Thursday, June 26, 2008
jatuh...........
alkisahnya bukan tak pernah si fadhlin tu jatuh. selalu sangat. tapi kali ni jatuh yang sampai mencederakan. dahi dia berdarah. mmg berbekaslah tu. harap2 janganlah sampai tua ber'scar'.
budak kecik tuh tak padan yang baru nak amsuk 16 bulan punya budak. brutal abis. suka memanjat satu, suka buat2 nak jatuh. that day masa kat hotel di cape town, aku terkejut giler camne dia leh kuar sendiri from the baby cot! Masa tu aku kat toilet, tetiba anak kecik ni datang kat aku siap panggil mama lagi. Aku ingat papa dia kuarkan dari cot, rupanya lalingku pun tak sedar dia dah kuar dari cot! ( laling leka layan internet time tuh!!!!)...
esoknya aku observed jer si fadhlin, camne dia leh kuar dari baby cot. rupanya dia tu mmg akal panjang tul. dia paut tangan kat bed, then dia panjat... aduhai.. sib baik tak apa2..
Kali ni hal nak panjat sofa, tapi balancing kurang, so jatuh terjelepuk. dh lah berdarah kat dahi.. terus aku ambil minyak gamat sapu. melolong lak jugak melalak dia tuh. nasib pulak jatuh depan papa dia. kalau tak sure aku kena ceramah sivik tak pasal2... huhu...
tanzanite...
mine slightly mcm ni punya shape.... tanzanite diikat ngan white gold... memang ku bercita2 nak beli satu pasang earring sebabnya my black diamond dh hilang sebelah tak tau ke mana.. tak sangka pula cik abang nak belikan yang baru. Tq laling. patut ku yang bagi dia hadiah sempena father's day.. ni dah terbalik...
apapun ku sangat2 berterima kasih pada suami kerana hadiah yang tak disangka2 ini... seronok rasanya. Jika selepas ini ada rezeki , nak juga aku beli gemstone yang color lain pula. Sebabnya dah tengok betapa cantiknya tanzanite hati jadi jatuh cinta... sangat.........................Tuesday, June 24, 2008
menepati masa...
bila tak menepati masa:
- apa yang di rancang tak menjadi. contoh vacation, plan nak pergi satu2 tempat mungkin batal macam tu jer sbbnya masa tak cukup! kan dh frust nonggeng. elok2 dapat melawat tempat2 penting, sudahnya masa byk abis di jalanan atau kat bilik hotel sahaja. Juga mungkin menyusahkan tour guide yang kita telah bayar untuk membawa kita bersiar2... mereka yang bekerja sebagai tour guide selalunya begitu komitmen dengan masa.. bila dah delay, mulalah byk program tak dapat dibuat.. kita juga rugi dari segi masa, dan tenaga.. serta wang ringgit..
- menyusahkan pihak yang menunggu... contohnya jika kita diundang ke rumah seseorang. kita duk asyik lambat jer. kalau lambat setakat 15 min ke 30 min ok lagi. ni delaynya sampai sejam dua. kita menyusahkan tuan rumah yang mungkin menunggu kita untuk memulakan upacara makan2 misalnya. tak terfikirkah kita, bila kita lambat, tetamu tuan rumah yg lain dah balik, dan tuan rumah pun nak berkemas. bila kita datang lambat, tuan rumah terpaksa melayan kita pula... padahal tuan rumah dah penat!
- akan hilang rasa hormat orang lain terhadap kita. malah mungkin kita akan di cop.. "alah, dia tu, bukan hang tak tau, dia kan selalu lambat! tak punctual punya orang".. kata2 itu mengundang rasa tidak enak bagi diri kita sendiri bila mendengar atau mengetahui orang berkata tentang kita.. sudahnya timbul masam muka pula nanti...
pepatah melayu mengatakan masa itu emas.. perumpamaan ini bererti masa itu amat berharga seperti emas.. makin lama makin berharga. Kalau pepatah inggeris lak kata Time is money... setiap masa yang ebrlalu membuatkan kita kerugian maksud tersiratnya. sama sahaja maksud kedua2 pepatah itu.. duit juga satu yang berharga...
