Pages

Sunday, November 14, 2010

Homemade mee kuning..



sebelum tu nk clarified di sini ler.. resepi ni bukan aku punya.. malas most resepi bukan aku punya.. cuma resepi2 di sini telah di cuba dan ternyata berjaya.. dan kdg2 mengalami sedikit modified sana sini.. huhu... so ni resepi copy paste dr blog2 lain jugak.. dan aku ada ubah sikit2.. hehehe.. tapi masih menjadik jugak.. 


Bahan2nya:


350g tepung high protein ( kdg2 aku guna 400gm tepung).. masih ok.. cuma tambahlah nnt airnya .. :D
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur 
1 sudu kecil air abu ( alkaline water, tak de boleh ganti  susu kecil air kapur)
100 ml air ( kdg2 ada penambahan air bergantung kepada quality tepung.. jadik sebarag penambahan dalam  sudu besar sekali tambah)
sedikit pewarna kuning 
1 sudu kecil garam (paras rata) 
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya 
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat: 

-Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya 
-Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam 
kemudian kacau sebati 
-Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung. 
-Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental 
-Bahagi doh kpd 4 bahagian 
-Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, 
bermula no 1 ) .. 
-Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg 
makin berkurangan 
-Pilih ketebalan yg dikehendaki (aku guna no 7 mesin pasta aku ada sampai no 9.. kena ikut mesin measing lah yer.. pepandai lah agak. :D), gelek utk kali terakhir di sini 
-Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara 
satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee 
-Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi 
-Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air 
tersebut 
-Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali 
gus, celur sket2 mee tu) 
-Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak 
-Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

-Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

No comments:

Related Posts with Thumbnails