Pages


Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha 2011


Salam Aidiladha kepada semua. Selamat menjalani ibadah korban. Tahun ni kami beraya anak beranak sahaja. Cik Abang ku dah selamat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Semoga suamiku mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.

Sepanjang suami ke tanah suci, tuan rumah akhir2 ini lebih bermonolog dalam diri. Sms dari nya selain dari menceritakan pasal buat haji, banyak juga kami berbalas text soal keluarga, soal anak2, soal hati dan perasaan. It was sweet and touching. Kadang boleh buat hati sayu, kadang boleh tersenyum simpul. Antara tuan rumah ngan cik abang jer tau apa2 yang kami saling berkongsi text sepanjang kami berjauhan ni.

Dan aku lebih menghargainya. Kadang-kadang tidak dinafikan berlaku silent mode bila mana kami seakan2 hilang mood tuk bercerita apabila seharian penat bekerja. As a housewife, penat jugak kerja tak abis-abis di rumah. Cik Abang pulak, penat kat office, pulak tu hari-hari nak commute sejam pergi dan sejam balik dari office ke rumah, which is sometimes not easy n tak de mood nak borak2.

Semoga perubahan ni, lebih menceriakan rumah tangga kami. Selama ni ceria juga tak dinafikan. Cuma sesekali communication break down, lost sana sini... blur pun iyer..

InsyaAllah, November ni juga bulan anniversary kami yang ke 12.. Ohh... sudah 12 tahun usia perkahwinan ini.. Semoga ikatan ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Ku panjatkan doa2 ini usai solat. :)

Monday, October 17, 2011

Biz online ku..

Tuan rumah mengaku, tuan rumah sangat suka online shopping. Hobi ni bermula tahun 2007. Makin menjadi-jadi habit ni, kalau lama tak membeli, gatal tangan juga nk keluar duit. Dan pastinya bila dah beli, no regret... kdg2 barang2 tu ada tuan rumah kurang berkenan, tapi tuan rumah ambik keputusan jual balik, atau pun bagi pada sesiapa yang tuan rumah suka..

Pernah kawan-kawan suruh tuan rumah membuat biz online. Tuan rumah mengaku, yup... telah menyediakan sebuah blog jual beli.. tapi end up, blog jadik blog hantu. Pada waktu itu, tuan rumah rasa nak beli ngan kawan-kawan sambil tolong menolong menjayakan biz mereka.

Alih2, bulan ramadhan 2011 ni, tuan rumah dapat idea nk buat biz online pulak. Kecik2 pun biz juga.. ada lah dapat sikit.. Yer.. siapa nak bagi duit tu waima rm 20 pun...

Oleh itu, pembaca sekelian, silalah2 jenguk blog tuan rumah.. :D

sila klik di sini.. :)


Berbulan lamanya tak update blog ini. Inilah entry pertama tahun 2011...


Lamanya tuan rumah tak merapu di blog sendiri.. Sejak2 tuan rumah buat biz kecil2an menjual berbagai benda also buat dropshipper ni, bz lah pulak. Sales tak le melambung mcm mentor tuan rumah aka Kak Lid tu,  tapi alhamdulillah, ada sales dan dapat lah lepas duit minyak ngan tol kalau ibaratnya tuan rumah hari2 ulang alik dari Bukit Mahkota ke Bangi lalu tol Rm 2.80 pergi balik kerja.. Hehe.. ni ibarat jer lah. Hakikatnya tuan rumah dapat duit bersih tak de nk guna benda lain. Saja suka2 dan dapat bantu adik yang tukang jadik runner sikit2 pun jadiklah...

Lama tak meroyan kat blog ni, terasa tak tau nk merapu apa... keh keh keh...

Semalam buat kuih pau. Dough tu bahagi dua, satu buat yang kukus punya, satu yg style goreng. Alahai.. hari mandom tuan tumah kut. Pau yang kukus tu, masa belum kukus, cantik gebu... Dah lepas kukus, tak cun.. tak senonoh. Yang hak goreng lak, bila dh goreng, terhangus sikit. Punca nk hangus tu, tuan rumah tak tahan nk terkucil, g lari g toilet sekejap jer.. balik2 tgk dh gelap sebelah paunya..

isk... mcm2 hal. Tuan rumah dh cukup ikhlas memasak untuk suami dan anak2.. tapi hasilnya tak secun yang tuan rumah harapkan... :(... Rasa mmglah sedap, tapi rupa kureng!!! Tuan rumah mmg cerewet sikit orgnya.. kalau buat sesuatu nk cukup sifat, lengkap, cantik seiring ngan rasa yang sedap...

