Pages


Saturday, February 4, 2012

Hari ketandusan ilham

Celik2 jer mata, pas subuh, duk termenung kat dapur memikirkan apa nak menu breakfast. Lama duk fikir end up jam pun dh almost 5.30am, jap lagi Cik Abang ku dah nak pergi kerja, nak gak minum kopi, makan sikit. Tangan pantas capai telur, capai pan, capai minyak. Akhirnya sunny side up sudah siap. Set table ngan orang juice, telur sunny side up style ( telur mata kerbau lah.. hehehe), kicap, pepper, pastu kopi ...

Hmm.. tak kan telur semata2.. terus buat roti bakar, walaupun dalam hati tau, roti ni kureng sikit selera nak makan.. tapi buat juga. Cik Abang tak makan, aku yang makan karang..

Akhirnya betul sangkaanku, hanyaa telur ngan kopi jer. Orange juice tak minum, roti bakar aku ngan Fadhlin yang makan kesudahannya.

End of story morning breakfast....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lunch- nasi goreng tuk anak2 tercinta. Dessert mango mousse.. alih2 Ain ngan Amsyar complaint, apasal rasa tak berapa nak best mango mousse ni.. Haishh.... makan jer lah anak2. Tak mau, tak yah makan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam dh kul 2pm... Dinner lum masak. Sib baik rumah ngan laundry dh kemas walaupun laundry masih on the way dalam dryer, dan dapurku belum kemas. Mana nak kemas, masak pun belum.. **sigh**

Kul 2.30pm, keluarkan tepung, santan, telur, gula.. pewarna hijau pandan... kita buat kuih bakar. Sementara menanti kuih bakar siap, kita keluarkan sotong, ikan, ayam.. Alih2 terasa nak masak sambal sotong, pindang ikan. Also steam fish + sayur2 tuk anak2. Ayam???? lum mendapat ilham...

Hmmm... kdg2 ni lah dia. Duk rumah jadi SAHM bukan duk saja. Jenuh juga perah idea nak buat hidangan seisi keluarga. 4 hidangan sehari dari breakfast. lunch, teatime, dinner.... Bukan daku merungut, tapi bila ketandusan idea ni, terasa alangkah bagusnya kalau jadik suri yang bekerja at least ada alasan tak kesempatan nak masak sbb penat kerja... so makan kat luar.

Apa pun, daku bersyukur ngan rezeki dan nikmat duduk rumah jadik SAHM walaupun hari ketandusan ilham tu tak lah selalu sangat berlaku.. ( but berlaku juga cuma kekerapannya mcm 30% jer kut.. kekekek)... Cuma tu lah, rasa sengal lah hari ini... Serious sengal. :(...

Sunday, January 29, 2012

Hati ni dalam diam mengeluh... Mengeluh bukan sebab apa, sebab macam banyak yang ketinggalan dari segi saham akhirat. Semakin membaca Al Quran dan terjemahan serta tafsirnya, semakin banyak yang tak tau. Slow2 tuan rumah baca kasi faham. Walau satu dua ayat pun, still cetek ilmu di dada. Nak hafazan tu tah bila pulak, cukuplah dulu buat masa ni slow2 baca, dan fahamkan isi2 ayat AL Quran tu.

Jauh di sudut hati, takut kalau2 aku dipanggil pulang kepada Allah, tapi apa persediaan aku tuk mengadapNya. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ni sangat lemah, dan penuh lalai dalam kehidupan dunia ini. Ampunkan lah aku Ya Allah. Bukakan lah pintu hatiku untuk mencari keredhaanMu, untuk membimbing amanah anak2 yang kau pinjamkan kepadaku, dan berikanlah kami petunjuk ke jalan yang lurus.

