Pages


Monday, November 22, 2010

CheeSe CaKe... dan our wedding anniversary :)


cheesecake yang lum make up.. :)


  cheesecake dh make up.. comot.. masih lum pass lagi bab2 buat topping ni.. huhu


yang dh sedia dipotong ngan tinggal nak ngap jer.. :P

Ni first time aku buat cheesecake sebenarnya yang jenis baked punya. dulu pernah dua kali buat unbaked cheesecake. sebenarnya dulu buat tak success sgt.. setakat tekak menerima, ada rasa jer.. :P  Dan rasanya aku rasa kali ni success kut.. hahaha.. angkat bakul lak tuan rumah.. :P 


So kali ni buat lagi sempena our 11th wedding anniversary... Hmm.. dah lebih sedekad.. Alhamdulillah atas kebahagian ini.. Semoga ikatan tetap abadi.. Insyaallah...

sedikit petikan copy paste status FB pada hari berkenaan.. :)
dengan ucapan terima kasih kawan2 atas doa2 kalian.. semoga kami bersama hingga akhir hayat.. amin..


  • Kami berdua banyak perbezaan dr pelbagai aspek, tapi kami percaya kami saling melengkapi antara satu sama lain... Happy 11th anniversary to us. semoga terus melengkapi hingga akhir hayat... insyaallah... Syukur Alhamdulillah dalam kehidupan ini. Suka dan duka sama2 kami harungi... Semoga ikatan ini diberkati.
    Saturday at 5:23am ·  ·  · 

      • Rosnani Binti Paiman semoga cinta n kasih sayang kalian terus bertambah!
        Saturday at 5:25am ·  ·  1 person

      • Laily Hamzah alhamdulillah...congrats & happy anniversary to both of u..:)
        Saturday at 5:30am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi tq all... :)
        Saturday at 5:33am · 

      • Sandal Leha kak yana ... happy anniversary juga ... yang BEZA tu ler yang MENARIK ... kalau sama jer ... sure dah lama kena tolak ... :)

        hukum magnet ... jangan lupa tu ... :p

        Saturday at 5:38am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi hehhe.. yer.. magnet.. tetiba teringat sains darjah 4 lak.. hihi
        Saturday at 5:46am · 

      • Noranida Zainal Congratulationssss darling
        Saturday at 5:50am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi tq kak noi.. :)
        Saturday at 5:55am · 

      • Azie Ariffen Happy Anniversary.... semoga bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah...
        Saturday at 6:06am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi terima kasih azie.. :)
        Saturday at 6:07am · 

      • Norshakirah Abdul Razak Happy Anniversary Yana....
        Saturday at 6:07am ·  ·  1 person

      • Haliza Hamid Alhamdulillah...tahniah to both of u, Happy 11th Anniversary . Semoga masjid yg dibina kekal bahagia ke akhir hayat, sentiasa berada di bawah payungNYA sentiasa..amin.
        Saturday at 6:29am ·  ·  1 person

      • Soraya Harfy Alhamdullilah Yonot..amin to tht
        Saturday at 6:51am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi tq all.. hope many2 yrs will comes... :)
        Saturday at 6:57am · 

      • AirTangan Isteri happy anniversary to u darling......
        Saturday at 7:07am ·  ·  1 person

      • Faridah Mohammad Tahniah yana..semoga jodoh yana suami isteri sampai ke penghujung hidup .
        Saturday at 7:11am ·  ·  1 person

      • Nor Shahniza Kamal Bashah Amin..semoga berkekalan ke hujung nyawa..happy annivessary yonot! :)
        Saturday at 8:22am ·  ·  1 person

      • Anne d'Eldest happy anniversary 2 u my dear...
        Saturday at 8:36am ·  ·  1 person

      • Yati Samad-Fadzil Happy anniversary Yana.
        Saturday at 8:43am ·  ·  1 person

      • Siti Rohani Adam congrat yana..semoga kalian berdua bahagia selamanye...
        Saturday at 9:32am ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi terima kasih atas doa2 kawan2 sekelian... saya terharu.. :)
        Saturday at 9:38am · 

      • Edleen Mf tahniah!!! :)
        Saturday at 10:34am ·  ·  1 person

      • Gie Yusoff ‎:: heppi eniverseri to both of u !!
        smg future life together-gether akn ber+ berseri-seri !!

