Pages


Sunday, November 14, 2010

Homemade Kuey Teow

Ni also bukan resepi aku.. ambik kt my resepi... ihsan umi_e kat my resepi yang murah hati letak resepi dia...
http://www.myresipi.com/top/detail/917

ni lah rupanya kuey teow version aku buat mengikut resepi umi_e ni.. :)..


ni lak yg dh siap digoreng.. walaupun tk cukup bahan, tapi sedia dinikmati.. dh licin dah pun atas meja tu.. :P

Bahan-bahan ( satu kilo )

  • 350 tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1 biji putih telor
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air untuk merebus
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Kteow-bahan
     Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
  2. Kteow-letak_minyak
     Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
  3. Kteow-masuk_dlm_mesin_pasta
     Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
  4. Kteow-spin_nipis
     Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
  5. Kteow-taburtepung
     Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
  6. Kteow-potong
     Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
  7. Kteow-jgn_melekat
     Terus memotong sehingga adunan habis
  8. Kteow-rebus
     Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
  9. Kteow-timbul
     Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
  10. Kteow-tos-minyak
     Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
  11. Kteow-sejukkan
     Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan
ni betul2 copy paste dr my resepi. tujuannya bukan apa, kdg2 my resepi tak leh masuk.. so kita kena simpan kt blog ni supaya leh rujuk lain kali.. hehehhe...


2 comments:

comey_lote said...

teringinnya nak buat mi/kuey tiaw sendiri... tapi tak de courage nak keluarkan mesin pasta tu....huk huk huk
tabik spring aaa kat ko yana

... said...

hihi.. buat lah.. aku sbb excited dpt pasta maker baru ni. tu yg rasa nak tido ngan pasta jer.. hahahaha

Related Posts with Thumbnails