oleh itu aku mengingatkan diri sendiri dan sekelian pembaca untuk sentiasa menjaga ketepatan masa kita. jangan buat orang lain menunggu. Bayangkan kita berada di tempat orang yang menunggu kita, betapa seksanya satu penantian.. jadi, kita sama2 muhasabah diri... kalau tak suka jadi penunggu, tanamkan dalam diri sikap menepati amsa. Orang yang kita tunggu tu lama2 naik segan pada kita bila asyik kena tunggu jer. Lama 2 insyaallah sedikit demi sedikit akan berubah sikap.. insyaallah...
Thursday, June 5, 2008
vacation.. south africa
skrg tgh busy mengemaskan baju2, beg segalalah kelengkapan dari anak2.. sampailah bapak budaknye brg2.
so mmg takkan ada update sampai 20 jun kut... Tuan rumah kalau vacation, no online, no laptop... segalanya no hal2 yg berkaitan ngan tenet nih... apa yang tuan rumah tau, enjoy jer...
ok.. sekian.. till here. nampaknya berabuklah pasni blog tuan rumah tak update.. huhu...
terima kasih kepada pengunjung2 sekelian.. ( mcmlah ramai berkunjung.. huhu!)
Monday, June 2, 2008
Beautiful corset
hari ni setelah sekian lama tak bebel di blog sendiri nak bebel pasal corset lak.. Actually bukan nak promote pun since tuan rumah tak jual corset pun... ( adeh!!! nampak mcm promote kut karang... hahahaha)
hari sabtu lepas, g gathering rumah kawan. Tuan rumah sembang2lah dengan kawan tu. kebetulan tuan rumah dapat time sembang ngan kawan ni berdua sahaja since tetamu lain dah balik.. Tuan rumah ni memang gitu. datang paling awal, n selalunya paling lewat balik... huhu..
So, kawan tuan rumah tu katalah dia ni selalu sakit2 belakang nak2 kat tulang belikat tu. tuan rumah kata, busy sangat ngan kerja2 rumah kut... teka jer lah tuan rumah nih. dan kawan tuan rumah tu kata dia angin satu badan kut....
So, tuan rumah pun bagi taulah hal corset beautiful nih... kebaikannya yang tuan rumah dapat dari memakai corset nih. Dulu Tuan rumah lepas bersalin anak ketiga.. tuan rumah tak berurut langsung. Bukan sebab tuan rumah bersalin C-S apa ker, cumanya tuan rumah masa tu di Houston, so tak ler ada bidan nak massage tuan rumah nih. so dipendekkan citer, tuan rumah selalu sakit2 badan ... jadi setelah tuan rumah fikir, timbang dan fikir lagi masak2.. daripada tuan rumah perabis duit rembat beg tangan coach baiklah tuan rumah beli Beautiful ni jer.. Demi kesihatan tuan rumah sebab utama... dan nak gak kelihatan slim. Kalau tak perut tuan rumah ngalahkan orang pregnant 3 bulan.
Alhamdulillah, selepas memakainya hampir 3 bulan.. ( tu pun on off... adeh, tak disiplin lah tuan rumah nih!), tuan rumah tak lah sakit2 badan lagi. tapi bab kebuncitan tu masih ada saki baki.. pasni kena disiplin lah kut.. huhu...
so tuan rumah pun suggestkan kawan tu belilah beautiful corset. reganya mmglah mahal.. tapi kalau berbaloi apa salahnya... tambahan pula kawan tuan rumah ni sikit punya mampu.. so no hal lah kut nak beli corset tu. Mana tau lepas pakai corset, kawan tuan rumah lagi mengancam bodynya. Skrg pun dah ala2 anak dara... huhu...
tapi tu ler, Cik Abang tuan rumah ni bagi tau cik adik ni haaa... corset tu psiko aje... adeh!!! tak bagi komen membina langsung!
tapi tu lah orang pompuan nih, mana dapat lari dari kecantikan. then kalau badan sedap, ok, abang gak dapat layanan first class, tip top.. tak gitu! badan nak pakai lama tau... huhu