Pages


Tuesday, March 25, 2008

wanita sebagai ibu

Kita menggelar insan yang melahirkan itu macam2... ada yang pangil ibu, emak, ummi, mama, mummy, mom... dan macam2 lagi...

Aku pulak, anak2 panggil mama... Saat pertama mendengar anak memanggil mama, masa tu terasa syahdu menitis air mataku... Tak sangka, panggilan itu kedengaran jugak di cuping telinga setelah hampir 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Tempoh sembilan bulan pregnant tu, terasa terngiang2 ada yang memanggil mama... Tapi tak syoklah kalau suami panggil mama... tak leh terimalah aku punya telinga ni... tak tau kenapa... rasa tak special jer suami kita panggil kita mama...

Untuk insan yang melahirkan aku, aku panggil Emak... aduhai, di saat ini aku rindukan emak aku.. apalah Emak aku buat yer? Dah makan ker dia... teringat dulu, setiap kali aku balik bercuti dari asrama, mak mesti masak sedap2.. nak balik asrama, penuh beg mak bekalkan dengan rendang bagai... sedapnyalah... makanlah mana2 rendang tempat lain yang terkenal sedapnya hatta chef Wan masak sekalipun, mesti aku kata mak aku buat lagi sedap. Yelah, kita dah membesar dengan air tangan dia dari sebesar dua jari tapak kaki sampai besar panjang dah lebih suku abad dah.. tentunya dah sebati dalam diri kita.

tu belum masuk episod mak aku jeling2 bila g jalan rumah orang. janganlah buat hal rumah orang macam tumpahkan air ker, bising ker, usik2 barang orang ker, mak aku siap bagi jelingan. Siaplah nanti.. belum sampai rumah dah kena cubit. tapi cubitan mak jarang berbekas. kalau berbekas pun, mak akan cepat2 sapukan minyak angin... aduhai syahdunya...

sebagai ibu, last 3 days, aku mencubit Ain... geramnya aku dengan kerenah dia tak nak tidur siang, refuse to eat, main air di bathroom sampai basah floor... sudahnya dia ku hadiahkan satu cubitan... menangis dia beria taanpa suara... anak daraku itu kalau menangis memang tak pernah terpekik terlolong...

Dan kesudahannya aku menyesal tak sudah... petang hendak mandi, ku lihat berbekas cubitanku di pehanya... merah yang pastinya menjelang ahri ini makin membiru... ku ambik vick, ku sapu di pehanya. padanya ku katakan sorry because i hurt her so much... dia tak semena2 menangis... sedihnya hatiku...

itulah dia aku sebagai ibu... aku akui, aku garang, tegas dengan anak2... tapi aku selalu memberikan mereka reward jika mereka buat perkara yang baik... Ibu mana yang tak sayang pada anak2... Aku amat sayang pada anak2ku... Ain zuhayra, faris Amsyar dan fadhlin Afzal... permata hati mama.................

4 comments:

Unknown said...

It's very high expectation and responsible as a mum...
Bagi ibu yg berkerja like me... kena extra effort lagi.. Just imagine keluar rumah pkl 8.00 - hantar anak2 to nursey... Pkl 7.00 petang baru boleh nampak muka balik...
I wanna be a good mum too... How to spend my sweet time more with them?

... said...

kak, mmg hard utk mama yang berkerjaya. Si sbbkan saya tak pernah bekerja sejak ada anak, so really hard sikit to share apa yang saya tau..

tapi spend quality time is better utk ibu2 bekerja. misalnya:
1. setiap weekend mesti wajib buat family day.

2. mlm mesti spend time read a book atau apa sahaja sblm anak2 tidur.

3. ni contoh my hubby selalu buat.. sbb bz kerja dan kerja, balik kerja dia mesti main dgn anak walaupun 10 minit... biarlah bdk2 tu naik atas belakang atau apa sahaja yang dia nak... walaupun penat...percayalah, anak2 mesti akan tertunggu2 papa dia org kalau lambat ker semata nak main dengan papa... maybe tu bagi mereka really sweet time to spend with their papa.. also boleh gak adaptasi bagi ibu2 bekerja.

4. kalau boleh hari2 suaplah dia org makan... feel di sebalik tu kan, mmg ada...

saya tak pandai sgt nk bagi tips sbb saya tak kerja... tapi kerja2 rumah yg melambak ni kan, boleh stress jugak... hahha

hopefully bergunalah tips ni... TQ.

eyzlyn said...

garangnya.. takutlah saya... :)

... said...

wa memang garang la lyn.. cuba jugak control tu, tapi tak leh... maybe tu cara aku kut... banyak back to cara mak pak dulu2... tapi adalah diplomasinya...hihi

Related Posts with Thumbnails