bila tak menepati masa:
- apa yang di rancang tak menjadi. contoh vacation, plan nak pergi satu2 tempat mungkin batal macam tu jer sbbnya masa tak cukup! kan dh frust nonggeng. elok2 dapat melawat tempat2 penting, sudahnya masa byk abis di jalanan atau kat bilik hotel sahaja. Juga mungkin menyusahkan tour guide yang kita telah bayar untuk membawa kita bersiar2... mereka yang bekerja sebagai tour guide selalunya begitu komitmen dengan masa.. bila dah delay, mulalah byk program tak dapat dibuat.. kita juga rugi dari segi masa, dan tenaga.. serta wang ringgit..
- menyusahkan pihak yang menunggu... contohnya jika kita diundang ke rumah seseorang. kita duk asyik lambat jer. kalau lambat setakat 15 min ke 30 min ok lagi. ni delaynya sampai sejam dua. kita menyusahkan tuan rumah yang mungkin menunggu kita untuk memulakan upacara makan2 misalnya. tak terfikirkah kita, bila kita lambat, tetamu tuan rumah yg lain dah balik, dan tuan rumah pun nak berkemas. bila kita datang lambat, tuan rumah terpaksa melayan kita pula... padahal tuan rumah dah penat!
- akan hilang rasa hormat orang lain terhadap kita. malah mungkin kita akan di cop.. "alah, dia tu, bukan hang tak tau, dia kan selalu lambat! tak punctual punya orang".. kata2 itu mengundang rasa tidak enak bagi diri kita sendiri bila mendengar atau mengetahui orang berkata tentang kita.. sudahnya timbul masam muka pula nanti...
pepatah melayu mengatakan masa itu emas.. perumpamaan ini bererti masa itu amat berharga seperti emas.. makin lama makin berharga. Kalau pepatah inggeris lak kata Time is money... setiap masa yang ebrlalu membuatkan kita kerugian maksud tersiratnya. sama sahaja maksud kedua2 pepatah itu.. duit juga satu yang berharga...
oleh itu aku mengingatkan diri sendiri dan sekelian pembaca untuk sentiasa menjaga ketepatan masa kita. jangan buat orang lain menunggu. Bayangkan kita berada di tempat orang yang menunggu kita, betapa seksanya satu penantian.. jadi, kita sama2 muhasabah diri... kalau tak suka jadi penunggu, tanamkan dalam diri sikap menepati amsa. Orang yang kita tunggu tu lama2 naik segan pada kita bila asyik kena tunggu jer. Lama 2 insyaallah sedikit demi sedikit akan berubah sikap.. insyaallah...
No comments:
Post a Comment