Pages


Tuesday, February 7, 2012

Lempeng Kelapa


Salam sejahtera dan selamat pagi.

Morning breakfast kita adalah lempeng kelapa cicah asam pedas ikan tenggiri leftover yesterday punya dinner. Rasanya asal ada lebihan asam pedas jer, tak sah tak buat lempeng atau cekodok. Sedap pulak duk cicah2 tu, sampai tak perasan dua tiga keping lempeng abis kena ngap.. hehehe..

my version of lempeng kelapa senang aje.

kelapa parut dalam 1/2 cawan
tepung gandum dalam secawan
garam
gula
air secukupnya.

campur semuanya, pastu buatlah lempeng dalam kuali leper.. kekeke.. kuali oles sikit minyak jer... ratakan batter dalam kuali, pastu balik2kan.. agak2 dh brown, sedikit garing, siap.. :D

nak kasi sukatan pun jadi tak reti, sbb kita main agak2 jer.. ni anggaran agak2 jer punya resepi which is dapatlah 4-5 keping saiz besar sikit dari piring cawan yang standard tu.. :D.. isk tak reti tuan rumah nak describe... kekekke...

Sunday, February 5, 2012

Kisah hati -Alyah


This song won best perfomance in AJL 26. Dulu suka nyanyi lagu ni masa layan drama Stanza Cinta TV3 lakonan Aaron Aziz... Selalu nyanyi sorang2 kat dapur.. hahaha... Kalau Amsyar dgr mama nyanyi ni marah dia. Siap tutup telinga, sbb suara mama tak sedap katanya... Memang tak sedap pun, sekadar halwa pendengaran sendiri boleh lah.. hahahha...

Apapun, slps abih Anugerah Juara Lagu, baru ku tau penyanyi lagu tema Stanza Cinta tu.. ooh.. rupanya Alyah. Tak minat orangnya, suka lagu jer... :D

Salam Maulidur Rasul




Salam Maulidur Rasul ... mari sama2 kita selawat ke atas Rasullullah Muhammad (s.a.w).... Jadikan ianya amalan harian bukan sahaja pada hari2 tertentu...

***Self reminder... tuan rumah pun kdg2 alpa dan leka.. :(***

Saturday, February 4, 2012

Hari ketandusan ilham

Celik2 jer mata, pas subuh, duk termenung kat dapur memikirkan apa nak menu breakfast. Lama duk fikir end up jam pun dh almost 5.30am, jap lagi Cik Abang ku dah nak pergi kerja, nak gak minum kopi, makan sikit. Tangan pantas capai telur, capai pan, capai minyak. Akhirnya sunny side up sudah siap. Set table ngan orang juice, telur sunny side up style ( telur mata kerbau lah.. hehehe), kicap, pepper, pastu kopi ...

Hmm.. tak kan telur semata2.. terus buat roti bakar, walaupun dalam hati tau, roti ni kureng sikit selera nak makan.. tapi buat juga. Cik Abang tak makan, aku yang makan karang..

Akhirnya betul sangkaanku, hanyaa telur ngan kopi jer. Orange juice tak minum, roti bakar aku ngan Fadhlin yang makan kesudahannya.

End of story morning breakfast....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lunch- nasi goreng tuk anak2 tercinta. Dessert mango mousse.. alih2 Ain ngan Amsyar complaint, apasal rasa tak berapa nak best mango mousse ni.. Haishh.... makan jer lah anak2. Tak mau, tak yah makan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam dh kul 2pm... Dinner lum masak. Sib baik rumah ngan laundry dh kemas walaupun laundry masih on the way dalam dryer, dan dapurku belum kemas. Mana nak kemas, masak pun belum.. **sigh**

Kul 2.30pm, keluarkan tepung, santan, telur, gula.. pewarna hijau pandan... kita buat kuih bakar. Sementara menanti kuih bakar siap, kita keluarkan sotong, ikan, ayam.. Alih2 terasa nak masak sambal sotong, pindang ikan. Also steam fish + sayur2 tuk anak2. Ayam???? lum mendapat ilham...

Hmmm... kdg2 ni lah dia. Duk rumah jadi SAHM bukan duk saja. Jenuh juga perah idea nak buat hidangan seisi keluarga. 4 hidangan sehari dari breakfast. lunch, teatime, dinner.... Bukan daku merungut, tapi bila ketandusan idea ni, terasa alangkah bagusnya kalau jadik suri yang bekerja at least ada alasan tak kesempatan nak masak sbb penat kerja... so makan kat luar.

