Sering aku tertanya
Kehadiranmu untuk siapa
Mahu menguji sekali lagi
Kekuatan atau kesungguhan
Jiwa yang berkongsi rasa
Hati yang menumpang kasih
Rindu yang mengharap tuah...
Jika tuah merasa berkasih denganmu,
Aku bukan sahaja bertuah
Jika bangga ini aku besarkan
Aku terasa ujian kesabaran
menduga lena dahulu....
Ku hitung kesetiaan
Ku ukur penerimaan
Ku sukat sayang
Dalam neraca keadilan cinta...
Aku takut sudahnya
Aku sangsi pada keputusan
walaupun penjelmaan ini sudah nyata...
Andai aku sisihkannya
Aku akan terus menangisi
dek kecuaian, meratapi penyesalan...
Lalu, ku gadaikan nyawa
dan harapan pada ketidakpastian
Aku pegang prasetiamu
kerana percaya dan mengerti
Hasratmu dan permintaanku
satu dan bersatu...
No comments:
Post a Comment