        Saturday at 10:41am ·  ·  1 person

      • Ellie Shelina Shahrani-Hisham hepi anniversary sis....moga kekaL bahagia dunia dan akhirat..
        Saturday at 11:24am ·  ·  1 person

      • Ann Zanariah semoga bahagia selalu!!
        Saturday at 11:38am ·  ·  1 person

      • Juliana Abdul Rahman heppy anniversary kak yana...semoga kebahagiaan berpanjangan...
        Saturday at 12:17pm ·  ·  1 person

      • Azlina Deqna happy anniversary Angah n Razi...... semoga brbahagia selalu......
        Saturday at 1:39pm ·  ·  1 person

      • Dzawiah Hitam Semuga kebahagiaan terus kekal selamanya,Selamat ulangtahun perkahwinan
        Saturday at 1:39pm ·  ·  1 person

      • Amelia Abu Bakar Happy Anniversary Yonot.....semoga bahagia hingga ke akhir hayat....insyallah.....
        Saturday at 1:54pm ·  ·  1 person

      • Mylah Mahmood alhamdulillah....moga sentiasa dirahmati Allah
        Saturday at 2:42pm ·  ·  1 person

      • YaNa RaZi terima kasih semua... :)... kami baru jer balik dr picnic. :D
        Saturday at 2:45pm · 

      • Nora Halim Tahniah!!!! Semoga jodoh kalian berkekalan & berpanjangan ke akhir hayat. Insyaallah!
        Saturday at 9:41pm · 

      • Bie Sweet happy anniversary
        Yesterday at 3:42am · 


  • Dan ni juga resepi cheesecake yang dapat dr myresepi.. terima kasih lah tuan punya resepi, semoga anda dirahmati Allah kerana share resepi ini... :). untuk pengetahuan semua, aku buat resepi ni, aku doublekan resepinya... sbb acuan bulat kat rumah ni besar.. kalau ikut resepi ni sebijik2, maunya cheesecake tu jadik nipis jer.. :)

  • bahan2nya 
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Untuk based cheesecake:

250gm biskut oreo.. dalam dua paket kecik jer.. pastu hancurkan dalam blender kering.
sedikit butter, dan sesudu besar gula..

mixed semua, pastu masukkan dalam loyang pastu tekan2 bagi padat...

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dh sedia ada based biskut tadi dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Untuk topping lak.. 

1 cup semi sweet chocolate chip/ milk chocolate.
1/4 cup butter
100ml susu cair.

cara: panaskan secara double boiler.. masak sampai chocolate cair.. pastu sejukkan..

pastu hias lah pada kek.. :)

pastu aku mixed sikit butter, sikit confectioner sugar ngan 150gm cream cheese tuk buat hiasan lain.. paipkan jer lah ikut kesukaan bentuk apa pun.. :D

sekian.. selamat mencuba.. :)

Sunday, November 14, 2010

carrot cake

I tasted so many times Raz Zeera Gee's carrot cake ( she's my friend here in KSA)... Yummy.. n lama2 falling in love with the cake.. hahaha... But, only tuan rumah jer lah suka sgt carrot cake, but not the kids.. husband so-so aje.. :(.. tapi once a while boleh jugak buat cake ni.. suka2.. dan makan pun lama2 abis jugak... selalunya buat mesti bagi sikit kat kawan atau jiran.. kalau tak, lama jugak nak abiskan duk dlm fridge tu... but for carrot cake lover, u can try this recipe.. worth try i guess.. :D


messy topping.. hahaha.. tak reti buat lah topping2 ni. still learning.. :P

dah cut, ngan ready to ngap! :D
For cake:
1 1/2 cups vege oil (sunflower or mazola)
2 cups white sugar (i only use 1 3/4 cups )
4 eggs
2 cups all purpose flour
2 tsps baking soda
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tsp ground cinnamon
3 cups grated carrots
8oz crushed pineapple (Secret is with the juice)- because i dont have pineapple juice at that time, i ganti ngan orange juice... :D still sedap lah.. hihi
3/4 cup chopped pecan/walnut.. also ganti with chopped hazelnut.. yes! still tasted good.. :D
1 1/2 tsps vanila extract