Apa pun, daku bersyukur ngan rezeki dan nikmat duduk rumah jadik SAHM walaupun hari ketandusan ilham tu tak lah selalu sangat berlaku.. ( but berlaku juga cuma kekerapannya mcm 30% jer kut.. kekekek)... Cuma tu lah, rasa sengal lah hari ini... Serious sengal. :(...

Sunday, January 29, 2012

Hati ni dalam diam mengeluh... Mengeluh bukan sebab apa, sebab macam banyak yang ketinggalan dari segi saham akhirat. Semakin membaca Al Quran dan terjemahan serta tafsirnya, semakin banyak yang tak tau. Slow2 tuan rumah baca kasi faham. Walau satu dua ayat pun, still cetek ilmu di dada. Nak hafazan tu tah bila pulak, cukuplah dulu buat masa ni slow2 baca, dan fahamkan isi2 ayat AL Quran tu.

Jauh di sudut hati, takut kalau2 aku dipanggil pulang kepada Allah, tapi apa persediaan aku tuk mengadapNya. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ni sangat lemah, dan penuh lalai dalam kehidupan dunia ini. Ampunkan lah aku Ya Allah. Bukakan lah pintu hatiku untuk mencari keredhaanMu, untuk membimbing amanah anak2 yang kau pinjamkan kepadaku, dan berikanlah kami petunjuk ke jalan yang lurus.

Sesungguhnya kita ini hamba Allah yang banyak meminta kepada Allah tanpa rasa malu sedikit pun, padahal banyak yang kita lalai dalam mentaati suruhan dan perintah Allah. Semoga Allahmengampunkan dosa2 kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Double Chocholate Bun






1 large egg plus enough water to equal 1 cup water... ( senang citer, 1 bijik telur + air, jadikkan satu cawan air...)
1/2 cup sour cream
1 tbsp butter
1 1/2 tsp salt
4 cups bread flour
1/4 cup sugar
3 tbsp coco powder
2 1/2 tsp dry yeast
1 cup chocolate chips

caranya:

campurkan bahan2 kering dgn yeast. ( 3 cup flour, salt, coco powder, sugar, yeast). tinggalkan satu cawan tepung untuk masukkan kemudian.
Mixkan bahan2 ni ... add butter. pakai speed no 2, knead sampai sebati. 
pastu masukkan sour cream.. selang seli ngan remaining tepung dan sedikit demi sedikit campuran air dan telur.

buat sampai abis. knead sampai dough tak melekat atau menganjal. last sekali masukkan chocolate chip.. knead sampai sebati. ( reminder..only use speed no 2 sahaja tuk bread).

pastu let the dough rising until double. 

pastu bila dh naik dough tu, punch dough tuk buang angin. pastu shape lah ikut suka.

pas shape, let rise lagi dalam 1/2 jam

sapukan telur atas dough yang shape tu sblm bakar.

pastu bake 350 F selama 20 minit.


*** jika ada menggunakan bread maker, lagi senang. masukkan bahan2 ikut turutan resepi.. always mix cecair dulu sebelum bahan2 kering. guna setting dough/ sweet bread.***





Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha 2011


Salam Aidiladha kepada semua. Selamat menjalani ibadah korban. Tahun ni kami beraya anak beranak sahaja. Cik Abang ku dah selamat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Semoga suamiku mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.

Sepanjang suami ke tanah suci, tuan rumah akhir2 ini lebih bermonolog dalam diri. Sms dari nya selain dari menceritakan pasal buat haji, banyak juga kami berbalas text soal keluarga, soal anak2, soal hati dan perasaan. It was sweet and touching. Kadang boleh buat hati sayu, kadang boleh tersenyum simpul. Antara tuan rumah ngan cik abang jer tau apa2 yang kami saling berkongsi text sepanjang kami berjauhan ni.

Dan aku lebih menghargainya. Kadang-kadang tidak dinafikan berlaku silent mode bila mana kami seakan2 hilang mood tuk bercerita apabila seharian penat bekerja. As a housewife, penat jugak kerja tak abis-abis di rumah. Cik Abang pulak, penat kat office, pulak tu hari-hari nak commute sejam pergi dan sejam balik dari office ke rumah, which is sometimes not easy n tak de mood nak borak2.

Semoga perubahan ni, lebih menceriakan rumah tangga kami. Selama ni ceria juga tak dinafikan. Cuma sesekali communication break down, lost sana sini... blur pun iyer..

InsyaAllah, November ni juga bulan anniversary kami yang ke 12.. Ohh... sudah 12 tahun usia perkahwinan ini.. Semoga ikatan ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Ku panjatkan doa2 ini usai solat. :)
Related Posts with Thumbnails