Sabar jer aaa kan... :D

Wednesday, December 15, 2010

Unbaked Cheesecake






ni lah rupa cheesecakenya... :)

Bahan2


untuk base :


2-3 paket kecil biskut oreo . remove creamnya dan hancurkan. Aku hancurkan pakai blende kering jer.. ( biskut lain boleh jugak... :P)
2 tbsp gula halus
3 tbsp butter (melted)


untuk filling:


2 buku cream cheese. ( bagi dia suhu bilik dulu )
1/2 cwn gula halus
sedikit perahan lemon
1 tsp esen vanilla
2 tsp geletin
3 tbsp air suam
1 cup heavy cream


untuk topping:


1/2 cup heavy cream 
2 tbsp gula icing
sedikit coklat ( melted)


cara:


untuk base:


1. biskut oreo dihancurkan. pastu campur gula dan butter yang dh dicairkan. biar sebati. kemudian tekankan dalam acuan pie, atau any baking try. springfoam atau yang cake tin biasa pun boleh.
2. dah siap, sejukkan dalam fridge sementara nak buat filling.


untuk filling


1. pukul cream cheese sampai cheese tu jadik lembut... Pukul sampai cheese tak berketul2.. 
2. Masukkan gula. pukul lagi. then esen vanilla dan sedikit perahan lemon.
3. sementara tu, larutkan geletin dgn air suam. bila dh larut, masukkan dalam adunan cheese. 
4. Dalam bekas yang lain, pukul heavy cream sampai kental.
5. masukkan cream dalam adunan cheese, dan pukul bagi sebati.
6. pastu tuang filling ni dalam acuan base. masukkan dalam fridge. 


untuk topping. 


1. pukul cream dengan gula sampai kental
2. paipkan ikut suka atas cheesecake..
3. hias ngan coklat cair. ( ni ikut sukalah.. sbb saya pun lum pas bab2 topping ni,... :D)


Sekian resepi cheesecake... Ni anak dara rumah ni request dah lama.. baru ni nak buatkan.. Alhamdulillah, bdk2 ni suka sangat... :). Unbaked cheesecake ni lagi semalaman chill dalam fridge lagi bagus.. baru senang potong, dan makin sedap lagi lama.. heheh.. Tapi kdg2 tak berapa nak sabar tunggu, masukkan dalam freezer kejap... hehehehe...

btw, selamat mencuba yer..

Tuesday, November 30, 2010

AsBjB...


pagi ni dalam pada membelek FB, tertengok pulak gambar kawan2 ASBJB.. aduhai.. kenangan lama mengimbas pula.. Kawan tu dh lain skrg.. I mean dr segi fugure dah kembang sana sini.. :D, tapi kalau buatnya terjumpa, insyaallah leh kenal kut.. fizikal mungkin berubah, tapi rupa masih sama... heheh..dan secara tak sengaja termengimbau kenangan lalu..

1988, daftar masuk form one ke ASBJB... Tinggal mak abah adik beradik kt Felda. Sukanya hati, tak sedih pun. Agaknya sbb nak sgt duduk asrama, sampai mak abah kita yang sebak nk tinggalkan kat asrama, muka tuan rumah bersahaja jer... Jauh jugak dr Triang ke Johor Bahru, tapi sbb peluang tak dapat banyak kali org kata, jadik grab mana yg ada.. heheh.. Dan di situlah bermulanya kisah suka duka kehidupan di asrama sampailah penhujung form 5.. lima tahun lama jugak .. banyak kenangan pahit manis.. Dan umur menginjak senja ni, rasanya yg pahit dulu semua dh tukar jadik manis.. ** sudah tukar ker?? hahhaa.. nak kata sathia @ ravi dalam pi mau pi mai tang tu.**


Teringat kisah2 lama buat jahat.. hehhe.. jadik kacang hantu, jadik senior buli junior, pastu kisah2 belakang tabir.. admire sana sini, adik angkat sana sini.. terima surat2 'biru' ... spot check, kena denda, persembahan akhir tahun, pesta suka dan kebudayaan, semuanya terpahat dalam ingatan... Juga tatkala rotan pengurus asrama En Yahya Lim singgah di tangan.. tatkala 'kantoi' surat2 'biru' di tangan pengurus asrama.. semuanya sekarang menjadi kenangan abadi... Yang pastinya tuan rumah tersenyum sendiri mengenangkan zaman meniti kehidupan remaja yang pastinya jauh dari keluarga tapi masih mempunyai batas2 tatasusila...



Hari ini, mostly kawan2 rapat ada di FB.. masih bertanya khabar, ada yang masih berjumpa. setiap tahun ada sahaja bertemu... yang tak bertemu, tapi ada di FB, masih bertanya khabar. pengirim surat 'biru' memang tak de berjumpa, tapi masih ada khabar berita lewat dari FB..:D.. kalau tak ber friendlist dengannya tapi dengan salah seorang ahli keluarganya.. Kita melihat dari jauh kebahagian kawan2 dan berbahagialah dengan kehidupan pada hari ini..

sesungguhnya kenangan kita pengalaman bersama.. sentiasa abadi dalam lipatan sejarah kehidupan.. :)

Monday, November 29, 2010

PAU GORENG

Ni kali kedua mencuba buat pau goreng sebenarnya.. Tapi masih belum pass... :(... Kali pertama resepi dari myresepi, tapi kali kedua mintak resepi kat kakak aku. Along selalu buat pau goreng. Pau goreng kosong jer without inti, tapi pas goreng, makan ngan sambal ikan bilis.. oh sedapnya.. terliur pulak.. :))

Tapi last week buat jugak pau goreng ni.. konon nk letak inti dalam dia. Letak inti ala2 karipap tu. tapi masih fail nak shape ngan cantik.. Rasa dh pass dah kut.. rupa, masih lum memuaskan.. hehehe.. Buat pun lepas lama mintak resepi dr Along.. dan di sinilah resepi tu kena simpan. Kalau tak ilang nanti.. heheh..



so ni lah resepinya. 

bahan2

1kg tepung gandum
1 bungkus yeast mauripan.. ( tak pun dua sudu instant yeast apa2 brand pun ) 
4 tbsp margerin/ shortening
6 tbsp sugar
8 tbsp susu tepung ( susu cair pun boleh) kalau susu cair kasi suam2 sikit.. kalau pakai susu tepung, bancuh ngan sedikit air suam.. 


cara:
1. yeast, gula dan susu cair yang disuamkan dicampur dan dikacau. tunggu dulu sampai adunan berbuih. kalau berbuih elok tu maksudnya yeast tu hidup ler.. :)... kalau guna susu tepung, bancuh susu ngan air suam... pastu baru campur ngan campuran yeast n gula.. 

2.pastu masukkan bancuhan yeast tadi sikit demi sikit dalam tepung. uli sampai lembut ngan kalau boleh adunan licin ngan menganjal.. ( tuan rumah pakai mixer jer.. sbb tak kuat ler nak uli.. :P)... 

3. dough to restkan dia biar sekali ganda, barulah shape.. nak letak inti ker, nak kosong ker.. suka hati ler kan..

4. pas shape, restkan dough sekejap jer.. pastu goreng atas api slow abis.. kalau api besar, minyak panas sgt, nnt dalam tak masak...

so selamat mencuba.. :))


Marble Cake

Hari ni buat marble cake. Sebenarnya tuan rumah buat tuk minum petang. Kebetulan kami bakal ada tetamu petang ni.. Kawan hubby also family friend of us lah datang. so buatlah tuk minum petang..


ni lah kek marblenya.. lum potong. dh terletak elok atas serving ni rasa sayang nak potong.. apalagi dh hias ngan icing sugar.. hahaha.. boleh ker tanak potong?? :P

http://www.myresipi.com/top/detail/3600- link resepi yang tuan rumah ambik kt myresepi... terima kasih tuan punya resepi.. :D

tapi still copy paste kat sini gak. mana tau myresepi selalu lah down websitenya, so leh ambik kat sini jer.. :D

bahan2: 


300 g butter
300g gula caster
320g tepung gandum
5 biji telur (grade B)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar
Cara-cara

Beat butter ngan gula sampai kembang.
masukkan telur 1, per 1.
Masukkan tepung yang diayak ngan baking powder berselang seli ngan susu. Kalau nak marblekan dia, bahagi lah berapa warna nak, pastu marblekan je lah dengan mengunakan lidi..
Bakar suhu 160C untuk 1
jam.






tu dia yg dh sedia dipotong dan dh ngap dah pun.. :D

ok.. selamat mencuba.. harap2 resepi2 dan blog ni memberi inspirasi kepada semua pembaca. Tuan rumah jugak try n error dan masih belajar dan banyak lagi kena belajar.. :)..

Related Posts with Thumbnails