For topping:
Confect sugar to taste
8 ox cream cheese (Phila or Kiri)
1/2 cup butter, softened
1 1/4 tsps vanilla extract
 zest of 1 lemon :)

Steps:
Beat vege oil, sugar. Add on eggs each at a time.
Add on powdered stuff bit by bit.
Mix well then add carrots, chopped pecan/walnut and crushed pineapple.
Bake at 375f about 1 hour or until till cook...depends on the oven actually.

For cream cheese: add all and whip...spread on cool cake :)

chocolate cake lembab

Sukanya hati bila google2 resepi jumpa resepi kek coklat version ni. Sebijik macam resepi Along aku bagi dulu. cuma dulu resepinya mana tah letak, pastu hilang, pastu tak tau dh sukatannya camne.. Alih2 jumpa balik kt internet.. tgk bahan sama mcm Along punya resepi...

so buatlah resepi ni hari tu.. licin.. anak2 suka, suami suka... happynya..



Ni lah resepinya.. :

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk
so pas ni kalau nak buat kek coklat, tak yah susah2 google resepi lagi. tapi on that day masa nak buat kek ni, few friends kat Fb bagi jugak resepi dia org. maybe boleh cuba jugak nnt resepi tu.. :)

Homemade Kuey Teow

Ni also bukan resepi aku.. ambik kt my resepi... ihsan umi_e kat my resepi yang murah hati letak resepi dia...
http://www.myresipi.com/top/detail/917

ni lah rupanya kuey teow version aku buat mengikut resepi umi_e ni.. :)..


ni lak yg dh siap digoreng.. walaupun tk cukup bahan, tapi sedia dinikmati.. dh licin dah pun atas meja tu.. :P

Bahan-bahan ( satu kilo )

  • 350 tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1 biji putih telor
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air untuk merebus
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Kteow-bahan
     Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
  2. Kteow-letak_minyak
     Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
  3. Kteow-masuk_dlm_mesin_pasta
     Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
  4. Kteow-spin_nipis
     Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
  5. Kteow-taburtepung
     Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
  6. Kteow-potong
     Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
  7. Kteow-jgn_melekat
     Terus memotong sehingga adunan habis
  8. Kteow-rebus
     Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
  9. Kteow-timbul
     Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
  10. Kteow-tos-minyak
     Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
  11. Kteow-sejukkan
     Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan
ni betul2 copy paste dr my resepi. tujuannya bukan apa, kdg2 my resepi tak leh masuk.. so kita kena simpan kt blog ni supaya leh rujuk lain kali.. hehehhe...


Homemade mee kuning..



sebelum tu nk clarified di sini ler.. resepi ni bukan aku punya.. malas most resepi bukan aku punya.. cuma resepi2 di sini telah di cuba dan ternyata berjaya.. dan kdg2 mengalami sedikit modified sana sini.. huhu... so ni resepi copy paste dr blog2 lain jugak.. dan aku ada ubah sikit2.. hehehe.. tapi masih menjadik jugak.. 


Bahan2nya:


350g tepung high protein ( kdg2 aku guna 400gm tepung).. masih ok.. cuma tambahlah nnt airnya .. :D
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur 
1 sudu kecil air abu ( alkaline water, tak de boleh ganti  susu kecil air kapur)
100 ml air ( kdg2 ada penambahan air bergantung kepada quality tepung.. jadik sebarag penambahan dalam  sudu besar sekali tambah)
sedikit pewarna kuning 
1 sudu kecil garam (paras rata) 
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya 
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat: 

-Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya 
-Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam 
kemudian kacau sebati 
-Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung. 
-Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental 
-Bahagi doh kpd 4 bahagian 
-Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, 
bermula no 1 ) .. 
-Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg 
makin berkurangan 
-Pilih ketebalan yg dikehendaki (aku guna no 7 mesin pasta aku ada sampai no 9.. kena ikut mesin measing lah yer.. pepandai lah agak. :D), gelek utk kali terakhir di sini 
-Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara 
satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee 
-Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi 
-Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air 
tersebut 
-Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali 
gus, celur sket2 mee tu) 
-Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak 
-Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

-Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

Thursday, November 4, 2010

chicken chop... :)


homemade sos lada hitam
coleslaw
chicken breast yang dh marinate duk dalam kuali... :D
french fries tgh goreng... :D
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )- btw, tuan rumah beli boneless breast chicken... huhu...
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)- tuan rumah pakai kiub pati ayam maggi.. ambik sikit jer.. tak sampai satu sudu pun.. :D
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. 
Pas siap tu, tuan rumah masuk dlm oven kejap yg dh di reheat sblm tu.. bagi sentiasa panas sementara nk siapkan setting pinggan n meja.. :D
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan  sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
ni lah hasilnya chicken chop tuan rumah.. :D
Mula2 nak buat ni terasa macam susah sgt... Sbb mcm byk benda nk kena buat. Yes! mmg renyah sikit kerjanya... nak buat sos, nk perap ayam, nk buat side dish mcm coleslaw, ngan nak goreng french fries lagi, kalau ada terlebih rajin nak buat salad lah, mashes potatoes lah... Tapi sebenarnya buat nya mudah aje... :D.. hendak seribu daya, tak hendak buat, pilih jer makan kt kedai.. :))
Ada banyak version resepi hasil browsing tuan rumah masa nak buat chicken chop ni.. Kebanyakan resepi style goreng breaded chicken chop which ois tak berapa digemari oleh tuan rumah ngan cik abang tu. tapi untuk bdk2 sesuai kut. next time kalau buat , kena buat dua version. version goreng breaded tuk anak2, yg version grill ni untuk tuan rumah ngan cik abang... :)

Tuesday, November 2, 2010

Sekadar luahan rasa hati...

Hari ni entah tak semena2 terasa sedih pulak.. Tak tau kenapa tapi terbayang2 status FB seorang kawan tu.. Meh sini nk paste status dia..


TRUE friend doesn’t care when you’re broke, being a witch, what you weigh, 
if your house is a mess, what you drive, about your past, or if your 
family is filled with crazy people. They love you for who you are. 
Re-post if you have at least one true friend. You know who you are! ♥


Hakikatnya tak ramai bertuah mempunyai seorang sahabat seperti itu. Banyak antara kawan2 kita kesah dengan apa kekurangan kita. Mungkin kesah dengan kehidupan harian kita, mungkin kesah dengan apa yang kita ada, kesah dengan apa kita beli, kesah dengan keadaan rumah kita mungkin sepah, mungkin tak cantik hiasan macam rumah dia, mungkin jugak sebab laman kita tak berkemas atau kosong tak bertanam bunga bagai... 

Sedih jugak mengenangkan ada kawan yang serupa macam ni. Tapi tulah manusia macam2 ragam kan. jadik cara paling baik untuk kita adalah muhasabah diri.. Mungkin kita jugak kesah dengan kehidupan orang lain.. So, peringatan untuk diri sendiri, Jadilah diri sendiri. Jangan lah kerana kesah dengan cakap2 orang maka kita buat jugak apa yang kita tak suka. Jaga mulut kita dari berbicara yang melampaui batas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang. Ingatlah pepatah melayu ada mengatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Oleh itu, janganlah kita bakal kehilangan seorang sahabat hanya kerana mulut yang tak de insurans sedap2 jer kata macam2 sampai orang kecik hati pulak...

Tuan rumah : kadang2 kecik hati jugak dengan kawan2, tapi selalu pandang ke depan. Kejap jer hangin satu badan bila tersinggung dengan ckp2 orang, pastu kita maafkan lah orang tu.. cepat sejuk tuan rumah ni... :D


Related Posts with Thumbnails