Pages


Sunday, October 10, 2010

10.10.10


Hari ni 10-10-10... cunnya nombornya.. Hari ni banyak orang akan melangsungkan pernikahan, pertunangan dan jugak mungkin ada yang pergi induced kat hospital untuk melahirkan anak sempana nombor cantik ni.. Kebetulan tahun ni 10-10-10 jatuh pada hari Ahad.. Cuti hujung minggu pulak tu. Dan ramailah orang mengambil kesempatan untuk tarikh yang cantik ni untuk memahatkan satu memori indah dalam sejarah hidup masing-masing.




Hari ni sebenarnya hari lahir abah aku yang ke 58 tahun. Abah aku lahir pada tanggal 10-10-1952. Selamat hari lahir abah.. Semoga abah panjang umur dan murah rezeki... Semoga Abah masih dapat menikmati kehidupan ini dengan selesa, dengan penuh kasih sayang dari kami anak-anak abah. Semoga abah masih dapat melihat kehidupan anak2 dan cucu2 abah... InsyaAllah..

Kami sayang pada abah.. dan kalaupun ucapan tu tak terucap, jauh di sudut hati, sememangnya kami sangat SAYANG abah. Pengorbanan abah selama ini amat kami hargai..

link lain berkaitan dengan abahku.... http://catatanseorangwanita.blogspot.com/2008/07/seorang-yang-bernama-abah.html

ikhlas dari anakmu...

Saturday, October 9, 2010

Aiskrim Malaysia


Ain, Amsyar n Fadhlin is having 'aiskrim Malaysia' for the first time... Jenuh jugak nk bg tau dia org aiskrim ni namanya aiskrim Malaysia.. pastu siap tunjukkan plastiknya sekali. Bdk2 ni dh terbiasa ngan aiskrim2 yang mcm2 flavour jual kt kedai, supermarket... mama pulak naik risau bila tk tau apa itu aiskrim malaysia... ;)

apapun, nampak they all suka sgt.. pasni nk buat mcm2 flavour lah pulak.. n paling nk buat flavour asam boi.. :D.. yang bdk2 ni makan tu perasa sarsi... left over air sarsi masa kawan2 datang ahri tu, dr duk dalam peti ais tu, tak de sapa minum, baiklah dibuat aiskrim.. kalau tak buat, sia2 membeli plastik jauh2 dr malaysia.. :)

Raja Azura dah bercerai... :(



PETALING JAYA: Selepas beberapa hari melarikan diri daripada pihak media, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, (gambar) akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Pengesahan itu diumumkan oleh Raja Azura sendiri dalam satu kenyataan rasmi menerusi kiriman emel, Jumaat.
Pengacara popular itu berkahwin dengan anak kepda bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.
Berikut adalah petikan daripada kenyataan rasmi Raja Azura itu.
"Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.
Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab.
Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.
Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya.
Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan.
Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.
Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama.
Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini.
Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga.
Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul.
Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.
Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula.
Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan.
Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.
Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.
Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional.
Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini.
Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza.
Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami.
Yang benar, Raja Azura.
Tuan rumah: dulu pernah sekali buat posting camni. Posting pasal Erra Fazira dan Yusry bercerai.. tu pun dalam blog tuan rumah yang lagi satu.. bertahun dulu... ;((.. isk sedihnyalah.. biarpun apa masalah, walaupun perceraian jalan terbaik, tapi saya tetap sedih dengan runtuhnya satu lagi ikatan suami isteri...


arghhhhhhhhh...

penat dh nk adjust previous post.. still gambarnya besar bagak.. aduhh.. malas dh nk repair nk crop pics bagai.. lantak jer lah.. :(

Aidilfitri 2010 - Malaysia






Kami di suatu hari di hari raya... dan byk lagi gambar lain.. tak kuasa nk upload.. :D

Kembali mem'blogging' setelah sekian lama membiarkan blog bersawang.. kuikuikui...

Syawal 2010 dah abis dah.. Tamat sudah sakannya beraya baik dua minggu raya di Malaysia dan ni tambah lagi 2 minggu raya di bumi Saudi. Memang busy abis bulan raya. Mana memenuhi jemputan, menerima tetamu masa kt Malaysia baik adik baradik, sanak saudara, rakan taulan. Back in Saudi, just memenuhi jemputan kawan2.. Tu pun tk dapat nk g semua sekadar yang termampu dan terlarat aje...

Bila puasa dah abis, syawal dh berlalu, badan pun dh makin naik.. ahaks... time to do some workouts lah nampaknya.. Memang kena buat.. nak tak nak kena buat.. dah rasa kembang semangkuk ni badan ni.. huhu...

So skrg dh mula sikit2 nk exercise.. terutama xtvt walking... cumanya pala otak ni lebih banyak nk guna tenaga 4 kerat ni nk mengemas rumah. dr dalam bilik, membawak ke closet, membawak ke garage, pastu berpindah pulak ke store room...rasa tak abis2 kemas...Tiba2 keinginan nk mop lantai hari2 datang pulak.. tu pun part of excercise jugak kan.. :D

Apapun, tuan rumah nk start balik xtvt memblogging ni.. rasa nk membebel sini hari2.. kalau tak kt Fb ler.. sbb kt FB lagi mcm2 happening... hahaha...

daaa... jumpa lagi. nk g lari atas treadmill jap.. :D

Tuesday, February 2, 2010

update..

lamanya tak kunjung blog sendiri.. wakakka. tuan rumah tah apa busy sgt... huhu.. *** FB ni nk kena babap bi.. bikin tuan rumah bz jer... *** hahhaha..

tk reti tuan rumah nk bebel2 dah.. dh lama tak menaip kt blog.. tetiba terasa rindu dendam kt blog sendiri.. :P

ni first entry 2010 ni.. hehehe.. pasni kalau rajin leh elr mengupdate blog balik.. harap2 rajin lah ek.. Tahun dh baru, azam baru pun ada... tahap kerajinan tu mestilah kena ada... motivasi diri sendiri.. :D

ok daaa.. nnt tuan rumah merapu lagi... :))

Related Posts with Thumbnails