Pages


Saturday, July 25, 2009

Kisah seorang 'kamu'...

Tatkala membelek sebuah fail lama, dia terjumpa sebuah nota yang panjang. lalu diambilnya dan dibacanya.. oh, menarik juga fikirnya ... Nota itu ditulis oleh 'kamu' yang pada pandangan dia adalah lahir dari isi hati 'kamu' yang sangat tulus..

Dia membaca bait2 kata2 nota itu.. Dia tahu nota itu ditulis sebelum 'kamu' mengenali dia... Tapi dia kepingin menghabiskan membaca nota itu. dari awal sampai habis dibacanya nota panjang itu. Mungkin boleh menjadi sebuah cerpen.. ataupun novel pendek.. mungkin...

Dari rumusan yang dia baca... dia dapat menganalisa banyak perkara... bahawa kesabaran seseorang terhadap orang lain ada hadnya... bahawa seseorang hidup berlandaskan prinsip hidup yang boleh berubah mengikut arus waktu dan keadaan pada waktu itu... Bahawa seseorang berhak menentukan arah hidupnya tapi janganlah memandang sebelah mata nasihat dan teguran orang lain...

Banyak lagi yang tersirat dalam nota itu.. yang menzahirkan perpisahan bukan bermakna hidup itu tidak bermakna.. perpisahan yang melahirkan seorang sahabat... mengikut ertikata seorang 'kamu'...

Dia membaca penuh perasaan sampai lah ke penghujung ayat yang tertulis... "catatan kisah seorang 'kamu' yang benar... kerana ianya ditulis oleh sekeping hati".... hati mana yang mampu berbohong pada tuannya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails