Pages


Thursday, November 4, 2010

chicken chop... :)


homemade sos lada hitam
coleslaw
chicken breast yang dh marinate duk dalam kuali... :D
french fries tgh goreng... :D
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )- btw, tuan rumah beli boneless breast chicken... huhu...
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)- tuan rumah pakai kiub pati ayam maggi.. ambik sikit jer.. tak sampai satu sudu pun.. :D
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. 
Pas siap tu, tuan rumah masuk dlm oven kejap yg dh di reheat sblm tu.. bagi sentiasa panas sementara nk siapkan setting pinggan n meja.. :D
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan  sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
ni lah hasilnya chicken chop tuan rumah.. :D
Mula2 nak buat ni terasa macam susah sgt... Sbb mcm byk benda nk kena buat. Yes! mmg renyah sikit kerjanya... nak buat sos, nk perap ayam, nk buat side dish mcm coleslaw, ngan nak goreng french fries lagi, kalau ada terlebih rajin nak buat salad lah, mashes potatoes lah... Tapi sebenarnya buat nya mudah aje... :D.. hendak seribu daya, tak hendak buat, pilih jer makan kt kedai.. :))
Ada banyak version resepi hasil browsing tuan rumah masa nak buat chicken chop ni.. Kebanyakan resepi style goreng breaded chicken chop which ois tak berapa digemari oleh tuan rumah ngan cik abang tu. tapi untuk bdk2 sesuai kut. next time kalau buat , kena buat dua version. version goreng breaded tuk anak2, yg version grill ni untuk tuan rumah ngan cik abang... :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails