Salam Aidiladha kepada semua. Selamat menjalani ibadah korban. Tahun ni kami beraya anak beranak sahaja. Cik Abang ku dah selamat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Semoga suamiku mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.
Sepanjang suami ke tanah suci, tuan rumah akhir2 ini lebih bermonolog dalam diri. Sms dari nya selain dari menceritakan pasal buat haji, banyak juga kami berbalas text soal keluarga, soal anak2, soal hati dan perasaan. It was sweet and touching. Kadang boleh buat hati sayu, kadang boleh tersenyum simpul. Antara tuan rumah ngan cik abang jer tau apa2 yang kami saling berkongsi text sepanjang kami berjauhan ni.
Dan aku lebih menghargainya. Kadang-kadang tidak dinafikan berlaku silent mode bila mana kami seakan2 hilang mood tuk bercerita apabila seharian penat bekerja. As a housewife, penat jugak kerja tak abis-abis di rumah. Cik Abang pulak, penat kat office, pulak tu hari-hari nak commute sejam pergi dan sejam balik dari office ke rumah, which is sometimes not easy n tak de mood nak borak2.
Semoga perubahan ni, lebih menceriakan rumah tangga kami. Selama ni ceria juga tak dinafikan. Cuma sesekali communication break down, lost sana sini... blur pun iyer..
InsyaAllah, November ni juga bulan anniversary kami yang ke 12.. Ohh... sudah 12 tahun usia perkahwinan ini.. Semoga ikatan ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Ku panjatkan doa2 ini usai solat. :)
No comments:
Post a Comment