Sesungguhnya kita ini hamba Allah yang banyak meminta kepada Allah tanpa rasa malu sedikit pun, padahal banyak yang kita lalai dalam mentaati suruhan dan perintah Allah. Semoga Allahmengampunkan dosa2 kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Double Chocholate Bun






1 large egg plus enough water to equal 1 cup water... ( senang citer, 1 bijik telur + air, jadikkan satu cawan air...)
1/2 cup sour cream
1 tbsp butter
1 1/2 tsp salt
4 cups bread flour
1/4 cup sugar
3 tbsp coco powder
2 1/2 tsp dry yeast
1 cup chocolate chips

caranya:

campurkan bahan2 kering dgn yeast. ( 3 cup flour, salt, coco powder, sugar, yeast). tinggalkan satu cawan tepung untuk masukkan kemudian.
Mixkan bahan2 ni ... add butter. pakai speed no 2, knead sampai sebati. 
pastu masukkan sour cream.. selang seli ngan remaining tepung dan sedikit demi sedikit campuran air dan telur.

buat sampai abis. knead sampai dough tak melekat atau menganjal. last sekali masukkan chocolate chip.. knead sampai sebati. ( reminder..only use speed no 2 sahaja tuk bread).

pastu let the dough rising until double. 

pastu bila dh naik dough tu, punch dough tuk buang angin. pastu shape lah ikut suka.

pas shape, let rise lagi dalam 1/2 jam

sapukan telur atas dough yang shape tu sblm bakar.

pastu bake 350 F selama 20 minit.


*** jika ada menggunakan bread maker, lagi senang. masukkan bahan2 ikut turutan resepi.. always mix cecair dulu sebelum bahan2 kering. guna setting dough/ sweet bread.***





Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha 2011


Salam Aidiladha kepada semua. Selamat menjalani ibadah korban. Tahun ni kami beraya anak beranak sahaja. Cik Abang ku dah selamat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Semoga suamiku mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.

Sepanjang suami ke tanah suci, tuan rumah akhir2 ini lebih bermonolog dalam diri. Sms dari nya selain dari menceritakan pasal buat haji, banyak juga kami berbalas text soal keluarga, soal anak2, soal hati dan perasaan. It was sweet and touching. Kadang boleh buat hati sayu, kadang boleh tersenyum simpul. Antara tuan rumah ngan cik abang jer tau apa2 yang kami saling berkongsi text sepanjang kami berjauhan ni.

Dan aku lebih menghargainya. Kadang-kadang tidak dinafikan berlaku silent mode bila mana kami seakan2 hilang mood tuk bercerita apabila seharian penat bekerja. As a housewife, penat jugak kerja tak abis-abis di rumah. Cik Abang pulak, penat kat office, pulak tu hari-hari nak commute sejam pergi dan sejam balik dari office ke rumah, which is sometimes not easy n tak de mood nak borak2.

Semoga perubahan ni, lebih menceriakan rumah tangga kami. Selama ni ceria juga tak dinafikan. Cuma sesekali communication break down, lost sana sini... blur pun iyer..

InsyaAllah, November ni juga bulan anniversary kami yang ke 12.. Ohh... sudah 12 tahun usia perkahwinan ini.. Semoga ikatan ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Ku panjatkan doa2 ini usai solat. :)

Monday, October 17, 2011

Biz online ku..

Tuan rumah mengaku, tuan rumah sangat suka online shopping. Hobi ni bermula tahun 2007. Makin menjadi-jadi habit ni, kalau lama tak membeli, gatal tangan juga nk keluar duit. Dan pastinya bila dah beli, no regret... kdg2 barang2 tu ada tuan rumah kurang berkenan, tapi tuan rumah ambik keputusan jual balik, atau pun bagi pada sesiapa yang tuan rumah suka..

Pernah kawan-kawan suruh tuan rumah membuat biz online. Tuan rumah mengaku, yup... telah menyediakan sebuah blog jual beli.. tapi end up, blog jadik blog hantu. Pada waktu itu, tuan rumah rasa nak beli ngan kawan-kawan sambil tolong menolong menjayakan biz mereka.

Alih2, bulan ramadhan 2011 ni, tuan rumah dapat idea nk buat biz online pulak. Kecik2 pun biz juga.. ada lah dapat sikit.. Yer.. siapa nak bagi duit tu waima rm 20 pun...

Oleh itu, pembaca sekelian, silalah2 jenguk blog tuan rumah.. :D

sila klik di sini.. :)


Berbulan lamanya tak update blog ini. Inilah entry pertama tahun 2011...


