagi ni dalam pada membelek FB, tertengok pulak gambar kawan2 ASBJB.. aduhai.. kenangan lama mengimbas pula.. Kawan tu dh lain skrg.. I mean dr segi fugure dah kembang sana sini.. :D, tapi kalau buatnya terjumpa, insyaallah leh kenal kut.. fizikal mungkin berubah, tapi rupa masih sama... heheh..dan secara tak sengaja termengimbau kenangan lalu..
1988, daftar masuk form one ke ASBJB... Tinggal mak abah adik beradik kt Felda. Sukanya hati, tak sedih pun. Agaknya sbb nak sgt duduk asrama, sampai mak abah kita yang sebak nk tinggalkan kat asrama, muka tuan rumah bersahaja jer... Jauh jugak dr Triang ke Johor Bahru, tapi sbb peluang tak dapat banyak kali org kata, jadik grab mana yg ada.. heheh.. Dan di situlah bermulanya kisah suka duka kehidupan di asrama sampailah penhujung form 5.. lima tahun lama jugak .. banyak kenangan pahit manis.. Dan umur menginjak senja ni, rasanya yg pahit dulu semua dh tukar jadik manis.. ** sudah tukar ker?? hahhaa.. nak kata sathia @ ravi dalam pi mau pi mai tang tu.**
Teringat kisah2 lama buat jahat.. hehhe.. jadik kacang hantu, jadik senior buli junior, pastu kisah2 belakang tabir.. admire sana sini, adik angkat sana sini.. terima surat2 'biru' ... spot check, kena denda, persembahan akhir tahun, pesta suka dan kebudayaan, semuanya terpahat dalam ingatan... Juga tatkala rotan pengurus asrama En Yahya Lim singgah di tangan.. tatkala 'kantoi' surat2 'biru' di tangan pengurus asrama.. semuanya sekarang menjadi kenangan abadi... Yang pastinya tuan rumah tersenyum sendiri mengenangkan zaman meniti kehidupan remaja yang pastinya jauh dari keluarga tapi masih mempunyai batas2 tatasusila...
Hari ini, mostly kawan2 rapat ada di FB.. masih bertanya khabar, ada yang masih berjumpa. setiap tahun ada sahaja bertemu... yang tak bertemu, tapi ada di FB, masih bertanya khabar. pengirim surat 'biru' memang tak de berjumpa, tapi masih ada khabar berita lewat dari FB..:D.. kalau tak ber friendlist dengannya tapi dengan salah seorang ahli keluarganya.. Kita melihat dari jauh kebahagian kawan2 dan berbahagialah dengan kehidupan pada hari ini..
sesungguhnya kenangan kita pengalaman bersama.. sentiasa abadi dalam lipatan sejarah kehidupan.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment