Pages


Sunday, October 25, 2009

Selamat Tinggal

From today n now on, I will not update my blog anymore.. The reason is, not enaugh time to concerntrate... ( dh duk mengaruk dlm FB jer... huhu)...

Terima kasih kepada follower also sesiapa yang masuk blog tuan rumah yang mungkin mendapat byk inspirasi dgn membaca blog ku ini... (:P).

I love writing. Writing is still one of my passion, but to stick on writing, update blog regularly, tidaklah mampu tuan rumah lakukan...

So, again, Terima kasih daun keladi kepada pembaca sekelian... dan maaf zahir batin juga kalau ada salah silap, tak berkenan ngan posting2 ku... ataupun komen2 yg menyakitkan ati.. also gambar2 yg mungkin beransur riak.. ( tuk geng2 cicakku... u all pun riak gak kan... riak kita2 jer.. no heart feeling ok...).

Sekian.. SELAMAT TINGGAL BLOGKU...

*** harus ker font merah... huhu***

Sunday, August 2, 2009

oppss... i did it again....


2 wallet Coach di atas adalah yg sengaja dibeli oleh tuan rumah hari ni... huhu.. Abis, langsai, 'boliau' duit kutu daku... Memang ler duit kutu tu konon nk lekatkan sesuatu.. but secara sengaja daku terspent beli Coach lagi... Abis niat baik nk bergelang emas baru raya nih.. huhu... Kena main kutu lagi nampaknya nih.. keh keh keh...


Saturday, August 1, 2009

August

It's August... cepatnya masa berlalu... Kalau org gomen dh nk buat laporan suku tahunan ketiga dah.. kekekeke... puasa pun dh tak lama, lagi 3 minggu... pastu nk raya dah... lagi sebulan lebih tuan rumah InsyaAllah dh ada kt tanahair tercinta tuk menyambut hari raya bersama keluarga...

Anak2 pun akan start sekolah hujung bulan ni. Abis dh cuti sekolah... Ain and Amsyar will going to school. Tinggallah daku ngan Fadhlin jer kat rumah. Mungkinkah rumah tak sepah kalau dh tinggal Dak Mok sorang jer??? Harap2 ler.. but bdk tu unpredictable gak... mcm2 idea dia eventhough duk sorang2...

August gak birthday mak aku.. dah masuk 52 tahun dh mak aku. Dah kurang garang tak mcm zaman aku bdk2 dulu... Harap2 tahun ni dapat lah aku puasa dan berbuka ngan mak abah aku.. sehari jadik lah.. It was 8 yrs ago kut aku last berpuasa n berbuka n menyambut hari raya pertama ngan family side aku... Lamanya... Eh! tak semena2 nk air bergenang lak kat mata... damn.. i'm crying... huhu

August gak 14 yrs ago, membuahkan bibit2 cinta antara aku ngan Abang PP...(lama tak guna nama ni.. huhu)... Tapi masa tu lum declare lagi...Tak pasti bila tarikhnya declaration tu.. alih2 jadik jer.. kekekke... But 16 August 1995, bila sekuntum bunga rose dari dia untuk aku, terus buat aku separuh angau kut... Diam2 berpadangan, mata bertentang mata.. malu2 aku malu, kau buat begitu.. ahaks... gatai... hihi


Sunday, July 26, 2009

Puisi Rindu Untuk Kekasih...

Sering aku tertanya
Kehadiranmu untuk siapa
Mahu menguji sekali lagi
Kekuatan atau kesungguhan
Jiwa yang berkongsi rasa
Hati yang menumpang kasih
Rindu yang mengharap tuah...

Jika tuah merasa berkasih denganmu,
Aku bukan sahaja bertuah
Jika bangga ini aku besarkan
Aku terasa ujian kesabaran
menduga lena dahulu....

Ku hitung kesetiaan
Ku ukur penerimaan
Ku sukat sayang
Dalam neraca keadilan cinta...

Aku takut sudahnya
Aku sangsi pada keputusan
walaupun penjelmaan ini sudah nyata...
Andai aku sisihkannya
Aku akan terus menangisi
dek kecuaian, meratapi penyesalan...

Lalu, ku gadaikan nyawa
dan harapan pada ketidakpastian
Aku pegang prasetiamu
kerana percaya dan mengerti
Hasratmu dan permintaanku
satu dan bersatu...


Saturday, July 25, 2009

Kisah seorang 'kamu'...

Tatkala membelek sebuah fail lama, dia terjumpa sebuah nota yang panjang. lalu diambilnya dan dibacanya.. oh, menarik juga fikirnya ... Nota itu ditulis oleh 'kamu' yang pada pandangan dia adalah lahir dari isi hati 'kamu' yang sangat tulus..

Dia membaca bait2 kata2 nota itu.. Dia tahu nota itu ditulis sebelum 'kamu' mengenali dia... Tapi dia kepingin menghabiskan membaca nota itu. dari awal sampai habis dibacanya nota panjang itu. Mungkin boleh menjadi sebuah cerpen.. ataupun novel pendek.. mungkin...

Dari rumusan yang dia baca... dia dapat menganalisa banyak perkara... bahawa kesabaran seseorang terhadap orang lain ada hadnya... bahawa seseorang hidup berlandaskan prinsip hidup yang boleh berubah mengikut arus waktu dan keadaan pada waktu itu... Bahawa seseorang berhak menentukan arah hidupnya tapi janganlah memandang sebelah mata nasihat dan teguran orang lain...

Banyak lagi yang tersirat dalam nota itu.. yang menzahirkan perpisahan bukan bermakna hidup itu tidak bermakna.. perpisahan yang melahirkan seorang sahabat... mengikut ertikata seorang 'kamu'...

Dia membaca penuh perasaan sampai lah ke penghujung ayat yang tertulis... "catatan kisah seorang 'kamu' yang benar... kerana ianya ditulis oleh sekeping hati".... hati mana yang mampu berbohong pada tuannya...

Wednesday, July 15, 2009

Lepat pisang

daun pisang kt backyard abis gondol aku ambik nk buat lepat... kuikuikui..

proses melayur daun pisang.. pic taken by Ain..

bancuhan lepat

dua sudu adunan dalam daun pisang

dah siap .. tak sama saiz sbb daun pun ala2 nan ado.. huhu

pas dh kukus...


tu dia bila dh siap.. ada ker Amsyar kata..." mama, napa mama buat kuih macam bantal!!!!"... golak guling den ketawa... hahahhaha..
btw, it was 'merbeles' lepat pisang for tea time... masuk bakul sat tuan rumah... sapo laie nk puji2 kan.. kalau tak diri den sendiri.. hihi


p/s: bg tau Cik Abang thru sms, tea time 2day is lepat pisang. dia reply:... "lepat pisang.. sedapnya... sayang awak!!! "....I'm so happy... hihi...


Sunday, July 12, 2009

mee kuning

tu dia mee kuning tuan rumah... first time buat.. cam jadik.. keh keh keh.. lum try goreng lagi.. nampak tak rapuh.. harap2 oklah bila goreng nanti. esok kut nk goreng for breakfast...





Related Posts with Thumbnails