Lamanya tuan rumah tak merapu di blog sendiri.. Sejak2 tuan rumah buat biz kecil2an menjual berbagai benda also buat dropshipper ni, bz lah pulak. Sales tak le melambung mcm mentor tuan rumah aka Kak Lid tu,  tapi alhamdulillah, ada sales dan dapat lah lepas duit minyak ngan tol kalau ibaratnya tuan rumah hari2 ulang alik dari Bukit Mahkota ke Bangi lalu tol Rm 2.80 pergi balik kerja.. Hehe.. ni ibarat jer lah. Hakikatnya tuan rumah dapat duit bersih tak de nk guna benda lain. Saja suka2 dan dapat bantu adik yang tukang jadik runner sikit2 pun jadiklah...

Lama tak meroyan kat blog ni, terasa tak tau nk merapu apa... keh keh keh...

Semalam buat kuih pau. Dough tu bahagi dua, satu buat yang kukus punya, satu yg style goreng. Alahai.. hari mandom tuan tumah kut. Pau yang kukus tu, masa belum kukus, cantik gebu... Dah lepas kukus, tak cun.. tak senonoh. Yang hak goreng lak, bila dh goreng, terhangus sikit. Punca nk hangus tu, tuan rumah tak tahan nk terkucil, g lari g toilet sekejap jer.. balik2 tgk dh gelap sebelah paunya..

isk... mcm2 hal. Tuan rumah dh cukup ikhlas memasak untuk suami dan anak2.. tapi hasilnya tak secun yang tuan rumah harapkan... :(... Rasa mmglah sedap, tapi rupa kureng!!! Tuan rumah mmg cerewet sikit orgnya.. kalau buat sesuatu nk cukup sifat, lengkap, cantik seiring ngan rasa yang sedap...

Sabar jer aaa kan... :D

Wednesday, December 15, 2010

Unbaked Cheesecake






ni lah rupa cheesecakenya... :)

Bahan2


untuk base :


2-3 paket kecil biskut oreo . remove creamnya dan hancurkan. Aku hancurkan pakai blende kering jer.. ( biskut lain boleh jugak... :P)
2 tbsp gula halus
3 tbsp butter (melted)


untuk filling:


2 buku cream cheese. ( bagi dia suhu bilik dulu )
1/2 cwn gula halus
sedikit perahan lemon
1 tsp esen vanilla
2 tsp geletin
3 tbsp air suam
1 cup heavy cream


untuk topping:


1/2 cup heavy cream 
2 tbsp gula icing
sedikit coklat ( melted)


cara:


untuk base:


1. biskut oreo dihancurkan. pastu campur gula dan butter yang dh dicairkan. biar sebati. kemudian tekankan dalam acuan pie, atau any baking try. springfoam atau yang cake tin biasa pun boleh.
2. dah siap, sejukkan dalam fridge sementara nak buat filling.


untuk filling


1. pukul cream cheese sampai cheese tu jadik lembut... Pukul sampai cheese tak berketul2.. 
2. Masukkan gula. pukul lagi. then esen vanilla dan sedikit perahan lemon.
3. sementara tu, larutkan geletin dgn air suam. bila dh larut, masukkan dalam adunan cheese. 
4. Dalam bekas yang lain, pukul heavy cream sampai kental.
5. masukkan cream dalam adunan cheese, dan pukul bagi sebati.
6. pastu tuang filling ni dalam acuan base. masukkan dalam fridge. 


untuk topping. 


1. pukul cream dengan gula sampai kental
2. paipkan ikut suka atas cheesecake..
3. hias ngan coklat cair. ( ni ikut sukalah.. sbb saya pun lum pas bab2 topping ni,... :D)


Sekian resepi cheesecake... Ni anak dara rumah ni request dah lama.. baru ni nak buatkan.. Alhamdulillah, bdk2 ni suka sangat... :). Unbaked cheesecake ni lagi semalaman chill dalam fridge lagi bagus.. baru senang potong, dan makin sedap lagi lama.. heheh.. Tapi kdg2 tak berapa nak sabar tunggu, masukkan dalam freezer kejap... hehehehe...

btw, selamat mencuba yer..

Related Posts with Thumbnails